Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Saya Dah Tukar Kerjaya Jadi YouTuber, Aril Pilus Kini Selesa Cipta Kandungan Media Sosial

Bersama Alif Farhan dan Ain Edruce, Aril telah mengusahakan saluran YouTube mereka sendiri iaitu GilerGang.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2022 10:00PM

Aril tidak menyangka bahawa saluran GilerGang akan menerima maklum balas yang cukup baik daripada penonton. - Gambar dari Instagram Aril Pilus

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi dan pengacara, Aril Pilus, yang pernah diserang keresahan (anxiety) sewaktu program CCTV yang membawa kepada dirinya dihentikan tanpa sebab-sebab tertentu di Astro, kini bangkit menjadi pencipta kandungan media sosial.

Berganding bahu bersama Alif Farhan dan Ain Edruce, Aril telah mengusahakan saluran YouTube mereka sendiri iaitu GilerGang.  

Memulakan saluran YouTube mereka pada 29 Mei lalu dengan menampilkan wawancara bersama usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri sebagai kandungan pertama, siapa sangka mereka kini telah berjaya meraih 320,000 jumlah langganan penonton di platform media sosial tersebut.  

Antara kandungan lain yang turut menarik perhatian adalah wawancara bersama Khai Bahar, Nuha Bahrin, Zizan Razak dan Izzue Islam.  

Menurut Aril, dia sama sekali tidak menyangka bahawa saluran GilerGang mereka itu akan menerima maklum balas yang cukup baik daripada penonton.

“Bukan setakat itu sahaja, kami juga sudah mula mendapat banyak tawaran berbayar untuk menghadiri pelbagai acara.  

“Bahkan, ada juga yang menggunakan khidmat kami untuk membuat produk rebiu serta menjayakan sesebuah kempen.  

“Mungkin orang suka dengan cara kami yang santai dan bersahaja apabila mengendalikan program ini.

“Tapi, saya akui saya sendiri seronok bila membuat kandungan-kandungan ini,” katanya.

 Jelas Aril lagi, dia dan Alif turut melakukan sendiri suntingan video mereka.

“Ia memang kerja yang renyah dan mengambil sedikit masa, namun ada kepuasannya kerana kita sendiri yang kawal kandungan yang kita muat naik di dalam platform ini,” katanya.  

Biarpun sudah beralih menjadi YouTuber, namun Aril mengakui, dia masih belum berhenti daripada melakukan kerja-kerja nyanyian, lakonan mahu pun pengacaraan.  

“Kalau ada tawaran saya masih buat. Tapi, pada waktu yang sama, saya, Alif dan Ain akan tetap fokus dengan kandungan saluran YouTube kami,” katanya.  

Dalam perkembangan lain, Aril baru sahaja selesai menjayakan program showcase muzik secara virtual yang dinamakan Salam Dari Maya 2.0.  

“Walaupun program ini hanya untuk tayangan secara maya, namun saya tetap seronok kerana dapat bekerjasama dengan ramai artis-artis 80-an dan 90-an yang terlibat di dalam program ini.  

“Sebahagiannya, saya membesar dengan lagu-lagu mereka. Jadi, ia bukan suatu tugas yang sukar untuk saya mengendalikan program ini,” katanya.  

Dihasilkan sebanyak lima episod, program Salam Dari Maya 2.0 berkonsepkan showcase dan permintaan lagu daripada peminat secara visual ini menggandingkan dua penyanyi setiap episod dan masing-masing akan menampilkan tiga lagu solo dan sebuah lagu yang dinyanyikan secara duet.  

Ia menampilkan gandingan Bagio dan Rahmad Mega, Ramlah Ram dan Amelina, Amy Mastura dan Raja Ema, Ameng dan Jay Jay serta Muss dan Ruhil Amani.

Mula ditayangkan platform YouTube: Mac Training Centre sepanjang 30 September sehingga 28 Oktober 2022, bermula jam 9.00 malam, saksikan episod 2 (Muss & Ruhil Amani, 7 Oktober), episod 3 (Amy Mastura & Raja Ema, 14 Oktober), episod 4 (Ameng & Jay Jay, 21 Oktober) dan episod 5 (Bagio & Rahmad, 28 Oktober).

Episod 1 yang melibatkan gandingan Ramlah Ram dan Amelina, sudah ditayangkan pada 30 September yang lalu. - Getaran, 3 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 1 tahun yang lalu

Saya Minta Maaf, Alif Farhan Mengaku Bertanggungjawab Atas Pergaduhan Aliff Syukri Dengan Suami Yana Samsudin 

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Selepas Program CCTV Ditamatkan, Aril Pilus Akui Tiada ‘Job’

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Dikatakan Cuba Sailang Jadi Hos 'Melodi', Ain Edruce Hubungi Nabila Huda Beri Penjelasan

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Haziq Hussni Gandingan Terbaru Ain Edruce Sebagai Pengacara Melodi 

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 16 jam yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Selebriti 8 jam yang lalu

Intan Ladyana Selamat Lahirkan Anak Kedua

Bayi lelaki seberat 3.06 kilogram itu dilahirkan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

oleh Wartawan Hiburan Getaran