web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Siti Nurhaliza Akui Pujuk Diri Untuk Bangkit Semula Selepas Hadapi Stres

Penyanyi kesayangan ramai ini juga membuat perkongsian 10 Hari 10 Minit 10 Tips Kehidupan Siti Nurhaliza bermula semalam.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Oct 2022 12:00PM

Siti Nurhaliza berkongsi cara-cara menangani stres. - Gambar dari Instagram Siti Nurhaliza

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bermula semalam, penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah memulakan sesi perkongsian yang dinamakan sebagai 10 Hari 10 Minit 10 Tips Kehidupan Siti Nurhaliza.

Perkongsian tentang 10 tips yang berkait dengan kehidupannya sebagai seorang penyanyi, usahawan, isteri dan ibu itu dibuat menerusi media sosialnya iaitu Facebook dan Instagram selama 10 hari berturut-turut dalam durasi 10 minit.

Tips yang dikongsi Siti pada hari pertama semalam agak menarik kerana dia cuba menjelaskan tentang cara-cara dia menangani stres.

Kata Siti di dalam perkongsian tersebut, dia seringkali ditanyakan mengenai soalan itu sama ada daripada pihak media mahu pun peminat.

“Seperti mana orang lain, saya juga turut berdepan dengan stres. Bila saya berdepan dengan sesuatu yang boleh membuatkan saya stres, saya akan cuba bertenang dan saya akan cuba positif diri.

“Malah, saya akan cuba bercakap dan pujuk diri saya sendiri. Perkara ini amat penting.  Sebab kalau kita nak ikutkan hati sangat, macam-macam boleh berlaku. Bak kata pepatah, ikut hati mati.

“Jadi, saya akan bercakap kepada diri saya: Tidak apa Siti. Bertenang. Jika ada benda yang negatif, kita proses balik perkara itu dan kita nilai semula. Kenapa ia berlaku dan apa yang perlu kita buat atau lakukan selepas itu.

“Kita jangan meratapinya dan mempersoalkannya sehingga kesedihan kita itu berlarutan. Kita harus fikir apa yang kita boleh buat selepas itu untuk kita bangkit semula,” katanya yang memberikan perkongsian sangat berguna.

Apa yang menarik, Siti juga turut berkongsi perasaan stresnya apabila terpaksa berhadapan dengan kerenah dan gelagat anak-anaknya serta pada masa yang sama terpaksa berkejar untuk memenuhi aktiviti hariannya.

Dalam perkongsian itu juga Siti turut mengumumkan tawaran istimewa kepada 50 orang pembeli baru di website Beausiti pada setiap hari!

Jadi, siapa  belum mendaftar lagi sebagai Sitizen, anda hanya perlu buat belian di website www.beausiti.com dan dapatkan hadiah-hadiah istimewa ni. - Getaran, 19 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Nyanyian Duet Tengku Ampuan Pahang, Datuk Sri Siti Nurhaliza Pikat Tetamu

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Siti Nurhaliza Bagi Maklum Balas Terhadap Saranan Mufti Pulau Pinang

4

Muzik 2 tahun yang lalu

Tiket Konsert Siti Nurhaliza Licin Dijual Dalam Masa 2 Jam

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 6 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN