web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Shruti Haasan Akui Buat Pembedahan Hidung, Anak Aktor Kamal Haasan Ini Kata Prosedur Kosmetik Hak Individu 

Shruti mengakui bahawa dia telah pun melakukan pembedahan hidung, bahkan juga ‘filler’ untuk menampakkan dirinya cantik. 

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2022 4:00PM

Shruti Haasan - Gambar Instagram Shruti Haasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon, penyanyi dan pemuzik Shruti Haasan memang sangat dikenali dengan personalitinya yang pelbagai.  Bahkan, anak kepada aktor Kamal Haasan ini juga seorang selebriti yang sangat jujur. 

Apa tidaknya, baru-baru ini, Shruti mengakui bahawa dia telah pun melakukan pembedahan hidung, bahkan juga ‘filler’ untuk menampakkan dirinya cantik. 

Namun, dia memberitahu, dia tidak perlu menjawab apa-apa persoalan mengenai perkara tersebut. 

“Pembedahan hidung yang saya buat ini memang nampak begitu ketara sekali. Jika anda menonton filem pertama saya, ia masih hidung yang asal.  Tapi untuk filem baharu, ia memang nampak berbeza,” katanya tanpa berselindung. 

Bagaimanapun, pelakon filem Salaar ini mengakui mempunyai masalah tentang kedudukan septumnya (berkaitan rongga hidung). Yang mana ia menyukarkan dirinya untuk bernafas melalui satu lubang hidung. 

Gambar Instagram Shruti Haasan
Gambar Instagram Shruti Haasan

“Ya, kedudukan septum saya tidak betul. Jadi saya lakukan pembedahan untuk membetulkan septum tersebut. 

“Tapi, alang-alang melakukannya mengapa tidak menjadikan hidung saya lebih cantik lagi. Logiknya mudah,” katanya lagi dalam satu temubual bersama Hauterrfly.

Malah, dia tidak menyangkal akan kemungkinan untuk membuat pembedahan plastik ke wajahnya pula selepas ini, jika dia mahu.

Dan, dia tidak perlu memberikan sebarang justifikasi terhadap apa yang dilakukannya dengan wajah atau badannya.  

“Ini adalah badan saya dan saya mempunyai hak sepenuhnya untuk membuat keputusan,” katanya. 

Dia sebetulnya tidak menggalakkan prosedur kosmetik tetapi percaya kepada hak individu seseorang dan seorang orang harus memilikinya. 

"Biar saya lakukan apa yang saya lakukan,” katanya lagi. – Getaran, 15 Oktober 2022

Isu Pada

I’m Ready To Romance - Theebaan G

15 Oct 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Hantaran Instagram Taylor Swift Bantu Pecah Rekod Pendaftaran Undi

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Penyanyi Legenda Bossa Nova, Astrud Gilberto Meninggal Dunia

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Asalnya Untuk Tayangan Astro First, Tapi Filem Zim Zim Ala Kazim Arahan Mawi Akan Ditayangkan Di Panggung Terlebih Dahulu 

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Muna Shahirah Dedah Jana Pendapatan Enam Angka Sebagai Gamers! 

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh