web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ada Unsur LGBT, Propaganda Antikerajaan Antara Punca 16 Filem Diharamkan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2023 9:00AM

Saifuddin Nasution Ismail - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 16 filem diharamkan tayangannya di negara ini oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) sejak beberapa tahun lalu selepas didapati mengandungi unsur yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

Dalam jawapan bertulis di Parlimen, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, larangan itu dikeluarkan kerana filem terbabit didapati berpotensi "menjejaskan dan menimbulkan isu keselamatan, agama, sosiobudaya dan moral" dalam kalangan masyarakat.

Beberapa sebab yang disenaraikan untuk menjelaskan mengapa filem tidak dibenarkan ditayangkan secara fizikal di sini, termasuk kerana ia mengandungi unsur politik dan agama, ideologi komunis dan imejan seksual atau bogel.

Antara sebab lain diberikan oleh kementerian itu memperincikan bahawa filem terbabit menggambarkan adegan yang mempromosikan gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), naratif antikerajaan, sentimen Islamofobia, penggunaan dadah dan kekejaman.

Secara keseluruhan, enam filem tidak pernah muncul di skrin besar pada 2020 termasuk sebuah filem keluaran Israel, manakala lima filem diharamkan masing-masing pada 2021 dan 2022.

Saifuddin juga memberi jaminan bahawa LPF akan terus menjalankan tanggungjawabnya "melindungi orang ramai daripada terpedaya dengan nilai-nilai negatif yang digambarkan dalam filem".

Beliau berkata, bagaimanapun, lembaga itu tidak menyekat pembikinan filem kreatif yang bertujuan untuk menghiburkan dan mendidik orang ramai, di samping melonjakkan industri perfileman negara ke peringkat global.

Selain itu, Saifuddin berkata, empat aspek yang diberi perhatian LPF ketika meneliti filem yang dikemukakan untuk kelulusan ialah keselamatan dan ketenteraman awam; agama, kesejahteraan sosiobudaya serta ketenteraman dan disiplin.

“Sesebuah filem dibenarkan ditayangkan selagi tidak bercanggah dengan garis panduan.

“Namun, sekiranya adegan atau dialog dalam sesebuah filem didapati mengasingkan mana-mana kandungan yang digariskan, LPF mempunyai kuasa untuk mengarahkan agar kandungan filem itu diubah.

“Beberapa cara filem itu boleh disunting termasuk memotong adegan, mengaburkan kandungan, memadamkan sarikata atau mana-mana suntingan lain bersesuaian yang tidak menjejaskan jalan cerita filem itu,” katanya.

Tambahnya, LPF hanya akan mengeluarkan larangan tayangan filem jika genre atau keseluruhan jalan ceritanya "keterlaluan dan tidak sesuai" untuk tontonan ramai. —The Vibes, 10 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

2

Semasa 3 minggu yang lalu

‘Pengedaran Dadah Di Langkawi Bukan Seperti Sindiket Pablo Escobar’ - Saifuddin

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemegang MyKad Lama Tidak Diwajibkan Tukar MyKad Baharu Menjelang 1 Jun - Saifuddin

4

Semasa 1 bulan yang lalu

MyKad, Pasport Baharu Dilancar Jun Depan - Saifuddin Nasution

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad