web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


“Saya Wujudkan Podcast Ini Sebab…” Banyak Komen Positif, Studio Sembang Menang Favourite Independent Podcast!

Dengan nuansa ceria dan ramah, Amelia dan Studio Sembang menampilkan artis-artis terkenal tanah air setiap episod menyelongkar sisi lain kehidupan seorang selebriti.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2022 12:08PM

Alex dan Amelia Henderson - Gambar Astro

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak mula dilancarkan dua bulan lalu, podcast Studio Sembang yang dikendalikan pelakon Amelia Henderson mula mendapat perhatian sehingga dinobatkan sebagai salah seorang pemenang Anugerah Podcast SYOK 2022, malam tadi. 

Podcast yang dinamakan Studio Sembang itu berjaya menduduki tempat ketiga kategori Favourite Independent Podcast di samping pemenang yang lain seperti podcast TTYL: Talk To You Later dan PodcasThinker. 

Amelia mengusahakan Studio Sembang bersama-sama adiknya, Alex Henderson dengan bantuan rakan-rakan sepasukannya yang lain seperti Euwyn Tan, Kevin Tay, Benedict Tan dan Sunlee Khan. 

Dengan nuansa ceria dan ramah, Amelia menampilkan artis-artis terkenal tanah air setiap episod menyelongkar sisi lain kehidupan seorang selebriti.

“Saya merasakan selebriti dan peminat mempunyai jurang, jadi podcast ini saya wujudkan untuk membuatkan peminat dan rakan-rakan di dalam industri lebih akrab untuk saling mengenali. 

“Beberapa episod awal memang saya undang rakan artis yang memang rapat dengan saya. Kita di Studio Sembang mahu tunjukkan kepada semua bahawa artis bukan hanya sebagai seorang penghibur, tapi mereka juga adalah seorang manusia biasa yang mempunyai banyak sisi. 

“Mereka juga manusia yang mempunyai banyak pengalaman dan bijak yang boleh memberi manfaat kepada semua pendengar,” kata Amelia ketika dihubungi Getaran.

Bercakap mengenai respons yang diberikan pendengar Studio Sembang, Alex mendedahkan tidak menyangka podcast kendalian mereka yang baru menemui khalayak dua bulan ini  berjaya meninggalkan kesan yang positif dan bermakna kepada pendengar.

Tambahan pula, mereka mewujudkan sebuah talian Whatsapp khas untuk pendengar bertanya soalan di setiap siaran.

“Kami bersyukur mempunyai penyokong yang sangat kuat dari awal. Kami menerima banyak komen positif. Kami juga membuat satu talian whatsapp untuk peminat bertanya apa-apa soalan dan kami akan menjawabnya semasa podcast. Setakat ini ramai yang menyukai energi kami dan saya berpuas hati dengan respons yang diberikan.

“Bagi tahun 2023, kami akan menampilkan lebih ramai tetamu jemputan tidak hanya terhad dalam industri hiburan. Kita akan dapatkan lebih banyak topik dengan tetamu berbeza. Selain itu, kita akan mula menjual cenderahati Studio Sembang seperti bantal, kemeja-T, dan banyak lagi,” tambah Alex.

Terdahulu, Anugerah Podcast SYOK 2022 berlangsung bagi meraikan bakat-bakat di Malaysia merangkumi podcast bahasa Inggeris, Tamil, Cina dan bahasa Malaysia. 

Ada lima kategori yang dipertandingkan antaranya SYOK Podcast of the Year, SYOK Most Popular Podcast, SYOK Favourite Podcast Episode, Favourite Radio Podcast, dan Favourite Independent Podcast.- Getaran, 30 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Amelia Henderson Berjaya Tangguh Permohonan Maaf, Ganti Rugi RM200,000

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Rayuan Amelia Henderson Terhadap A. Aida Didengar 24 Oktober

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Amelia Henderson Fail Rayuan Terhadap Perintah Bayar Ganti Rugi Lebih RM200,000 Kepada A. Aida

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Isu Langgar Kontrak, A. Aida Harap Generasi Pelakon Muda Akan Ambil Iktibar Terhadap Kes Amelia Henderson

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 17 jam yang lalu

Adrian Teh Kembali Ke Genre Aksi, “Chelot’ Tampil Babak Pecah Rekod

oleh Sophia Ahmad

Filem & TV 1 hari yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

Khadam, kini secara rasmi dinobatkan sebagai filem tempatan nombor satu di Malaysia.

oleh Rahayu MN