web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Di Rumah, Deepika Seorang Suri Rumah Tangga Yang Tipikal - Ranveer Singh Kagum Dengan Isterinya 

Ranveer juga tidak dapat menyembunyi rasa kagumnya apabila melihat bagaimana Deepika telah melakukan segala-galanya untuk rumah baharu mereka itu.  

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2022 9:57AM

Ranveer Singh - Gambar dari Instagram Ranveer Singh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hubungan pasangan selebriti Ranveer Singh dengan Deepika Padukone memang sentiasa menjadi perhatian peminat mereka. 

Dalam sebuah wawancara bersama Esquire baru-baru ini, Ranveer Singh mendedahkan Deepika adalah seorang suri rumah tangga biasa apabila berada di rumah dan disebabkan itu, dia tidak sudah-sudah memuji isterinya itu. 

Ranveer dan Deepika - Gambar Instagram Ranveer Singh
Ranveer dan Deepika - Gambar Instagram Ranveer Singh

Ranveer yang benar-benar 'cinta maut' dengan Deepika memang diketahui sentiasa memuji isterinya itu. 

Bercakap dengan Esquire lagi, Ranveer memberitahu, dia dan Deepika telah membeli rumah baharu bersama dan dia tidak dapat menyembunyikan rasa kagumnya apabila melihat bagaimana Deepika melakukan segala-galanya untuk rumah itu.  

“Dia seperti seorang anak kecil bersama rumah anak patungnya,” kata Ranveer. 

Gambar dari Instagram Ranveer Singh
Gambar dari Instagram Ranveer Singh

Teruja dengan rumah yang dibeli bersama itu, bintang Cirkus ini berkata, dia telah berpindah ke rumah Deepika selepas mereka berkahwin. 

“Tapi, ini adalah rumah kami bersama dan kami sama-sama membina rumah in,” katanya. 

Jelas Ranveer lagi, Deepika seorang yang lebih suka tinggal di rumah dan seorang suri rumah tangga yang sangat tipikal bila berada di rumah. 

Kami tak banyak keluar dan lebih suka menghabis masa bersama di rumah. Rumah yang kami miliki ini terletak jauh dari kota. Ia mengambil masa beberapa jam untuk ke sini. 

“Ia sangat tenang, terpencil dan benar-benar tempat yang sempurna untuk kami menghabiskan masa yang berkualiti ,” katanya. - Getaran, 9 Disember 2022 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Shah Rukh Khan dan Ranveer Singh Jadi Cameo Dalam ‘Stardom’ Arahan Aryan Khan

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Priyanka Chopra Akhirnya Dedah Sebab Sebenar Dia Tinggalkan Industri Bollywood, Apa Kaitan Dengan Karan Johar?

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Fasha Sandha Masih Berguru Dengan Fauziah Nawi Biarpun Sudah 20 Tahun Bergelar Pelakon

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Bella Astillah Dedah Aktres Jelita 'Berani Mati' Mengaku Suka Pada Suaminya

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN