Berita Terkini

3 jam yang lalu: Anwar puji sikap Hun Sen yang hormati kaum Muslim 3 jam yang lalu: Anwar bakal umum pelaburan penting baharu semasa lawatan ke China 3 jam yang lalu: Bazar Ramadan Rahmah di 38 lokasi seluruh negara 3 jam yang lalu: Karate sasaran lubuk emas negara di Sukan SEA - CDM 3 jam yang lalu: Malaysia-Turkiye boleh terokai kerjasama baharu industri aeroangkasa - Ahmad Zahid

IKUTI KAMI


Sharifah Rose, Wajah Selebriti Untuk Koleksi Raya Habib Yang Berinspirasikan Sulaman Tekat

Kempen Rantaian Kasih Di Aidilfitri 2023 itu mengambil inspirasi serta menampilkan warisan tradisional Tekat, iaitu seni hiasan sulaman Melayu yang dihasilkan dengan cara menyulam benang emas di atas kain baldu.

TARA Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2023 4:22PM

Sharifah Rose (tengah) bersama model Habib mempamerkan memperagakan koleksi terbaharu syarikat barang kemas itu. - Gambar ihsan Habib Jewels

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sempena kempen raya ‘Rantaian Kasih di Aidilfitri 2023’ jenama barang kemas terulung di Malaysia, Habib telah memperkenalkan pelakon Sharifah Rose sebagai wajah selebriti untuk memperagakan koleksi terbaharu mereka.

Kempen yang akan bermula dari 23 Mac sehingga 21 April 2023 ini, mengambil inspirasi serta menampilkan warisan tradisional tekat, iaitu seni hiasan sulaman Melayu yang dihasilkan dengan cara menyulam benang emas pada kain baldu yang kaya dengan warnanya.

Sharifah Rose memberitahu dia juga berasa cukup teruja dan gembira apabila terpilih sebagai wajah selebriti yang akan menggayakan koleksi Hari Raya daripada jenama barang kemas pilihan ramai itu.

“Semuanya berlaku dengan pantas. Saya terima tawaran daripada Habib pada Disember tahun lalu, dan selepas saya nyatakan persetujuan, saya terlibat dengan sesi penggambaran dan fotografi untuk kempen ini. Tak sangka dapat kerjasama dengan sebuah jenama besar sebegini,” ujar bintang drama 'Kekasih Hati Mr. Bodyguard' ini.

Sharifah Rose
Sharifah Rose

Tambahnya lagi, biarpun kolaborasi ini bagaikan mimpi padanya, namun dia tidak menafikan peluang daripada Habib ini adalah sesuatu yang boleh dibanggakan. 

“Saya sudah terbiasa memakai barangan kemas (emas) dari kecil lagi. Maklumlah saya seorang sahaja anak perempuan dalam keluarga. Jadi, emak memang selalu pakaikan saya dengan barangan kemas ini. Apabila terlibat dengan kempen raya Habib saya rasa seronok kerana dipakaikan dengan barangan kemas yang cantik-cantik dan bukan murah. 

“Bagi saya ini peluang yang bukan mudah untuk diperolehi kerana sebelum ini Habib memilih selebriti yang lebih matang untuk kempen mereka. Jadi, secara peribadi saya menganggap pemilihan saya ini sebagai sesuatu yang boleh dibanggakan,” ujar Sharifah Rose.

 

Jalinan seni tekat dan emas

Bangga sebagai sebuah jenama tempatan, Habib sentiasa mengangkat keindahan dan keunikan warisan seni budaya. Seni tekat pada usulnya dikaitkan dengan kegunaan persalinan Diraja, perhiasan istana dan upacara pertabalan. 

Tekat juga sering digunakan untuk menghiasi barangan majlis perkahwinan dalam masyarakat Melayu. Penghasilan tekat menitikberatkan kehalusan serta kekemasan, begitu juga proses pembuatan barangan kemas Habib, yang amat mementingkan perincian serta ketelitian pada reka bentuk dan ketukangannya yang jelas terpancar pada koleksi Raya Habib.

Mengulas lanjut mengenai kempen raya tersebut, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib, Datuk Seri Meer Habib berkata, Hari Raya Aidilfitri adalah hari yang paling dinantikan-nantikan ramai orang, kerana pada waktu inilah ramai yang dapat berkumpul untuk mengeratkan silaturahim serta bermaaf-maafan sesama keluarga, sahabat-handai dan insan yang tersayang. 

Sharifah Rose bersama Meer Habib di majlis pelancaran Kempen Rantaian Kasih di Aidilfitri 2023
Sharifah Rose bersama Meer Habib di majlis pelancaran Kempen Rantaian Kasih di Aidilfitri 2023

“Mengangkat tradisi acara tahunan yang disambut sejak lebih 20 tahun lalu, kempen yang dinamakan sebagai ‘Rantaian Kasih’ ini menggambarkan sebuah ketulusan ikatan yang terjalin. Jadi, hubungan baik dengan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan dan suatu kegembiraan bagi kami di Habib.

“Tahun ini kami sangat teruja untuk mempamerkan seni tekat yang diterapkan dengan nilai sejarah dan warisan yang memerlukan kreativiti dan penghasilan bermutu. 

“Seni tekat pada asalnya dikaitkan dengan kegunaan persalinan Diraja, perhiasan istana dan upacara pertabalan.  Bahkan, ia sering digunakan untuk menghiasi barangan majlis perkahwinan dalam masyarakat Melayu. 

“Seperti mana proses pembuatan barangan kemas Habib yang amat mementingkan perincian serta ketelitian pada reka bentuk dan ketukangannya, penghasilan koleksi tekat kai turut menitikberatkan kehalusan serta kekemasan. Itu yang jelas  pada koleksi Raya, Habib kali ini. 

“Kami memastikan setiap pelanggan disajikan dengan pelbagai pilihan untuk setiap lapisan umur dengan mendapatkan koleksi baharu untuk digayakan pada hari lebaran nanti," katanya. 

 

Pelbagai koleksi untuk dijadikan pilihan

Koleksi utama untuk raya tahun ini menampilkan Koleksi Arowana Habib, yang menerapkan unsur geometri yang teliti dan halus, seperti si ikan naga, dengan sisik meliuk gemalai dan mempesona, serta simboliknya yang dikaitkan dengan tuah serta kekayaan. 

Koleksi ini diperbuat daripada emas 750 (18K) bertatahkan berlian yang ditawarkan dengan pelbagai reka bentuk dan kombinasi batu permata pelbagai warna. Unik dengan rekaan versatil, boleh dijadikan sebagai rantai leher mahupun kerongsang untuk gaya yang berbeza.

Antara rekaan anggun dalam koleksi raya tahun ini
Antara rekaan anggun dalam koleksi raya tahun ini

Tidak dilupakan ialah rantai leher labuh bersama loket berlian eksklusif, yang sangat popular digayakan untuk perayaan istimewa serta cantik dipadankan bersama baju kurung ataupun kebaya untuk kelihatan lebih mewah. 

Koleksi kegemaran ramai, Oro Italia 916 Habib juga dipersembahkan dengan rekaan baharu, yang lebih menawan, hasil gabungan pelbagai kemasan seperti high polish, potongan berlian, matte dan kemasan satin yang membawa suntikan nafas baharu kepada reka bentuk klasik. 

Turut menjadi perhatian, Koleksi Eksklusif Emas 916 Habib dengan rekaan lebih kontemporari, gabungan emas 916 berona kuning dan putih, yang hanya boleh didapati secara eksklusif di Habib.

Buat kaum jejaka, butang Baju Melayu yang sentiasa menjadi pelengkap di pagi Raya, hadir dalam bentuk dan warna baharu, segak dipadankan dengan cincin perak paladium. Untuk kanak-kanak pula, seleksi emas 916 bermotifkan flora dan fauna ditawarkan.

Untuk anda yang gemar menyimpan syiling atau wafer emas sebagai koleksi, tahun ini Habib memberi penghormatan kepada warisan seni tekat, melalui motif yang diilhamkan daripada alam semula jadi dan tumbuh-tumbuhan tempatan. 

Wafer Syiling Emas 999.9 Edisi Terhad tahun ini didatangkan dalam lima reka bentuk berbeza – Bunga Cengkih, Bunga Kekwa, Bunga Padi, Bunga Raya, dan Awan Larat
Wafer Syiling Emas 999.9 Edisi Terhad tahun ini didatangkan dalam lima reka bentuk berbeza – Bunga Cengkih, Bunga Kekwa, Bunga Padi, Bunga Raya, dan Awan Larat

Wafer Syiling Emas 999.9 Edisi Terhad tahun ini didatangkan dalam lima reka bentuk berbeza – Bunga Cengkih, Bunga Kekwa, Bunga Padi, Bunga Raya, dan Awan Larat.  Setiap satu, dilengkapi dengan rekaan sampul yang indah yang juga sesuai dijadikan sebagai hadiah, pengganti duit raya. 

Tahun ini juga, buat julung kalinya Habib berkolaborasi dengan pereka fesyen terkenal Malaysia, Syomirizwa Gupta, yang menampilkan busana mewah yang elegan dan berwarna ceria sebagai penyeri di Aidilfitri, untuk digayakan bersama koleksi Raya Habib.

Majlis pelancaran yang diadakan di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur itu dilengkapkan dengan penampilan pengusaha seni tekat yang berpengalaman serta dimeriahkan dengan persembahan istimewa penghibur tanah air, Kaka Azraff. - Getaran, 19 Mac 2023

Isu Pada

Thanuja Ananthan Bukan Hanya Glitz And Glam

18 Mar 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Syarikat Korporat, Individu Disaran Selaraskan Bantuan Ramadan, Aidilfitri

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Ibu Bapa Lupakan Percutian Demi Belanja Persiapan Sekolah Anak, Aidilfitri

3

TARA 2 bulan yang lalu

Kilauan Emas Puteri Disney Sempena Tahun Baharu Cina

4

Filem & TV 4 bulan yang lalu

Kritikan Dalam 'Kekasih Hati Mr Bodyguard', Bakar Semangat Sharifah Rose Untuk Timba Ilmu Lakonan 

Sorotan

1

Benar Kata PM, KWSP Hanya Patut Dikeluarkan Selepas Bersara – MTUC

2

Sudah Tiba Masa Perkasa Pengurusan Air

3

Dakwa Difitnah, Guan Eng Saman Muhyiddin

Disyorkan untuk anda

TARA 1 hari yang lalu

Lakukan 5 Amalan Ini Untuk Kumpul Pahala Berganda Di Bulan Ramadan

oleh Rahayu MN

TARA 1 hari yang lalu

Kahfbro Lancar Larian Komuniti Untuk Mempromosikan Gaya Hidup Sihat

Bertujuan untuk mempromosi pendekatan secara dalam komuniti yang lebih meluas melalui banyak aktiviti dan acara gaya hidup sihat. 

oleh Rahayu MN

TARA 1 hari yang lalu

Toyota Vios Serba Baharu Lebih ‘Sporty’ Dan Garang

Pelancaran Model Baharu Kukuhkan Lagi Kedudukan UMW Toyota Motor sebagai Peneraju Jenama Kereta Bukan Nasional di Malaysia.

oleh Izwan Ramlan

TARA 1 hari yang lalu

4 Lokasi Berbuka Puasa Yang Berbaloi Dicuba!

oleh Rahayu MN