web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kenapa Hero Remaja Perlu Diteruskan Lagi

Kami menyingkap ke mana hala tuju peserta Hero Remaja selepas pertandingan.

Selebriti · Diterbitkan pada 26 Apr 2021 8:40AM

HR musim lalu. Juara disandang oleh Nadhir Nasar, tempat kedua oleh Umar Hisham dan ketiga Meerqeen. Gambar: Instagram @Fiezreen

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Usai sudah uji bakat pencarian Hero Remaja (HR) edisi terbaharu dan seramai 40 peserta sudah disenarai pendek untuk beradu ke peringkat akhir Top 12. Tahniah diucapkan kepada mereka dan semoga berjaya mara ke peringkat seterusnya.

Penulis dapat rangkumkan, rata-rata mereka sudah siap untuk menghiasi layar perak dan tidak kurang pula wajah yang sesuai untuk bergelar pengacara. Maka pesan penulis kepada mereka yang berada dalam carta itu, ingat, jangan cepat berasa lega kerana gelanggang baru sahaja bermula malah persaingan akan lebih sengit!

Bagi anda yang bercita-cita menyertai landasan ini pada masa mendatang, persiapkanlah diri dan jadikan juara-juara terdahulu sebagai rujukan.

Buat pengetahuan pembaca, HR bukanlah pentas pertandingan pageant (kecantikan atau peragaan) tetapi lebih kepada mencari bakat baharu yang mempunyai keinginan untuk bergelar anak seni. Mereka harus mendalami setiap perwatakan dan senantiasa siap untuk menggalas apa pun tanggungjawab yang diamanahkan.

Memasuki edisi ke-11 program itu masih diteruskan lagi. Mengulas perkara itu, penulis mendapatkan sendiri jawapan daripada Pengarang Pengurusan Remaja, Mohd Fiezreen.

Menurut Fiezreen, selepas perbincangan bersama antara team Remaja dan Astro, program itu masih diteruskan lagi kerana melihat keperluan untuk mewujudkan ramai lagi bakat lelaki.

Antara barisan panel prolifik pada hari uji bakat HR edisi terbaharu. Gambar: Instagram @Fiezreen
Antara barisan panel prolifik pada hari uji bakat HR edisi terbaharu. Gambar: Instagram @Fiezreen

“Kami mencari anak seni berkualiti yang boleh menyumbang naskhah kepada industri. Contoh yang dapat kita lihat seperti Meerqeen, Nadhir dan beberapa nama kian menyinar, mereka menonjolkan diri di depan kamera dengan bagus. Jadi mereka bukan masuk pertandingan sekadar untuk menang sahaja.

“Menerusi platform ini sebenarnya mereka mampu membentuk diri serta kerjaya mereka dan dalam masa sama membantu perkembangan industri,” jelasnya.

Jika sebelum ini ada suara-suara yang beranggapan HR menghadkan kemasukan mereka yang sudah mempunyai pendedahan atau landasan dunia lakonan, Fizreen memaklumkan mereka bersikap “kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan’.

“Sebelum ini ada sahaja di kalangan mereka yang pernah berlakon atau sudah ada pengalaman. Contohnya Shaza Bae, dia masuk dalam program ini untuk mengasah bakat agar tampil lebih menyerlah menerusi kelas-kelas yang disediakan.

“Begitu juga dengan Nadhir, pernah menyatakan dia pernah berlakon malah memasuki program seumpama ini. Kedua-dua mereka ini mahu lebih ke depan dengan kualiti yang bagus,” katanya.

Sementara itu, berkenaan soalan berkaitan sesi soal jawab pengetahuan am dalam uji bakat HR, mereka diuji kerana untuk melihat sejauh mana para peserta cakna dengan isu-isu semasa.

Hal itu kerana, para pelakon dan penyanyi bukan sahaja hebat di landasan masing-masing, tapi mungkin satu hari nanti akan disunting menjadi duta atau jurucakap sesebuah organisasi ataupun produk. Pendek kata, kita semua perlu bijak dari segenap segi.

Untuk rekod, terdahulu juara HR disandang oleh Nadhir Nasar yang berasal dari Selangor.

Menyentuh kelestarian selepas tamat sahaja program HR itu nanti, masing-masing perlulah pandai membawa diri, tidak menunggu ‘durian runtuh’ mahupun tahunya disuap sahaja.

Secara peribadi penulis berpandangan HR mempunyai impak yang sangat meluas namun sayangnya jika impak itu tidak digunakan sehabis baik oleh peserta.

Contoh mudah, gunakan peluang keemasan di setiap tugasan dengan sehabis baik. Garap ilmu menerusi kelas-kelas yang disediakan penganjur seperti pengucapan awam dan kelas lakonan.

Ini program realiti, disaksikan jutaan penonton malahan pengarah dan penerbit TV. Bayangkan di setiap tugasan yang peserta lakukan merekodkan prestasi yang cemerlang, tidak mustahil ia mendatangkan keuntungan kepada para peserta.

Justeru menjawab hala tuju selepas program itu sebenarnya terletak di atas diri peserta sendiri. Biarpun dikajang nasihat dan panduan, jika tidak diri sendiri yang bergerak tidak berguna jua. 

Perlu juga diingatkan rezeki itu datangnya daripada yang Maha Kaya lagi Maha Pemurah. Jangan sekali pun mengeluh selepas apa yang telah diusahakan, lambat atau cepat bukan urusan kita.

Berbaik sangkalah dengan Maha Pencipta kerana Dia punya percaturan yang cantik di mana satu hari pasti mendatang kamu akan mengucap syukur. - Getaran, 26 April 2021.


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN

Muzik 1 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN