web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengarah Filem Jin Notti, Azhari Zain Meninggal Dunia Selepas 9 Bulan Menderita Akibat Strok 

Arwah yang lebih dikenali sebagai Zack di kalangan teman-teman seperjuangan di dalam industri perfileman memulakan kerjaya seninya sebagai penulis skrip sebelum bergelar pengarah. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2022 6:37AM

Azhari Mohd Zain meninggal dunia di kediamannya di Puncak Alam, Selangor kira-kira jam 12.15 tengah malam tadi. - Gambar fail

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengarah filem, Prof Dr. Azhari Mohd Zain, 50, telah menghembuskan nafas terakhirnya akibat penyakit strok di kediamannya di Puncak Alam, Selangor kira-kira jam 12.15 tengah malam tadi. 

Berita itu telah disahkan oleh isterinya, Wahizatul Nureen Azmi sewaktu dihubungi Getaran sebentar tadi. 

“Sudah sembilan tahun arwah menghidap strok. Sepanjang tempoh itu, kesihatannya seringkali turun naik. 

“Namun, saya reda dengan pemergian arwah kerana sepanjang menghidap strok dia tidak boleh berjalan atau bercakap. Lehernya juga ditebuk,” katanya. 

Arwah yang lebih dikenali sebagai Zack di kalangan teman-teman seperjuangan di dalam industri perfileman memulakan kerjaya seninya sebagai penulis skrip untuk sebahagian filem-filem arahan Prof Razak Mohaideen. 

Antaranya,  Tangkai Jering, Potret Mistik, Cinta Fotokopi, Anak Mami Kembali, Bujang Senang, Nana Tanjung, Nana Tanjung 2 dan Duyung. 

Kerjaya pengarahan filemnya bermula menerusi filem Jin Notti pada 2006 yang menggandingkan Fara Fauzana dan Mawi sebagai teraju utama. 

Sejak itu, Azhari telah menghasilkan lebih daripada 15 filem termasuk Santau, Zoo, Mantra, Flat 3A, Keramat dan Hantu Dalam Botol Kicap. 

Filem terakhir yang beliau arahkan adalah Siku 12: Langkah Derhaka yang telah pun ditayangkan pada Oktober lalu. 

Walaupun pun bergiat aktif di dalam bidang pengarahan filem, Azhari juga turut memegang jawatan sebagai pensyarah kanan Fakulti Filem, Teater dan Animasi di Universiti Teknologi Mara (UiTM). 

Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar di fakulti yang sama di institute pengajian tinggi tersebut. 

Jenazah akan dikebumikan awal pagi ini di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Paip, Meru, Klang. Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa-dosanya dan menempatkan beliau di kalangan orang-orang yang beriman. Al- Fatihah - Getaran, 24 November 2022. 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 6 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN