web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Mohon Hentikan Semua Kenyataan Yang Berbaur Tohmahan Dan Tuduhan - Zaf VE 

Zaf juga memberitahu, dia enggan mengulas kenyataan yang dibuat oleh Cham, Adeep, Fakhiz dan Hakim itu dengan panjang lebar kerana tidak ingin ia menjadi meleret-meleret. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2022 11:24PM

Fakhiz, Cham, Hakim dan Adeep telah menggunakan nama V.E sewaktu menyertai program Gegar Vaganza Musim 9 - Gambar ihsan Astro

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah mengambil masa untuk meneliti kenyataan yang dibuat oleh rakan-rakannya yang telah menggunakan nama kumpulan V.E sewaktu menyertai program Gegar Vaganza Musim 9 (GV9), akhirnya Zafri Nazaruddin atau Zaf tampil bersuara. 

Dalam satu kenyataan rasmi yang dikongsi kepada pihak media, Zaf yang merupakan anggota asal sebenar V.E dan bertindak sebagai ketua kumpulan itu selama ini juga memohon agar Charma Adizalilullah Mohamad Khalil (Cham), Abdul Mutalib Nahar (Adeep) dan Luqman Hakim Mohamed Shaker (Hakim) menghentikan semua kenyataan yang berbaur tohmahan.  

Zaf berkata demikian sebagai membalas semula kenyataan yang dibuat oleh rakan-rakannya itu menerusi satu sidang media baru-baru ini. 

“Saya mengambil masa meneliti kenyataan-kenyataan lain melalui sidang media mereka beserta kesemua artikel yang diterbitkan sejurus sidang media tersebut. 

“Setelah mendapatkan pandangan profesional berkaitan semua ini, tegas saya katakan bahawa versi peristiwa yang disampaikan di dalam sidang media tersebut tidak memberi gambaran penuh semua perkara yang berlaku. 

“Sesetengah pernyataan juga merupakan tohmahan kepada saya dan menjatuhkan maruah, reputasi peribadi dan profesional saya,” katanya. 

Menurut Zaf lagi, pada kenyataannya sebelum ini, dia hanya minta mereka untuk maju ke dalam industri sebagai sebuah kumpulan dengan nama yang baru. 

“Seperti yang diberitahu dalam laman sosial saya tempoh hari, selama 11 minggu saya mengikuti persembahan mereka dan apa yang saya nampak, mereka telah mengetengahkan konsep, cara persembahan, idea dan cara nyanyian mereka sendiri. 

“Maka, sesuailah mereka mengorak langkah sebagai kumpulan yang baru. Ia bukan tentang cerita layak atau tidak. 

“VE adalah VE, biarlah VE kekal dengan cara dan konsep yang terbina sejak 25 tahun dulu. Mereka adalah sebuah kumpulan yang boleh menjadi lebih gemilang di persada seni dengan cara sendiri,” katanya. 

Zaf juga memberitahu, dia enggan mengulas kenyataan yang dibuat oleh rakan-rakannya itu dengan panjang lebar kerana tidak ingin ia menjadi meleret-meleret. 

“Saya tidak mahu kisah ini meleret-leret, berbalas-berbalas kenyataan yang akhirnya hanya memalukan dan merugikan kita semua. 

“Cukup sampai sini, ini kenyataan terakhir saya dan semoga kita semua berlapang dada dan maju ke depan demi kerjaya masing-masing.

“Saya masih menganggap mereka semua kawan dan saya doakan supaya kita semua berjaya dalam apa yang diusahakan, insya-Allah,” jelasnya. 

Zaf juga turut mengucapkan terima kasih kepada Cham, Adeep dan Hakim itu kerana pernah bersama-sama dengan V.E bermula dari tahun 2020 sehinggalah 5 Disember yang lalu. 

“Saya doakan kejayaan mereka dalam industri. Terima kasih kerana berbesar hati mengorak langkah ke hadapan dengan jenama sendiri,” katanya mengakhiri kenyataannya. 

Terdahulu, Cham, Adeep, Hakim bersama Fakhiz yang telah menyertai pertandingan GV9 dan menduduki tangga kelima telah mengadakan sidang media dan mengisytiharkan keluar dari V.E berkuatkuasa 5 Disember lalu. 

Tindakan itu dibuat susulan daripada kenyataan yang dibuat Zaf menerusi media sosial yang meminta mereka meneruskan kerjaya seni mereka dengan menggunakan nama lain tanpa menjejaskan jenama V.E. – Getaran, 9 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Rupa Paras Dikutuk, Liza Hanim Tampil Pertahankan Diri

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Dituduh Perampas Tunang Orang - Farisha Iris Tidak Mahu Ambil Pusing Dan Tidak Peduli Kisah Silam Teman Lelakinya 

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Guna Nama Tokoh Terkenal, Rugi Sehingga RM4.6 Juta Masuk Aplikasi E-Ganjaran

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Saya 'Block' Puteri Sarah Liyana, Sebab Saya Tidak Suka Bergaduh – Syamsul Yusof Dedah Dia Sering Dimaki Hamun 

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa