web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wujud Polarisasi Jelas Dalam Penerimaan Naskhah Lakon Layar - Redza Minhat

Perbezaan ini dapat dilihat dari dua sisi, sama ada dalam kalangan khalayak umum mahu pun pemain industri sendiri. 

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2022 8:19PM

Panelis forum 'Let’s Talk Content: Everything All At Once', Bront Palarae, Redza Minhat, Neddo Khan dan Sharifah Amani - Gambar oleh Kalash Nanda Kumar

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Redza Minhat berpendapat terdapat polarisasi yang jelas dalam penerimaan naskhah lakon layar negara sehingga menyebabkan sesetengah pihak berasa terasing dan dianaktirikan. 

Perbezaan ini dapat dilihat dari dua sisi sama ada dalam kalangan khalayak umum mahupun pemain industri sendiri. 

“Kita mengalami polarisasi di mana khalayak yang berada di satu tahap tertentu tidak lagi menonton filem tempatan walaupun ia bagus. 

“Pada masa yang sama, ada sebuah kelompok kecil masih memperjuangkan sesuatu dalam media arus perdana, namun sayangnya langkah mereka seperti disekat. 

“Mengubah cara pandang ini sememangnya sebuah perjuangan yang panjang. Namun perkara yang paling mustahak untuk kita lakukan hari ini ialah menghasilkan lebih banyak filem yang bagus dan jangan membuat mana-mana pihak berasa terasing,” katanya dalam forum Let’s Talk Content: Everything All At Once di Bukit Damansara baru-baru ini. 

Redza menghuraikan bagaimana sebuah filem berbahasa Tamil sebelum ini diasingkan kategori pengadilannya semasa pencalonan di Festival Filem Malaysia (FFM 28) hanya kerana naskhah itu dibawakan dengan bahasa berbeza. Di sebalik kemelut kontroversi itu, Jagat walau bagaimanapun berjaya membawa pulang trofi Filem Terbaik Malaysia pada tahun tersebut. 

“Saya ada menonton sebuah filem di Netflix bertajuk Pochandi. Ia sangat bagus mengingatkan saya dengan sebuah filem sebelum ini bertajuk Jagat. Sewaktu Jagat dulu, kita terpaksa hasilkan dua kategori (filem berbahasa Malaysia dan bukan berbahasa Malaysia). Bagi saya, tidak perlu wujud pengasingan kategori ini. 

“Semoga di masa hadapan, kita terus hasilkan banyak filem yang bagus dan tanpa ada wujud perbezaan begini,” tambahnya.

Pelakon filem KIL itu juga menegur sesetengah pihak yang mempersendakan kewujudan filem bebas (Indie) di media sosial. Redza mengatakan sejarah kewujudan panggung di Malaysia banyak dipengaruhi dengan semangat dan kemunculan filem Indie.

“Saya ada katakan ini di Twitter sewaktu warganet mempersendakan filem Indie. Bagi saya, semangat filem Indie ini yang menghidupkan panggung. 

“Teknik yang anda lihat di dalam panggung datang daripada filem Indie. Mereka cukup berani untuk mencuba dan gagal. 

“Itulah yang ada dalam sejarah perfileman sebelum datangnya filem arus perdana. Semangat itu yang perlu kita kekalkan,” tambahnya lagi. 

Forum anjuran Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang berlangsung selama dua jam itu membincangkan isu mengenai percaturan birokrasi, cabaran, dan isu melibatkan masa depan industri perfileman negara. Redza merupakan salah seorang daripada tiga panelis yang hadir seperti Bront Palarae, Sharifah Amani dan Neddo Khan. - Getaran, 23 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Sleep Call Rekod Lebih 150,000 Penonton Dalam Masa 4 Hari

2

Semasa 3 tahun yang lalu

150 Pakar, Pemain Industri Berkumpul Pada Forum HAWANA Bincang Masa Depan Media

3

Semasa 3 tahun yang lalu

HAWANA 2023 Himpun Lebih 1,000 Pengamal Media Di Perak

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Tiada Unsur Bias, Kami Kaji Dokumen Asal Sejarah Sarawak – Penerbit Filem Rajah

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 3 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...