web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ini Sebab Kenapa Suga BTS Mendaftar Sebagai Pekerja Sosial Dalam Perkhidmatan Ketenteraan 

Bahkan, dia juga akan menjadi satu-satunya ahli BTS yang dikecualikan daripada tugas ketentaraan aktif dan sudah pasti hal itu menimbulkan tanda tanya ramai. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2022 5:05PM

Suga - Gambar ihsan BIGHIT IG

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Susulan daripada penglibatan Jin BTS yang kini bertugas dalam perkhidmatan mandotari ketenteraan, semua mata kini tertumpu kepada seorang ahli anggota kumpulan Kpop itu iaitu Min Yongi atau Suga.

Suga yang juga produser dan rapper genius BTS ini dilaporkan akan melengkapkan pendaftaran perkhidmatan ketenteraannya sebagai pekerja sosial. 

Bahkan, dia juga akan menjadi satu-satunya ahli BTS yang dikecualikan daripada tugas ketentaraan aktif dan sudah pasti hal menimbulkan tanda tanya ramai. 

Perkara itu juga telah disahkanpihak berkuasa tentera kepada Daily Sports dalam satu laporan artikel yang diterbitkan pada 13 Disember lalu.

Pihak berkuasa tentera memaklumkan bahawa Suga akan melengkapkan pendaftaran perkhidmatan ketenteraannya sebagai pekerja sosial dan bekerja di pejabat kerajaan.

Sebelum ini, terdapat laporan mengatakan Suga BTS telah menangguhkan pendaftaran khidmat ketenteraan wajibnya sehingga 2023. Bagaimanapun, laporan itu juga menyebut bahawa dia kemungkinan besar akan menjadi ahli seterusnya yang mendaftar selepas Jin.

Suga bersama anggota kumpulan BTS. - Gambar fail
Suga bersama anggota kumpulan BTS. - Gambar fail

Apapun, pendaftaran Suga sebagai pekerja sosial dalam perkhidmatan ketenteraan sebetulnya adalah disebabkan sejarah perubatannya. 

Pada November 2022, Suga telah mengalami kecederaan labrum di kawasan bahu kirinya. Kecederaan ini memerlukannya menjalani pembedahan dan proses pemulihan yang ketat.

Disebabkan  kecederaannya itu, Suga telah  telah mendapat kebenaran untuk berkhidmat sebagai pekerja sosial dan bukannya tugas aktif. Lagipun, di Korea Selatan, lelaki yang mengalami masalah kesihatan tertentu tertakluk kepada pengecualian daripada tugas aktif. 

Jika ini benar, maka Suga mungkin bekerja di pusat komuniti atau organisasi bandar / wilayah tertentu. 

Menjawab pelbagai khabar angin mengenai pendaftaran perkhidmatan ketenteraan Suga BTS, agensi BIGHIT Music telah mengeluarkan kenyataan rasmi. Menurut agensi itu, tiada butiran didedahkan mengenai pelan pendaftaran khusus Suga BTS. 

"Anggota BTS akan berkhidmat dalam tentera mengikut urutan perancangan mereka. Namun, kerana ia berkaitan dengan maklumat peribadi artis, sukar untuk disahkan”. 

BIGHIT Music mengeluarkan kenyataan rasmi ini pada hari yang sama selepas khabar angin tentang perkhidmatan Suga BTS sebagai pekerja sosial ini tersebar. 

Pada hari yang sama selepas khabar angin yang tersebar di internet, BIGHIT MUSIC segera mengeluarkan kedudukan rasmi, menyatakan bahawa anggota BTS akan berkhidmat dalam tentera mengikut rancangan mereka. – Getaran, 15 Disember 2022 

Gambar: BIGHIT IG

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Panggilan Buat BTS Army, Pameran 'B★VERSE', Kini Singgah di Pavilion Bukit Jalil

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

4 Anggota BTS Sedia Mula Khidmat Tentera

3

Semasa 2 tahun yang lalu

'Pemaju Residensi Sateria Menyusahkan Kami, Mana Janji Kamu?'

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Pihak Polis Percaya Moonbin ASTRO Mati Akibat Bunuh Diri, Tapi Apa Puncanya? 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 19 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN