Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ramai Selebriti Terkesan Dengan Pemergian Dato Jamali Shadat

Bapa ‘stand-up comedy’ Malaysia Dato’ Jamali Shadat dijemput Ilahi pagi tadi. Takziah kami ucapkan kepada keluarganya.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2021 12:25PM

Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hari ini industri hiburan tanah air kehilangan seorang lagi bintang berbakat besar apabila berita mengenai pemergian pelakon dan pelawak terkenal Allahyarham Dato Jamali Shadat diumumkan pagi tadi.

Rata-rata para penggiat dunia seni dan hiburan berasa amat sedih tentang berita ini dan ramai juga yang sempat berkongsi perasaan mereka bersama kami di Getaran.

“Allahyarham merupakan sebab saya memasuki bidang komedi dahulu dan meminati penceritaan berkomedi. Pada saya beliau adalah bapa ‘stand-up comedy’ di Malaysia. Penceritaannya menyentuh semua yang mendengar. Selain itu beliau juga benar-benar menyepadukan imej rakyat Malaysia dengan mewujudkan watak-watak berbilang kaum dalam setiap persembahannya."

"Saya sendiri tidak terkecuali dan masih ingat kali pertama datuk saya memberikan saya piring hitam yang mengandungi rakaman Bakat TV tahun 1971 yang mengandungi babak lawak kemenangannya di mana beliau mempopularkan watak Atan, seorang kanak-kanak ‘ciptaannya’. Itu benar-benar memberi kesan pada saya dan saya tak akan lupakan saat itu."

"Banyak lagi yang boleh dilakukan untuk mengangkat martabatnya sebagai seorang seniman tetapi kita semua sibuk dan terlupa untuk mengiktiraf sumbangannya ke tahap yang lebih tinggi. Saya harap akan ada satu wadah di mana semua karyanya boleh diabadikan supaya generasi akan datang terus mengenali dan menghargai sumbangannya,” kata Dato Afdlin Shauki, Ketua Eksekutif Petra Studios.

Perasaan kagum pada bakatnya juga dikongsi pelakon dan penyanyi Dato Yusry Abdul Halim yang sempat bekerja dengan Allahyarham.

“Saya rasa terkesan sebab Dato Jamali Shadat merupakan pelawak dan pelakon yang saya kagumi. Masih ingat menonton beliau di kaca TV semasa saya kecil dan kagum dengan skill ventriloquism (kebolehan memindah percakapan atau suara pada boneka) beliau. Watak Atan pun masih di ingatan. Saya dapat peluang shooting bersama beliau dalam filem Mr. Cinderella dan kenangan itu akan saya simpan sampai bila-bila. Beliau antara pelawak yang ada daya penarik buat pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa,” jelas Yusry tika dihubungi.

Penyanyi dan pelakon wanita berbakat, Adibah Noor juga seseorang yang meminati Allahyarham.

"Masa kecil dulu saya memang selalu berangan hendak menjadi bakat alih suara untuk genre komedi kerana saya memang suka menjiwai watak-watak kartun, jadi beliau memang menjadi inspirasi buat saya sejak dahulu lagi. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para solihin," ulas Adibah mengenai pemergiannya.

“Sebenarnya Allahyarham Dato Jamali Shadat salah seorang juri asal pusingan Raja Lawak sebelum saya melangkah ke Raja Lawak musim pertama dulu. Jadi saya agak terkesan dengan kehilangan ini. Beliau sempat melihat bakat-bakat peserta yang ingin menjadi sepertinya."

"Berita pemergiannya buat saya terkejut pagi ini. Sebenarnya saya dah lama berniat nak melawat beliau sewaktu uzur tapi keadaan pandemik ini tak mengizinkan. Saya ucapkan takziah untuk  keluarganya dan mendoakan rohnya dicucuri rahmat,” jelas pelakon, pengacara dan pelawak popular Zizan Razak.

Terkenal Sehingga Seberang Tambak

Allahyarham juga terkenal di kalangan komuniti Melayu di Singapura yang berkesempatan menonton aksinya dalam beberapa filem popular lakonannya.

Menurut penyanyi, komposer dan penulis lirik kelahiran Singapura Imran Ajmain, kebanyakan generasi muda Melayu Singapura biasanya mengenali ramai seniman Malaysia yang popular sekitar tahun 80-an dan 90-an. Ini termasuklah Allahyarham Dato Jamali Shadat.

“Semasa membesar di Singapura pada tahun 80-an dan 90-an, stesen TV berbahasa Melayu kami memang akan memainkan filem-filem lama termasuk rancangan hitam putih berkali-kali. Jadi secara tidak langsung kami sering ‘diperkenalkan semula’ dengan ramai seniman Malaysia.

Dato Jamali Shadat sendiri tidak asing lagi bagi kami. Apatah lagi di awal kemunculannya pada hujung 70-an dan awal 80-an konsep ‘stand-up comic’ itu masih sesuatu yang sangat baru dalam industri hiburan Melayu sedangkan beliau menjadi pelopor kepada konsep tersebut di arena seni kita sehinggakan lawak-lawaknya dirakam dalam piring hitam untuk semua menikmatinya. Kita boleh menyamakan tarafnya seperti para pelawak solo di Barat yang tampil di Live at Apollo dan seumpamanya.

Sudah tentu beliau paling diingati kerana kebolehannya meniru loghat bangsa lain di samping membuat suara bernada tinggi dan sebagainya. Pemergiannya benar-benar satu kehilangan yang besar,” jelas Imran.

Sentimen yang sama turut dikongsi oleh Juara Gegar Vaganza tahun 2019, Hady Mirza yang juga pemenang Asian Idol kelahiran Singapura.

“Bakatnya memang unik. Jarang kita dapat menemui bakat seni sepertinya yang mampu meniru suara dan sebagainya, apatah lagi dari zaman hitam putih itu. Saya rasa belum ada yang dapat mengganti tempatnya. Biarpun membesar di Singapura saya sudah tentu pernah menontonnya di TV dan mendengar karyanya di radio. Saya ucapkan takziah kepada semua ahli keluarganya yang terlibat,” kata Hady ketika dihubungi pihak Getaran.  – Getaran, 3 Februari 2021.

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 4 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

oleh Helmi Anuar

Selebriti 23 jam yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Selebriti 12 jam yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

Pendedahan berani mati Sarah Yasmine yang memaparkan mesej perbualan antara Aliff Aziz dan Ruhainies kini tular di semua platform media sosial.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Adira Sah Bercerai

oleh Wartawan Hiburan Getaran