web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Tuhan Ciptakan Adam Dan Hawa Sebagai Pasangan, Bukan Adam Dan Haikal' - Naim Daniel

Naim membuat ciapan itu di Twitter bagi merujuk kepada sebuah video yang tular tentang golongan LGBT di Malaysia yang dikatakan tidak mendapat layanan baik dari masyarakat

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2022 12:04PM

Naim Daniel - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kecoh di Twitter apabila tular video seorang penyokong lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang beragama Islam meluahkan perasaannya terhadap layanan yang diterima oleh golongan tersebut di Malaysia. 

Video tersebut mendapat perhatian ramai netizen di Malaysia dan turut menarik perhatian penyanyi dan pelakon popular, Naim Daniel.

Dalam ciapan yang dibuat pelantun lagu ‘Sumpah’ itu, dia menulis bahawa Tuhan telah menciptakan manusia yang terdiri daripada dua jantina berbeza.

“Tuhan ciptakan Adam dan Hawa sebagai pasangan. Bukan Adam dan Haikal,” tulisnya dalam ciapan berkenaan merujuk kepada video yang tular itu.

Ciapan Naim itu telah mendapat lebih 21,000 tanda suka, 15,000 kali diulang ciap dan lebih 700 ciapan balas.

Ramai netizen yang telah memberikan pelbagai reaksi yang berbeza tentang ciapan Naim itu. Ada yang menyokong, malah ada juga yang mengecam tindakannya.

Ada netizen yang berpendapat Naim merupakan seorang yang ‘homophobic’ dan tidak memikirkan perasaan golongan tersebut yang bekerja di dalam industri hiburan seperti jurusolek, pereka fesyen, penata gaya, pembantu peribadi dan sebagainya. 

Ada juga yang merasakan Naim juga berhak untuk meluahkan pendapatnya sendiri terhadap sesuatu isu sama ada yang disokong mahupun tidak. – Getaran, 9 Disember 2022.



 

.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Berpendirian Jelas Tidak Terima LGBT - Mohd Na'im

2

Semasa 2 tahun yang lalu

KPM Teliti Semula Syarat Kemasukan Kanak-Kanak Ke Sekolah

3

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Maaf, Kami Juga Sayangkan Anda’: Coldplay Kekal Positif Biarpun Ada Pihak Tidak Selesa Kehadirannya

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Ada Unsur LGBT, Propaganda Antikerajaan Antara Punca 16 Filem Diharamkan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 8 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...