web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Saya Minta Maaf, Alif Farhan Mengaku Bertanggungjawab Atas Pergaduhan Aliff Syukri Dengan Suami Yana Samsudin 

“Hal ini masih lagi dalam perbincangan dan doakan supaya kedua pihak dapat capai kedamaian,”– Alif Farhan 

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2023 9:40AM

Disebabkan video tersebut, ia telah memaksa Alif Farhan untuk tampil bersuara. - Gambar Instagram Alif Farhan

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Video pergaduhan di antara usahawan produk, Datuk Seri Aliff Syukri dengan suami Yana Samsudin, Fadzil Zahari yang hampir bertumbuk gara-gara isu pasu pecah telah pun menjadi viral. 

Disebabkan video tersebut, ia telah memaksa Alif Farhan untuk tampil bersuara. 

“Saya Alif Farhan selaku Penerbit dan Hos, bertanggungjawab dan ingin meminta maaf secara terbuka kepada kedua- dua pihak, Datuk Seri Aliff Syukri serta Yana Samsudin dan Fadzil Zahari atas insiden yang tak diingini berlaku.

“Ia berpunca dari sedikit salah paham semasa penggambaran Program Raya sebelum ini. Kepada rakan wartawan, saya terpaksa berdiam diri daripada mengulas lebih lanjut tentang hal ini untuk elakkan daripada mengeruhkan lagi keadaan. 

“Hal ini masih lagi dalam perbincangan dan doakan supaya kedua pihak dapat capai kedamaian,” katanya dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagramnya

Terdahulu, isu pergaduhan yang melibatkan Alif Syukri dengan Fadzil Zahari tercetus selepas Yana Samsudin secara tidak sengaja telah memecahkan sebuah pasu hiasan mewah berharga hampir RM400,000. 

Pasu hiasan mewah yang terletak di kediaman Aliff Syukri itu telah dibeli oleh usahawan produk itu menerusi sebuah jualan lelong di China. Akibat daripada itu, Aliff Syukri tidak dapat menyembunyikan rasa berangnya terhadap Yana sehingga memaksa Fadzil untuk campur tangan. 

Menurut Alif Farhan yang juga penerbit sebuah rancangan raya terbitan Astro Warna, kejadian itu berlaku di rumah agam Aliff pada dua minggu lalu.

“Saya bertindak selaku penerbit rancangan tersebut yang sepatutnya disiarkan di Astro Warna pada musim perayaan nanti.

“Rumah Datuk Seri Aliff menjadi lokasi penggambaran program kami kerana sesuai dengan konsep yang ingin diterbitkan.

“Yana pula adalah hos program berkenaan dan ketika penggambar sedang dijalankan, dia tidak sengaja terlanggar sebuah pasu hiasan di ruang tamu rumah Datuk Aliff,” katanya. 

Namun, rata-rata netizen beranggapan insiden itu hanyalah sekadar satu strategi pemasaran dan bukannya kejadian sebenar. Ini kerana sepanjang kejadian tersebut berlaku, Yana dilihat tersenyum sewaktu pergaduhan di antara suaminya dengan Aliff Syukri berlaku. – Getaran, 16 April 2023 

Isu Pada

Ismail Izzani: Muzik Motivasi Saya

15 Apr 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 7 bulan yang lalu

Aliff Syukri, Isteri Raikan Pekerja Sebagai Tanda Penghargaan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Buat Kenyataan Berunsur Fitnah, Aliff Syukri Disaman RM70 Juta

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Klip Video Raya: MCMC Rakam Percakapan Aliff Syukri

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Yana Samsudin, Suami Timang Cahaya Mata Ketiga

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini