web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Saya Tak Sabar Timang Anak Kedua, Ayda Jebat Akui Sedang Tunggu Masa Untuk Hamil Lagi 

Ayda Jebat juga sudah melepasi tempoh dua tahun berehat selepas melalui kaedah pembedahan anak pertamanya, Ana Nayla. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2022 8:00PM

Nabil Mahir (kiri) dan isterinya, Ayda Jebat teringin menimang cahaya mata kedua secepat mungkin. - Gambar Rubini Nagarajah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat akui sedang  berehat dari dunia lakonan bagi menjaga belahan jiwanya, Ana Nayla yang kini sudah berusia dua tahun genap.

Menurut pelakon jelita itu, dirinya tidak mahu ketinggalan fasa-fasa tumbesaran Ana yang paling berharga buat seorang ibu.

“Jujurnya saya lebih mengutamakan anak saya buat masa sekaran. Sebagai seorang ibu bapa kami tidak terlepas untuk merasai fasa-fasa membesar Ana.

“Saya ingin tengok dia membesar, masa mula-mula dia merangkak, duduk, mula melakukan langkah pertama dia, ketika gigi pertamanya tumbuh, ‘everything, I just want to feel that all,’ sebagai seorang ibu. Takkan saya nak terlepas semua benda itu.

“Jadi saya rehat seketika dari dunia lakonan bagi merasa semua itu. Namun kini, secara berperingkat saya mula berkerja semula dan saya sedang bekerjasama dengan beberapa pihak untuk menjayakan iklan,” katanya.

Gambar oleh Rubini Nagarajah
Gambar oleh Rubini Nagarajah

Ayda berkata demikian ketika ditemui media bersama suaminya usai Majlis Nivea Luminous 360 Journey di hotel Le Meridien di Petaling Jaya semalam.

Ayda atau nama sebenar, Nur Suhada Jebat berkata, setelah dia mula berkerja kini, ibu bapa dan keluarga mertuanya akan membantu  untuk menjaga Ana.

“Kalai kami sama-sama bekerja, Ana akan dijaga oleh nenek dia, tidak kisahlah ibu saya atau keluarga mertua, mereka akan menjaga Ana.

“Jadi, kalau kami bekerja selama dua tiga hari berturut-turut, the next day kami wajib akan bercuti untuk meluangkan masa bersama keluarga. Kami akan membawa Ana berjalan-jalan. Itu wajib!,” jelas Ayda.

Tambah Ayda lagi, susulan Ana Nayla kini mencecah usia dua tahun, dia teringin untuk menimang cahaya mata kedua secepat mungkin.

“Sebenarnya saya ‘tak sabar’ sangat nak anak kedua dalam masa terdekat ini, saya bersedia ‘anytime’ untuk next baby!,” katanya sambil teruja.

Gambar oleh Rubini Nagarajah
Gambar oleh Rubini Nagarajah

Suami Ayda Jebat, Nabil Mahir  yang turut hadir bersamanya pada majlis tersebut turut mengakui akan hal tersebut. 

“Sememangnya Ayda dah ‘tak sabar’ menimbang cahaya mata kedua, dia memang tunggu masa sahaja.

“Sebelum ini kami harus menangguhkan seketika hasratnya untuk hamil lagi memandangkan proses kelahiran Ana sebelum ini melalui kaedah pembedahan.

“Doktor memberi nasihat kepada kami supaya Ayda kena sembuh betul-betul, sekurang-kurangnya kena ada jarak dua tahun sebelum hamil lagi.

“Jadi sekarang Ana pun sudah berusia dua tahun, kalau ada rezeki Alhamdulillah,” ujar Nabil sambil senyum. – Getaran, 9 November 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Uqasha Senrose Umum Hamil Anak Pertama

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Sarat Hamil Tapi Positif Ganja, Wanita Dan Suami Ditangkap Bawa 10KG Dadah

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Shila Amzah, Ubai Kongsi Berita Kehamilan

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Ayda Jebat Umum Hamil Anak Kedua, Kandungan Berusia 5 Bulan

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Muzik 15 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.