web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pledis Entertaiment Terpaksa Keluarkan Amaran Kali Kedua Kepada Peminat Seventeen

Agensi Pledis Entertainment yang menguruskan kerjaya seni Seventeen telah mengeluarkan amaran tersebut menerusi satu kenyataan rasmi. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2022 7:00PM

Gambar dari Instagram Seventeen

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pada bulan Oktober lalu, agensi Pledis Entertainment yang menguruskan kerjaya seni Seventeen telah mengeluarkan garis panduan etika peminat terhadap kumpulan Kpop itu. 

Garis panduan itu dikeluarkan untuk memastikan keselamatan dan privasi Seventeen dapat dijaga dan agensi itu turut memberi amaran supaya peminat tidak mencerobohi privasi kumpulan tersebut. 

Namun, ada peminat yang masih tidak mengendahkannya sehingga memaksa agensi itu mengeluarkan amaran buat kali kedua menerusi satu kenyataan rasmi. 

“Walaupun notis telah dikeluarkan sebelum ini, kami mendapati masih ada yang cuba masuk tanpa kebenaran ke ruang peribadi artis selain daripada tempat aktiviti rasmi Seventeen yang dibenarkan yang diumumkan secara rasmi,” kata Pledis Entertainment dalam kenyataan itu. 

Pledis Entertainment turut menamakan beberapa ruang peribadi artis mereka. Misalnya, ruang tamu, hotel, kedai rambut dan solekan serta zon keselamatan lapangan terbang.

Sambung agensi itu lagi, terdapat kes-kes pencerobohan privasi yang teruk terutamanya semasa satu acara baru-baru ini. 

“Seperti menunggu di hotel artis, cuba memecahkan dan memasuki bilik hotel, datang terlalu dekat dengan artis dan cuba mencetuskan perbualan semasa mereka berada di zon keselamatan lapangan terbang termasuk di dalam pesawat. Tindakan berulang seperti itu mampu menjejaskan  kesihatan mental kepada artis.

“Bukan sahaja mereka yang terlibat dalam tingkah laku sedemikian akan disenaraihitam daripada mengambil bahagian dalam semua aktiviti peminat yang berkaitan dengan Seventeen tanpa sebarang amaran lebih awal, tetapi syarikat kami juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka menggunakan bukti yang telah kami kumpulkan melalui rakaman CCTV dan inisiatif pemantauan.

“Kami akan terus berusaha untuk mewujudkan budaya peminat yang sihat dan melindungi keselamatan dan hak artis kami. Kami berjanji bahawa kami akan mengambil langkah paling kuat terhadap sebarang tindakan yang mampu melanggar hak mereka. Kami mengharapkan kerjasama peminat,” kata Pledis Entertainment lagi dalam kenyataan tersebut. 

Awal bulan ini, Seventeen telah berjaya menamatkan persembahan mereka di Jepun yang juga adalah sebahagian daripada konsert jelajah dunia mereka, Be The Sun. – Getaran, 8 Disember 2022 

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

PM Hilang Sabar, Kelemahan Penguatkuasaan, Tadbir Urus Perlu Ditangani Serius

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Peminat Masuk Padang, Kibar Bendera Palestin

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Minat Punya Pasal Ada Peminat Tiru Nama Wardina, Anak

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PRN: Tindakan Tegas Akan Diambil Terhadap Pihak Sebar Sentimen 3R - Fahmi

Sorotan

1

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

2

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

3

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

4

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

5

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

6

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

oleh Sophia Ahmad

Filem & TV 6 jam yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Tiga peserta terbaik akan menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 yang merangkumi penghasilan single dan video muzik.

oleh Rahayu MN