web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Saya 'Block' Puteri Sarah Liyana, Sebab Saya Tidak Suka Bergaduh – Syamsul Yusof Dedah Dia Sering Dimaki Hamun 

Syamsul juga meminta supaya Puteri Sarah Liyana usah cetus drama minta simpati netizen dan berkongsi aib rumah tangga di media sosial. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jan 2023 10:27AM

Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana - Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengarah filem, Syamsul Yusof tampil menjelaskan kenyataan mengapa dia masih menghalang (block) isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana untuk berhubung dengannya menerusi telefon bimbit dalam sebuah hantaran video yang dimuat naik malam semalam.  

“Saya block isteri saya sebab saya tak suka bergaduh. Saya benci pertengkaran. Dan, macam mana saya nak berkomunikasi dengan awak Puteri Sarah Liyana, kalau awak sentiasa memaki hamun saya. 

“Engkau aku, engkau aku. Maksudnya awak dah takde hormat. Saya tiada ruang untuk berbicara. Bila awak berwhatsapp, kalau takde apa-apa pun, awak maki hamun saya. 

“Saya rasa ini memudaratkan. Sebab itu saya block. Sebab saya tidak mahu mahu hubungan kita makin teruk, makin keruh, dan makin mudarat. 

“Tetapi, bukan saya tak hiraukan awak atau perbelanjaan awak. Segala-galanya telah saya berikan. Segalanya laju saya berikan. Sebab saya kerja untuk awak, untuk keluarga, untuk anak kita. 

“Dah berapa dah kita berkomunikasi selama melalui ibu saya, ibu awak, adik saya dan dua orang pembantu rumah. Kita berkomunikasi. Sebab itu dalam video saya, saya cakap jom kita bincang. Cukuplah tu. Kita bincang di rumah. Jangan kongsikan aib rumah tangga di media sosial,” katanya. 

Jelas Syamsul lagi, dia juga boleh menggunakan media sosial untuk memperkatakan tentang Puteri Sarah Liyana. 

“Saya pun boleh cerita pasal awak. Sarah sekian, sekian. Tapi saya tak mahu. Sebab itu, selama ini saya telan semua. Takpe orang tak tahu hal sebenar. Tak tahu urusan rumah tangga orang. Sabar-sabar. 

“Tapi, makin lama dah makin teruk, sebab itu saya kena dedahkan sedikit di dalam video itu dan itu punca kenapa saya block bukan saya block, saya buang keluarga saya. Tidak… Saya sentiasa berkomunikasi  dengan ibunya, saya ambil anak-anak . Dia pun tahu saya ambil anak-anak. 

“Tadi masa mintak duit kenapa awak tak cakap pasal nak berbincang. Pintu rumah sentiasa terbuka, Boleh datang balik rumah berbincang. 

“Usah cetus drama minta simpati netizen. Tak perlu…  Awak ada buat nak suruh lepaskan awak. Apapun keputusan sama ada nak berpisah atau bersama, balik rumah. Jangan bincang di media sosial. Untuk apa? Awak juga sanggup repost orang yang mengecam dan menghina suami awak,” katanya lagi. 

“Sebenarnya saya tak nak share semua benda di media sosial. Dari dulu lagi. Sebelum-sebelum ini pun. Tapi, isteri saya yang teruskan. 

“Kalau hendak diikutkan banyak benda yang saya nak ceritakan daripada pihak saya. Tapi, saya tak boleh ceritakan semua. Bukan semua yang anda baca di media boleh dipercayai. Anda tak boleh percaya semua. Ini yang buat saya tersepit dan mengambil inisiatif untuk berdiam diri. 

 “Tapi, saya terpaksa buat video ni untuk tangkis anggapan buruk-buruk. Macam-macam orang kata pasal saya. Tapi, anda semua tidak tahu masalah sebenar.  Bukan saya nak kata Sarah salah, saya betul. Tidak… 

“Tapi, anda semua tak tahu hal sebenar, tak tahu masalah sebenar, anda semua terus menjatuh hukum. Dan macam-macam orang caci dan hina saya. Kata saya zalim. 

“Saya anggap ini ujian Allah. Saya juga doakan yang baik-baik pada orang yang hina saya. Orang cakap saya munafik, terpulanglah. Pintu taubat Allah sentiasa terbuka. Saya tak nak dengar cakap orang. 

“Saya dengar cakap Allah. Berkahwin untuk elak maksiat. Tapi mungkin, masyarakat lebih rela orang buat maksiat daripada berkahwin. Renung-renungkanlah. Buat Puteri Sarah, cukuplah,” katanya. 

Syamsul juga turut memohon supaya netizen berhenti menjadi batu api untuk melaga-lagakannya dengan Puteri Sarah, 

“Usah membuat tohmahan kepada kedua-dua isteri saya, Usah cakap benda yang tak elok pada mereka. Kalau hendak kutuk, kutuklah saya sebab saya buat keputusan. Saya kena berkahwin kerana ikut hukum,” katanya lagi. - Getaran, 11 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 5 bulan yang lalu

Majlis Resepsi Erra Fazira, Ezwan Berlangsung Meriah, Erra Buat Sendiri Cenderahati Untuk Tetamu

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Syamsul Yusof, Ira Kazar Sah Cerai Talak Satu

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Busana Majlis Nikah, Resepsi Afifah Nasir Dikritik

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Puteri Sarah Tunai Umrah Lagi, Kali Ini Bersama Ibu Bapa 

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Muzik 6 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...