web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Guna Nama Tokoh Terkenal, Rugi Sehingga RM4.6 Juta Masuk Aplikasi E-Ganjaran

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2023 6:19PM

Hishamuddin Hashim berkata setakat ini, kira-kira 100 orang mangsa telah membuat laporan polis dan pihaknya percaya ramai lagi mangsa yang terlibat dengan lebih lagi jumlah kerugian - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menggunakan nama-nama tokoh terkenal, kerabat diraja, bekas pegawai kerajaan dan agamawan, menyebabkan ramai terpedaya hingga kerugian lebih RM4.6 juta, selepas menyertai skim penipuan aplikasi e-ganjaran (ganjaran dalam talian) yang menawarkan baucer sehingga 50 peratus sejak 2018.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Datuk Hishamuddin Hashim berkata setakat ini, kira-kira 100 orang mangsa telah membuat laporan polis dan pihaknya percaya ramai lagi mangsa yang terlibat dengan lebih lagi jumlah kerugian.

Beliau berkata selain daripada tokoh-tokoh terkenal, sindiket yang menawarkan perkhidmatan baucer atau e-ganjaran itu, turut melibatkan pelbagai jenama terkenal antaranya Petronas atau Shell.

“Sindiket ini menawarkan orang ramai satu bentuk pelaburan, yang menawarkan mereka ganjaran atau baucer yang memberi mereka penjimatan sehingga 50 peratus. Kebanyakan vendor atau peniaga yang bersama dengan sindiket ini, terdiri daripada mereka yang mempunyai reputasi yang baik.

“Apa yang berlaku, ramai yang menyertai skim ini membeli baucer ini dan mereka beranggapan daripada pembelian baucer ini, mereka akan dapat subsidi serta diskaun pembelian barangan,” katanya dalam sidang media di hadapan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, di sini hari ini.

Hishamuddin berkata modus operandi sindiket ini ialah pengguna dikehendaki membeli baucer yang dikenali sebagai (QV), dengan pembayaran bagi baucar ini perlu dibeli melalui FPX online dan setelah membeli QV pada waktu promosi, mereka akan diberi ganjaran dalam bentuk baucar subsidi dikenali sebagai SV.

“Pengguna kemudian berbelanja dengan QV pada jumlah tertentu yang akan diberi ganjaran SV. Mangsa lebih tertarik dengan aplikasi ini apabila QV dan SV ini boleh digunakan untuk membeli barang atau perkhidmatan yang tersedia di dalam aplikasi itu, dengan penjimatan sehingga 50 peratus.

“Malangnya, setelah ramai yang membeli, pada April tahun lepas, syarikat ini secara tiba-tiba menghentikan aplikasi mereka tanpa sebarang alasan munasabah. Semua baucer dalam ‘wallet’ aplikasi tersebut lesap, hilang begitu sahaja,” katanya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) Tan Sri Musa Hassan berkata ini merupakan satu penipuan dan memohon Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat, serta mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat yang menggunakan nama-nama orang kenamaan, bagi menarik orang ramai menyertai sindiket ini.

Seorang mangsa yang ingin dikenali sebagai Rafiq dari Marang, Terengganu menjelaskan, beliau tertarik dengan penawaran e-ganjaran tersebut kerana diskaun yang diberikan, selain diberi keyakinan oleh seorang pendakwah bahawa hukum pelaburan tersebut adalah harus.

“Apabila ditanya sebegitu, kita lagi bertambah yakin dengan skim e-ganjaran ini tanpa was-was. Ramai orang kenamaan ada dalam sindiket ini.

“Saya banyak gunakan untuk beli barang keperluan rumah dan perkakas untuk binaan rumah, kerana dapat penjimatan. Saya kehilangan kira-kira RM70,000 sejak menyertainya pada akhir tahun 2021,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Tahan Lelaki Palsukan Surat Tukar Hak Milik Kereta Guna Jata Tubuh Sultan Kelantan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Ditipu Penjual Barangan Terpakai, Suri Rumah Rugi Lebih RM30,000

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Sabarlah, Sesungguhnya Allah Bersama Orang Yang Sabar...

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Syarikat Pengendali Pakej Umrah, Pengarah Didakwa Gagal Patuhi Perintah Award TTPM

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 20 jam yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Tanah Sungai Cot: Tengku Ampuan Pahang Tawar Tanah Untuk Keluarga Orang Asli Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad