web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


"Dia Cuma Bawa Watak Antagonis, Salahkah?" – Norman KRU Tampil Bela Sheila Rusly Yang Dikecam Hebat

"Saya melihat Sheila memainkan peranan yang sangat baik sebagai pengkritik tegas untuk menimbulkan suspen dan drama dalam rancangan tersebut," kata Norman. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2022 6:06PM

Sheila Rusly - Gambar Instagram Sheila Rusly

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kecoh serta bertebaran di media sosial mempertikaikan tindakan pelakon dan penerbit, Sheila Rusly yang dianggap biadab selaku juri dalam sebuah rancangan masakan sehingga mengundang cemuhan pedas daripada netizen.

Situasi berkenaan membuatkan Ketua Pegawai Eksekutif KRU, Datuk Norman Abdul Halim tampil memberikan pandangannya selaku individu yang berpengalaman menerbitkan rancangan realiti di negara ini.

"Saya sendiri pernah jadi juri dalam pelbagai program realiti TV. Sememangnya setiap juri atau tenaga pengajar dikehendaki memainkan watak berbeza dan tidak semestinya menggambarkan keperibadian kami yang sebenar," katanya. 

Norman Abdul Halim - Gambar Instagram Norman Abdul Halim
Norman Abdul Halim - Gambar Instagram Norman Abdul Halim

Norman berkata demikian ketika diminta mengulas aksi Sheila yang disifatkan umum sebagai keterlaluan sewaktu mengkritik masakan seorang peserta dalam rancangan berkenaan.

"Jujurnya, komen negatif yang dilempar netizen terhadap Sheila membuatkan saya tertarik untuk menonton rancangan tersebut dari mula sampai ke akhir siaran.

"Saya melihat Sheila memainkan peranan yang sangat baik sebagai pengkritik tegas untuk menimbulkan suspen dan drama dalam rancangan tersebut," katanya.

Tambahnya, watak yang dibawakan Sheila juga ibarat sikap tegas seorang guru di sekolah yang mahu melihat anak didiknya berjaya dan menjadi lebih baik.

Malah, Norman yang pernah terbabit dalam Akademi Fantasia berkata, rancangan realiti di Barat lebih dahsyat dengan elemen drama yang dipaparkan termasuk membuang masakan ke dalam tong sampah atau mencampakkan ke muka peserta.

"Di Barat, ada sebuah rancangan pertandingan memasak yang popular dikendalikan Gordon Ramsay. Dia turut menghentam peserta dengan kritikan-kritikan pedas hingga menjadikan rancangan TV tersebut popular di serata dunia.

"Sama juga watak yang dibawa Sheila, ibaratnya seperti antagonis dalam drama di kaca TV dan tidak wajar dihina secara peribadi di media sosial," katanya.

Pada masa sama, Norman turut mengucapkan tahniah kepada Sheila kerana menyuntik nafas baharu dalam program TV khususnya bagi rancangan masakan di Malaysia. – Getaran, 7 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Kecam Serangan Berterusan Israel Ke Atas Gaza

2

Politik 2 tahun yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Rakyat Malaysia Memang Suka 'Content' Yang Bangang – Ifa Raziah Komen Pasal Isu Tarian Gelek Dengan Aliff Syukri 

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Alicia Amin Warisi Resepi Rendang Tok Daripada Arwah Nenek, Wajib Masak Setiap Kali Raya

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 22 jam yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN