Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Selepas Program CCTV Ditamatkan, Aril Pilus Akui Tiada ‘Job’

Kata Naib Juara Akademi Fantasia musim ketujuh ini, dia kini sedang giat mengusahakan saluran YouTube yang ditubuhkannya bersama rakan pengacara Alif Farhan.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2022 8:00PM

Aril Pilus - Gambar Instagram Aril Pilus

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi dan pengacara kelahiran Akademi Fantasia musim ketujuh, Aril Pilus mengakui bahawa dia kini tiada kerja selepas rancangan CCTV kendaliannya di saluran Astro Ria ditamatkan siaran beberapa bulan lalu selepas tujuh tahun bersiaran. 

Menurut Aril, dia terpaksa meneruskan kehidupannya dengan menggunakan wang simpanan yang ada, selain isteri yang turut membantu bekerja dengan syarikat insurans. 

“Sekarang ini saya bersama rakan pengacara dalam CCTV iaitu Alif Farhan mengusahakan saluran YouTube kami sendiri. 

Dan, pada awal tahun saya telah menandatangani kontrak bersama Rocketfuel, tetapi setakat ini masih belum ada apa-apa perancangan yang spesifik untuk kita laksanakan, tetapi telah diatur produk apa yang perlu dikeluarkan dahulu. 

“Apa yang boleh saya katakan, enam bulan ini memang masa saya agak terbazir, kerana saya perlu luangkan masa saya untuk kumpulkan balik kandungan yang saya boleh buat di YouTube dan platform media sosial lain,” katanya ketika ditemui di majlis sidang media pelancaran lagu terbaru Irfan Haris. 

Katanya lagi, dia mahu menyarankan kepada selebriti di luar sana untuk memiliki platform digital sendiri.

“Platform digital inilah yang mampu membantu kita selain apa yang kita ada dalam industri. Inilah apa yang saya sedang lakukan sekarang. 

“Kalau nak cakap Aril kau dah tak ada kerja ke? Ya, memang aku tak ada kerja yang keluar TV atau sebagainya,” ujarnya. 

Ditanya adakah dia terkesan dengan situasi yang melandanya sekarang, kata bapa kepada seorang anak yang berusia tahun ini memberitahu, tipu andai dia tidak terkesan.

“Tipulah kalau saya cakap tidak terkesan, kalau tak , tak adalah sampai saya ‘anxiety’. Saya pernah kongsikan beberapa perkara berkaitan ‘anxiety’ yang saya pernah alami. 

“Nak kata perkara itu berlanjutan sehingga sekarang, Alhamdulillah tidak. Kita dapat atasi perkara ini dengan cara spiritual, macam mana nak dekatkan diri dengan pencipta dan sebagainya. 

“Apa yang memberikan saya semangat untuk bertahan sehingga hari ini ialah keluarga, isteri dan anak. 

‘Isteri saya turut alami situasi yang sama apabila industri pekerjaannya iaitu penerbangan turut lumpuh sewaktu pandemik. Sekarang dia bekerja dengan syarikat insuran, dan saya beri dia galakan untuk teruskan. 

“Kita akan saling sokong satu sama lain. Sudah tak ada masa untuk kita terus menunggu. Kita ada perut untuk diisi, anak yang masih bersekolah dan sebagainya,” katanya menutup bicara. - Getaran, 9 Ogos 2022 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 4 bulan yang lalu

Pendatang Bukan Untuk Komersial, Punca Hanya Tayang Di YouTube

2

Luar Negara 7 bulan yang lalu

Hantaran Instagram Taylor Swift Bantu Pecah Rekod Pendaftaran Undi

3

TARA 10 bulan yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

4

Selebriti 11 bulan yang lalu

Penyanyi Legenda Bossa Nova, Astrud Gilberto Meninggal Dunia

Sorotan

1

Mangsa Pokok Tumbang Sempat Diajar Mengucap – Saksi

2

Gaji Polis, Bomba Patut Naik Lebih Tinggi - Teresa Kok

3

KBS Pastikan Faisal Halim Dapat Rawatan Percuma Di ISN – Hannah

4

Malaysia Kekal Pendirian Tak Benar Syarikat Berdaftar Di Israel Jalan Aktiviti Dalam Negara

5

Faisal Halim Alami Kelecuran Tahap Empat, Pergerakan Dan Percakapan Terbatas - Shahril

6

Sivasangari Dinobatkan Atlet Terbaik April Oleh The World Games

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

'Sajian’ Terbaharu Daripada Netflix Mei Ini

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Hail Amir Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Paru-Paru

Penyanyi popular era 70-an ini dimasukkan ke hospital sejak Sabtu lalu

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Muzik 14 jam yang lalu

Digelar Ratu Soundtrack, Adira Anggap Diri Bertuah 

Lebih sedekad dalam industri muzik, Adira Suhaimi sudah merakamkan lebih 10 lagu runut bunyi

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Filem & TV 1 jam yang lalu

Adaptasi Memoir Seorang Guru, Kisah Seorang Guru Panas Baran

oleh Rahayu MN