Berita Terkini

5 jam yang lalu: Petugas kontrak: KKM belum tetapkan garis masa, perlu pinda akta pencen - Lukanisman 5 jam yang lalu: Kes VLN Zahid: pengurusan kes selanjutnya rayuan pihak pendakwaan pada 12 Mei 5 jam yang lalu: Semua pihak disaran buat semakan ketepatan tarikh hijrah pada jam digital azan 5 jam yang lalu: Ahmad Zahid harap pelantikan Ab Rauf bawa perubahan kepada Melaka 5 jam yang lalu: Penjawat awam Selangor terima bantuan khas Aidilfitri sebulan gaji

IKUTI KAMI


Tak Buat Paid Review Kempen Politik, Rose Undi Wakil Rakyat Ambil Serius Isu Banjir

Bagi Sharifah Rose, proses pengundian dan pemilihan wakil rakyat seharusnya disusuli dengan kajian terperinci seperti mengkaji manifesto.

Selebriti Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2022 8:00PM

Sharifah Rose (kanan) bersama Noorkumalasari ketika menyertai forum Antara Cantik dan Bakat Di Mana Magis Pengukur Kreadibiliti, baru-baru ini. - Gambar ihsan WHAM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mendekati hari mengundi yang juga hari penentuan Pilihan Raya Umum ke-15, semakin ramai selebriti dan juga pempengaruh media sosial yang juga turut berkempen di platform masing-masing. Ada juga pihak yang mendedahkan pernah ditawarkan untuk membuat paid review parti tertentu.

Namun bagi pelakon dan pempengaruh media sosial, Sharifah Rose, proses pengundian dan pemilihan wakil rakyat seharusnya disusuli dengan kajian terperinci dengan mengkaji apa yang ditawarkan parti melalui manifesto mereka.

“Saya belum cukup ilmu untuk menyampaikan atau mempengaruhi orang mengenai politik. Cukuplah untuk diri saya sendiri dahulu. Saya tidak mahu main sampaikan sahaja tanpa semak fakta, takut nanti saya beri berita yang tidak betul kepada orang luar sana. 

“Dekat sekolah saya ada belajar semua ini, jadi saya nak kena buat ulangkaji sedikit, melihat manifesto.

“ Sebelum undi, saya akan lihat apa yang calon wakil rakyat boleh tawarkan kepada anak muda. Bukan itu sahaja, kawasan saya pula selalu banjir, jadi saya cari wakil rakyat yang boleh membantu atasi masalah ini,” katanya kepada Getaran semasa ditemui di forum perfileman anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) serta Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia. 

Sharifah Rose - Gambar ihsan WHAM
Sharifah Rose - Gambar ihsan WHAM

Bakal mengundi buat pertama kali pada usia 24 tahun di Shah Alam, pelakon 'Kekasih Hati Mr Bodyguard' itu mengakui teruja di samping mengajak rakan-rakan sebayanya untuk turun mengundi pada 19 November nanti.

“Tahun ini pertama kali saya mengundi. Saya harap anak muda di luar sana akan jalankan tanggungjawab sebagai pengundi juga. Saya teruja dan gemuruh maklumlah ini pertama kali saya akan mengundi dan masih tak jelas lagi bagaimana prosesnya.

“Keputusan saya undi parti mana biarlah rahsia dan simpan kepada diri sendiri. Ia privasi. Saya lebih selesa begitu,” katanya lagi.

Terdahulu, Rose ditemui di forum Antara Cantik dan Bakat Di Mana Magis Pengukur Kreadibiliti membincangkan apa yang perlu dilakukan anak seni untuk menjadikan industri lakonan sebagai kerjaya profesional mereka. 

Turut hadir di majlis itu ialah Fahrin Ahmad, Noorkumalasari, Prof Dr Md Nasir Ibrahim, Datuk Yusof Haslam dan Hariz Hamdan. - Getaran, 15 November 2022 

Berita Berkaitan

1

TARA 1 minggu yang lalu

Sharifah Rose, Wajah Selebriti Untuk Koleksi Raya Habib Yang Berinspirasikan Sulaman Tekat

2

Filem & TV 3 bulan yang lalu

Wujud Polarisasi Jelas Dalam Penerimaan Naskhah Lakon Layar - Redza Minhat

3

Filem & TV 4 bulan yang lalu

Kritikan Dalam 'Kekasih Hati Mr Bodyguard', Bakar Semangat Sharifah Rose Untuk Timba Ilmu Lakonan 

4

Selebriti 4 bulan yang lalu

'3 Pagi Menangis Saja, Lepas Itu Ketawa' - Noor Kumalasari Dedah Sukarnya Jadi Pelakon

Sorotan

1

PU Syed Puji Suara Aliff Syukri Sedap, Tetapi Minta Jangan Tergedik-Gedik Dan Hormati Bulan Ramadan

2

Polis Kenal Pasti Pengirim Bungkusan Kepada PM, Rafizi

3

Najib Kekal Dipenjara Selepas Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan Semakan Kes SRC

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aliff Syukri Dikecam Pakai Baju Renang Dalam MV Lagu Raya Baharu, Cemarkan Tradisi Baju Melayu Bila Bersampin Dan Bersongkok

oleh Rubini Nagarajah

Muzik 1 hari yang lalu

Rahmad Mega Anggap Dirinya Bertuah Dapat Nyanyikan Lagu Runut Bunyi 'Melur Untuk Firdaus 2’

Rahmad turut menyifatkan bahawa lagu runut bunyi berjudul ‘Pejam’ merupakan genre yang di berada luar zon selesanya sebagai penyanyi rock.

oleh Rubini Nagarajah

Selebriti 11 jam yang lalu

PU Syed Puji Suara Aliff Syukri Sedap, Tetapi Minta Jangan Tergedik-Gedik Dan Hormati Bulan Ramadan

Teguran secara terbuka itu dibuat berikutan Datuk Seri Aliff Syukri seakan tidak mengambil iktibar atas kejadian yang menimpa dirinya pada Ramadan tahun lalu.

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Saya Sudah Memaafkan Pihak Di Sana (Sophia ALBarakbah), Tapi Untuk Melupakan Memang Tidak Mudah – Bella Astilah

oleh Ellyna Ali