Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ali Gatie Mengejutkan Para Peminat Dengan EP Terbarunya

Ali Gatie mahu membuktikan bahawa sesiapa sahaja boleh mengejar impian tidak kira agama atau asal usul.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2021 8:58AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siapa yang tak tau Lagu ‘It’s You’ nyanyian Ali Gatie yang telah pun meraih 600 juta strim di laman penstriman digital Spotify dan menjadi siulan orang ramai. Lagu ini juga menjuarai carta muzik sebagai ‘Hit No. 1’ di Malaysia.

Setelah mencatatkan kejayaan dengan album You, Ali Gatie hadir membawa khabar gembira buat para peminat dengan EP terbarunya, ‘The Idea of Her.’ 

“Saya berharap ramai dapat merasai mesej yang ingin saya sampaikan melalui lagu-lagu di EP ini. Saya juga berharap ia berjaya memikat hati pendengar,” ujarnya.

Dorongan inspirasi buat Ali Gatie adalah penyanyi dan rapper, J.Cole yang telah memupuk semangat baginya untuk mengejar cita-cita sebagai penyanyi. 

“Walaupun mempunyai genre lagu yang berbeza, saya sangat memandang tinggi J.Cole kerana cara penulisan lagunya yang indah dan menyentuh hati.  

“Melalui lagunya berjudul ‘Dolar and A Dream’ ia menunjukkan bahawa cita-cita dapat terwujud jika kita berusaha,” katanya.

Kami sempat menemu ramah penyanyi ini secara eksklusif lewat panggilan video kelolaan syarikat rakaman Warner Music. 

Dalam wawancara ini Ali Gatie berkongsi cerita tentang EP terbarunya dan juga beberapa perkara lain.

Adakah lagu-lagu di EP, ‘The Idea of Her’ diinspirasikan oleh kisah hidup Ali sendiri?

Lagu-lagu saya adalah berdasarkan perasaan saya terhadap sesuatu. Kadangkala ia menceritakan kisah dan pengalaman yang telah terjadi dalam kehidupan saya.

Tetapi ada juga bahagian yang terhasil melalui pemerhatian saya terhadap sesuatu. Bagi saya, agak sukar sikit untuk menghasilkan sesuatu di luar daripada pengalaman kita. 

Antara semua lagu di EP ini, lagu mana yang sangat dekat dengan Ali dan mengapa?

Lagu berjudul ‘Hopeless’ adalah yang paling personal buat saya. Ia menceritakan saat jatuh cinta pada seseorang. 

Bila dah cinta, mestilah susah untuk kita kawal perasaan itu. Cinta merupakan perkara yang susah untuk diakui dan dinyatakan kepada seseorang. Yalah, kita pun tak tahu sekiranya dia mempunyai perasaan yang sama terhadap kita atau sebaliknya.

Apa erti ‘cinta’ buat Ali?

Itu adalah soalan yang paling susah untuk dijawab. Saya sendiri tidak mempunyai jawapan tepat baginya.  

Bagi saya, satu cara yang paling murni untuk mengungkapkan perasaan cinta terhadap seseorang adalah melalui penulisan lagu. 

Dengan lagu, saya dapat menyatakan perasaan terpendam, kata-kata yang tidak disampaikan serta mengungkapkan isi hati sebenar. 

Jadi, jika seseorang itu memberi impak yang mendalam terhadap saya sehingga mempengaruhi hidup saya, saya ingin menulis mengenainya. 

Apakah cabaran yang anda hadapi sebagai penyanyi berbangsa Arab dan beragama Islam yang menetap di negara barat?

Cabaran yang paling besar adalah keraguan yang ada pada diri saya pada mulanya. Meskipun begitu, saya tetap mempunyai keinginan yang kuat untuk menjadi artis pop Muslim terkemuka di dunia barat. 

Kita tidak selalu melihat atau mendengar artis Islam dalam industri hiburan di sini kerana ‘lack of representation’.

Jadi, saya ingin menjadi sumber inspirasi kepada sesiapa yang ingin mengikut jejak langkah saya. 

Itu sebabnya saya menggunakan nama sebenar saya iaitu ‘Ali’ sebagai nama pentas saya juga. Nama ‘Ali’ ini diketahui ramai sebagai nama Arab. Saya ingin membuang perspektif negatif yang ada pada orang Islam.   

Saya ingin membuktikan kepada semua orang di luar sana bahawa, sesiapa sahaja boleh mengejar impian mereka tidak kira agama atau asal usul mereka. Saya berterima kasih dan bersyukur kerana mendapat penerimaan ramai di seluruh dunia.

Apakah hobi Ali yang lain selain daripada muzik?

Baru-baru ini saya menyedari bahawa saya tidak mempunyai hobi dan itu perkara yang buruk buat saya. Saya selalu ingatkan diri sendiri untuk cuba bermain piano tetapi saya tidak pernah melakukannya. 

Saya suka bermain bola keranjang tetapi baru-baru ini, kaki saya tercedera dan ini kali kedua dalam masa sebulan. Saya perlu mencari sesuatu hobi yang apabila saya merasa stres, saya boleh melakukannya supaya dapat mengalihkan perhatian daripada masalah saya.

Sebelum menutup bicara, Ali Gatie memberitahu kami bahawa konsertnya di Malaysia merupakan konsertnya yang terakhir sebelum dunia dilanda pandemik COVID-19. Ia juga merupakan konsert yang terbesar dan terbaiknya sepanjang kerjaya muziknya. 

“Saya ingin berterima kasih kepada semua peminat atas sokongan yang berterusan dan luar biasa.”

EP terbaru Ali Gatie berjudul ‘The Idea of Her’ boleh didengar di pelbagai platform penstriman seperti Sportify dan iTunes. – Getaran, 19 April 2021

Semua gambar: Warner Music

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 jam yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

2

Muzik 2 minggu yang lalu

'Cinta Tak Mungkin' Hadiah Raya Siti Nurhaliza

3

Muzik 4 bulan yang lalu

Tiket Konsert Siti Nurhaliza Licin Dijual Dalam Masa 2 Jam

4

Muzik 4 bulan yang lalu

Akhirnya Hindia Mendarat, Bawa Representasi Anak Muda

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Selebriti 18 jam yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

Pendedahan berani mati Sarah Yasmine yang memaparkan mesej perbualan antara Aliff Aziz dan Ruhainies kini tular di semua platform media sosial.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 5 jam yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

oleh Wartawan Hiburan Getaran