web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lelaki Maut Bergaduh Dengan Abang Teman Wanita

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2023 4:25PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gara-gara perselisihan faham, seorang lelaki maut dipukul dengan menggunakan kayu, botol dan tong besi oleh abang teman wanitanya sebelum mayatnya ditanam di kawasan semak di belakang rumah keluarga wanita itu di Sungai Choh, Rawang, Selangor semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Supt Ariffin Mohamad Nasir berkata, dalam kejadian pada jam 11 pagi itu, mangsa dilaporkan telah datang ke rumah berkenaan bersama empat suspek termasuk teman wanitanya untuk berbincang mengenai masalah hubungan mereka.

“Bagaimanapun, telah berlaku pertengkaran dan pergaduhan di rumah berkenaan. Pada jam 5 petang seorang daripada ahli keluarga itu telah terdengar perbualan antara suaminya dan abang iparnya untuk menanam satu mayat.

“Ekoran itu, wanita yang berusia 27 tahun itu telah membuat laporan polis pada jam 11.25 malam,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Bertindak atas laporan, sepasukan polis telah dikerah ke tempat kejadian dan menahan tiga beradik termasuk seorang wanita yang berumur antara 29 hingga 33 tahun bagi membantu siasatan kes itu.

Beliau berkata, polis menggunakan Unit Anjing Pengesan (K9) untuk mengesan kedudukan mayat terbabit sebelum berjaya digali keluar pada jam 5 pagi tadi dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Ariffin berkata, pihaknya kini sedang mengesan empat lagi individu yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan termasuk suspek utama dan teman wanita mangsa.

Beliau berkata, ketiga-tiga beradik berkenaan kini ditahan reman tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat ASP Puteri Noor Asiah Mohd Sharif di 012-6718024 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak 03-61262242. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Semasa 12 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan