web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aktor Ajay Devgan Dedahkan Dia Seorang Klaustrofobia Terhadap Lif, Lebih Suka Guna Tangga 

Menerusi The Kapil Sharma Show baru-baru ini, Ajay banyak membuat pendedahan tentang dirinya dan salah-satunya adalah ketakutannya untuk menaiki lif. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2022 6:00PM

Ajay dan isterinya, aktres Kajol - Gambar Instagram Ajay Devgan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Aktor Ajay Devgan memang dikenali dengan watak-watak yang berat serta aksi-aksi yang cukup berani dan lasak. 

Bagaimanapun, tentu ramai yang terkejut dan tidak akan percaya apabila mengetahui bahawa suami kepada Kajol itu takut menaiki lif. 

Menerusi The Kapil Sharma Show baru-baru ini, Ajay banyak membuat pendedahan tentang dirinya dan salah-satunya adalah ketakutannya untuk menaiki lif. 

Bahkan, Ajay juga akan sedaya upaya mengelakkan diri untuk menggunakan alat pengangkutan itu serta memilih tangga. 

Ajay baru sahaja muncul dengan filem Drishyam 2 bersama Tabu juga turut membuat pengakuan mengapa dia mempunyai klaustrofobia terhadap lif. 

Babak menarik lakonan Ajay dalam filem Drishyam 2. - Gambar Internet
Babak menarik lakonan Ajay dalam filem Drishyam 2. - Gambar Internet

“Pernah dulu, saya berada di dalam lif dan ia jatuh dari tingkat tiga atau empat ke ruang bawah tanah. Saya dan lain-lain tersekat di dalam lif selama lebih dari satu setengah jam.

"Saya mengalami klaustrofobia terhadap lif sejak itu. Saya juga sudah berhenti menaiki lif sejak itu dan saya hanya menaiki tangga, " kongsi Ajay.

Drishyam 2 menampilkan Ajay sekali lagi memegang watak  Vijay Salgaonkar, manakala Tabu kembali sebagai Meera Deshmukh. Filem thriller itu menceritakan kesukaran yang dihadapi Vijay dan keluarganya dan dia juga turut menjadi suspek  terhadap kematian anak Ketua Polis Negara.

Filem ini adalah pembikinan semula filem Malayalam yang hit dengan judul sama, menampilkan Mohanlal. Drishyam 2 turut dibintangi oleh Akshaye Khanna, Ishita Dutta, Mrunal Jadhav dan Rajat Kapoor. – Getaran, 28 November 2022 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 21 jam yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN