web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Diana Danielle Dedah Pernah Dipukul Bekas Kekasih, Beri Nasihat Kepada Wanita Jangan Jadi Mangsa 

Perkara itu diceritakan wanita kacukan Amerika dalam satu temu bual ekskusif podcast 'Studio Sembang' bersama Amelia Henderson sebagai moderator.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2022 2:00PM

Diana Danielle - Tangkapan layar video podkast 'Studio Sembang'

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Diana Danielle mendedahkan pernah berhadapan dengan penderaan fizikal oleh bekas kekasih semasa dia berusia 17 tahun.

Kecewa dan terkejut dengan tindakan bekas kekasih yang juga merupakan seorang pengarah filem, Diana nekad meninggalkan hubungan percintaan itu dan lebih berhati-hati memilih teman istimewa selepas itu.

Perkara itu diceritakan wanita kacukan Amerika dalam satu temu bual eksklusif podcast Studio Sembang bersama Amelia Henderson sebagai moderator.

“Saya ada pengalaman tidak manis dengan bekas kekasih sebelum Farid kerana dia melakukan penderaan fizikal kepada saya. Bila seseorang itu mula sentuh saya sekali sahaja, saya terus tinggalkan perhubungan itu. 

“Pesan saya kepada wanita di luar sana, kalau seseorang itu mula melukai anda, sila tinggalkan dia,” katanya yang bersyukur kini mendirikan rumah tangga yang bahagia bersama suami, Farid Kamil.

Diana turut malu-malu bercerita mengenai pengenalannya bersama Farid Kamil. Masing-masing melalui alam bercinta hanya dengan melalui telefon bimbit kerana waktu itu tiada media sosial mahupun Whatsapp.

“Waktu itu saya tidak mahu orang ingat yang saya menumpang populariti Farid. Saya tahu apa yang saya tidak mahu dalam perhubungan. Saya juga tahu apa yang saya mahu untuk diri saya. Dengan Farid saya rasa sangat tenang dan ada energi yang baik semasa kami bekerja.

“Saya pula memang peminat Farid. Saya bertemu Farid di suatu acara. Waktu itu tiada media sosial, jadi dia menelefon saya setiap hari.

“Dia sangat baik dan dia nak perhubungan ini ke alam perkahwinan dengan cara yang tradisional. Saya ingat lagi, habis penggambaran di Perlis, dia akan memandu hanya untuk berjumpa saya,” tambahnya yang kini sudah melayari bahtera rumah tangga selama 10 tahun. 

Melihat ibunya yang pernah jatuh sakit akibat terlalu kuat bekerja, Diana mula menjaga jadual serta meluangkan banyak masa untuk keluarga tercinta
Melihat ibunya yang pernah jatuh sakit akibat terlalu kuat bekerja, Diana mula menjaga jadual serta meluangkan banyak masa untuk keluarga tercinta

Diana memulakan karier lakonannya sangat awal ketika berusia 11 tahun. Melihat ibunya yang pernah jatuh sakit akibat terlalu kuat bekerja, Diana mula menjaga jadual serta meluangkan banyak masa untuk keluarga tercinta.

“Ibu sangat kuat bekerja dan saya belajar itu daripada dia. Saya turut belajar apabila terlalu kuat bekerja juga bukanlah sesuatu yang baik.

“Sehinggalah dia disahkan menghidapi barah paru-paru yang membuatkan dia tak boleh bekerja dan terpaksa melepaskan perniagaannya. Kami pernah tiada duit selama dua tahun, dan hidup merempat. 

“Kemudian saya sedar, saya perlu tanggung keluarga ini dan mula berlakon sepenuh masa. Bila niat kita bekerja adalah untuk bantu keluarga, kita akan ada kekuatan yang sangat ajaib untuk melakukannya.

“Melihat cara ibu saya bekerja, saya jadi berhati-hati menjaga jadual saya dan luangkan lebih banyak masa untuk keluarga. Saya berpesan juga kepada anak saya, jika kita usaha dan dapatkan sesuatu, jangan sampai kita jatuh sakit,” tambahnya.

Terdahulu, Diana dan Farid mendirikan rumah tangga pada tahun 2012. Berkat perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora. - Getaran, 19 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Belum Ada Perkembangan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan – Peguam

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Maut Bergaduh Dengan Abang Teman Wanita

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Farid Kamil Beri Bayangan Rujuk Semula Dengan Diana Danielle

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Farid Kamil, Diana Danielle Capai Kata Sepakat

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN