web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pihak Polis Percaya Moonbin ASTRO Mati Akibat Bunuh Diri, Tapi Apa Puncanya? 

Kematian Moonbin daripada kumpulan ASTRO benar-benar mengejutkan banyak pihak terutama kalangan peminat serta komuniti Kpop.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2023 8:00PM

Moonbin, ditemui dalam keadaan tidak bernyawa oleh pengurusnya di kediamannya di Gangnam, Seoul. - Gambar Koreaboo

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kematian Moonbin daripada kumpulan ASTRO benar-benar mengejutkan banyak pihak terutama kalangan peminat serta komuniti Kpop.

Menurut Balai Polis Gangnam Seoul, Moonbin, 25, telah ditemui berada di dalam keadaan tidak bernyawa oleh pengurusnya di kediamannya di Gangnam, Seoul kira-kira jam 8.10 malam. 

Polis di dalam laporan siasatan mereka mendakwa bahawa Moonbin mati akibat bunuh diri. Namun, bedah siasat sedang dijalankan bagi menentukan punca sebenar kematian. 

Moonbin pada asalnya dijadualkan untuk membuat persembahan di Dream Concert, sebelum pemergiannya secara mengejut dan tiba-tiba itu. 

Sementara itu, agensi Fantagio yang dinaungi ASTRO telah mengeluarkan kenyatan menzahirkan rasa sedih mereka terhadap kematian Moonbin serta mengucapkan takziah terhadap mereka yang terkesan dengan pemergian selebriti tersebut. 

Bahkan, mereka juga turut mengesahkan laporan yang dibuat pihak Balai Polis Gangnam Seoul terhadap kematian Moonbin. 

Agensi itu juga bersimpati dengan peminat Moonbin bergelar AROHA, yang tidakk pernah henti-henti membrikan sokongan terhadap Moonbin. 

Pada masa yang sama, Fantagio juga meminta supaya semua pihak supaya berhenti membuat laporan yang berniat jahat serta berbentuk spekulasi. 

Ini adalah untuk memberi penghormatan kepada keluarga dan rakan-rakan Moonbin yang sangat terkesan menerima perkhabaran dan insiden yang menyedihkan ini. 

Fantagio juga mengumumkan bahawa pengebumian Moonbin akan diadakan dengan penuh hati-hati, dan hanya akan dihadiri keluarganya, rakan-rakan rapat serta rakan-rakannya daripada agensi itu.

Kali terakhir Moonbin merakamkan album adalah pada 4 Januari lalu menerusi gabungan duo di antaranya dengan Sanha daripada ASTRO. 

Mini album berjudul Incense yang mengandungi lagu 'Madness' adalah kolaborasi ketiga mereka sepanjang bergelar pasangan duo. 

Bagi projek album penuh bersama ASTRO pula, Moonbin mula aktif bersama anggota yang lain menerusi album ketiga mereka Drive to the Starry Road. Ia juga merupakan album terakhir kumpulan yang dijayakan Rocky sebelum dia meninggalkan ASTRO pada 28 Februari lalu. – Getaran, 20 April 2024 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Jangan Biarkan Buli Siber Terus Berlaku, Cegah Sebelum Parah!’ - Saraswati

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pahabaq Kedah? Jom Pakat Bergelak Ketawa Dengan Sepahtu Reunion

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Panjat Pencawang Elektrik Setinggi 25 Meter: Bomba Selamatkan Lelaki Cuba Bunuh Diri

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tak Jadi Bunuh Diri, Lelaki Berpaut Di Tiang Jambatan

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 20 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN