web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Masih Belum Sampai Masa Lagi Untuk Saya Berubah, Emma Maembong Juga Tak Mahu Respon Pasal Hamil 

“Saya pernah pakai tudung. Insha Allah satu hari nanti, mesti saya akan ke arah itu semula (menutup aurat). Bila tiba masanya saya akan pakai (berhijab),” Emma Maembong. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2022 8:00PM

Emma Maembong - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Emma Maembong mengaku, dia akan kembali kepada fitrah sebagai seorang wanita Muslimah, dan tidak akan selamanya kekal dengan imej sekarang (membuka aurat).

Menurut Emma, dia sedar ramai peminatnya meminta  untuk dia kembali ‘bertudung’ dan dia akan berubah jika sudah sampai waktunya  nanti.

“Saya pernah pakai tudung, insya-Allah satu hari nanti, mesti saya akan ke arah itu semula (menutup aurat). Bila tiba masanya saya akan pakai (berhijab).

“Saya tidak akan selamanya begini sehingga ke tua. Saya pun mahu ke arah kebaikan kerana saya bukannya makin muda.

“Bagi saya setiap wanita Muslim beragama Islam, mereka semua mahu menuju ke arah kebaikan, begitu juga saya,” katanya.

Emma Maembong - Gambar oleh Syeda Imran
Emma Maembong - Gambar oleh Syeda Imran

Pemilik nama lengkap Fatimah Rohani Ismail itu lagi, apa yang dipaparkan dalam media sosialnya, adalah hanya kehidupannya sebagai seorang selebriti bernama Emma Maembong, bukan realiti dirinya sebagai Fatimah. 

“Kepada orang di luar sana, semua di media sosial saya bukannya ‘the real me’, itu adalah kehidupan saya sebagai seorang selebriti yang dikenal ramai.

“Nama Instagram saya pun Emma Maembong, bukan nama dalam surat beranak. Jadi biarlah saya tunjuk inilah kehidupan seorang Emma Maembong sebagai seorang selebriti,” jelasnya.

Sementara itu, ketika ditanya berkenaan dakwaan segelintir pihak mengenai desas desus dirinya kini hamil, pelakon jelita ini memilih untuk tidak memberi respon.

“Buat masa ini, saya tak nak cakap apa-apa. Sebabnya, saya dan suami pun masih mencuba. Kalau saya kata ya, tapi tidak ada (hamil), saya akan sakit. 

“Sama juga kalau saya kata tak ada, kemudian tiba-tiba ada (hamil), saya 'happy' (gembira) dan tak semua orang akan gembira tengok kita 'happy'.  Hal zuriat ni adalah satu hal yang sensitif. 

“Cuma apa yang boleh saya katakan, saya memang mengharap sangat diberikan rezeki  dalam tempoh terdekat,” ujarnya.

Barisan juri dan hos The Masked Singer Malaysia. - Gambar Syeda Imran
Barisan juri dan hos The Masked Singer Malaysia. - Gambar Syeda Imran

Menurut pelakon drama Nusyuz Berkiblat Cinta itu, dia sememangnya ingin keluarga besar dengan anak ramai, namun soal cahaya mata, mereka menyerahkan sepenuhnya kepada rezeki Allah SWT. 

Dalam pada itu, Emma bakal mengisi kerusi penjurian TMSMY3 bersama Zul Ariffin, Sharnaaz, Ella, Elly Mazlein, Didie Alias, Shuib Sepahtu dan Atu Zero yang akan bersiaran mulai 23 Disember ini di Astro Warna. – Getaran, 15 Disember 2022
 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Nora Danish Berhijab Selepas Sering Hadiri Majlis Ilmu

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Uqasha Senrose Umum Hamil Anak Pertama

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sarat Hamil Tapi Positif Ganja, Wanita Dan Suami Ditangkap Bawa 10KG Dadah

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Shila Amzah, Ubai Kongsi Berita Kehamilan

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa