web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anak SRK, Aryan Khan Tak Tegur Ananya Panday Selepas Aktres Muda Itu Mengaku Menyukainya 

Apabila kedua-dua mereka hadir di majlis tayangan istimewa filem baharu Madhuri Dixit-Nene berjudul, Maja Ma dan bertembung secara berdepan, Aryan langsung tidak mengendahkannya. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2022 3:00PM

Pengakuan Ananya Panday bahawa dia menyukai anak Datuk Shah Rukh Khan, Aryan Khan, telah memakan dirinya sendiri. - Gambar Instagram Ananya Panday

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penerbit, pengarah dan pengacara, Karan Johar pernah memberitahu bahawa sesiapa yang menyatakan sesuatu dengan nyata di dalam program bual bicaranya, Koffee With Karan, perkara itu akan menjadi kenyataan akhirnya. 

Tapi, nampaknya pengakuan yang dibuat Ananya Panday bahawa dia dalam diam-diam menyukai anak Datuk Shah Rukh Khan, Aryan Khan, telah memakan dirinya sendiri. 

Apabila kedua-dua mereka hadir di majlis tayangan istimewa filem baharu Madhuri Dixit-Nene berjudul, Maja Ma dan bertembung secara berdepan, Aryan langsung tidak mengendahkannya, menurut laporan Bollylife.com

Bahkan, Aryan telah melintasinya tanpa memandang wajahnya dan situasi yang janggal itu telah menjadi perbualan yang hangat di media sosial. 

Kalau tidak percaya, saksikan video viral ini. 

Ananya iaitu anak kepada aktor lagenda, Chunky Panday yang sedang meningkat naik namanya dalam industri perfileman Bollywood ini dilihat mengenakan set lehenga choli daripada pereka fesyen. 

Dia berdiri dikelilingi sekumpulan tetamu lain yang turut hadir di majlis tersebut. Apabila Aryan tiba dan terlihat Ananya, dia terus berjalan tanpa menoleh ke arah Ananya. 

Sewaktu tampil dalam program Koffee With Karan 7, Ananya telah berbicara tentang hubungan rapatanya dengan seorang lagi anak Shah Rukh iaitu Suhana Khan.  

Pada saat itu, dia juga turut membuat pengakuan bahawa dia menyukai Aryan sewaktu membesar bersama-sama. 

“Dia sangat cute dan saya sukakan Aryan,” katanya. 

Apabila Karan bertanya mengapa perasaan suka Ananya itu tidak menjadi kenyataan, Ananya berkata: “Tanya dia (Aryan)". 

Karan juga memberitahu, menarik juga jika mereka berdua 'berpacaran' dan Ananya pula menjawab: “Ia akan menjadi seperti sebuah filem”.

Dalam episod terkini, Karan mendedahkan, Ananya telah menjalinkan hubungan dengan dua lelaki pada waktu yang sama iaitu Ishaan Khatter dan Kartik Aryan. – Getaran, 6 Oktober 2022 

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

WGS 2024: Shah Rukh Khan Bawa Inovasi Teknologi Dalam Industri Filem India

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Shah Rukh Khan Bakal Berlakon Dengan Anak Perempuannya, Suhana Khan Dalam Projek Filem Terbaharu 

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Shah Rukh Khan dan Ranveer Singh Jadi Cameo Dalam ‘Stardom’ Arahan Aryan Khan

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Shah Rukh Khan Failkan Tuntutan Saman Selepas Klip Video dan Gambar Filem 'Jawan' Tersebar Dan Viral Di Internet

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 14 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...