Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Haziq Hussni Gandingan Terbaru Ain Edruce Sebagai Pengacara Melodi 

Kehadiran Haziq Hussni sebagai gandingan pengacara bersama Ain Edruce dilihat saling melengkapi di antara satu sama lain dalam menyampaikan berita-berita panas industri hiburan tanah air.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2022 2:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas Ain Edruce diperkenalkan sebagai pengacara baru program hiburan popular TV3 iaitu Melodi menggantikan Nabila Huda bulan lalu, kini tiba giliran Haziq Hussni pula diumumkan sebagai pengacara bersama.

Pengumuman mengenai pemilihan bekas penyampai radio Hot FM itu sebagai pengacara Melodi telah berlangsung sewaktu siaran langsung program Melodi pada jam 12.30 tengah hari semalam.

Ia kemudian disusuli dengan satu sidang media khas untuk memperkenalkan Haziq serta Ain secara rasmi kepada pihak media sebagai gandingan terbaharu untuk Melodi yang berwajah baru. 

Menurut penerbit eksekutif Melodi, Mohd Jamil Hassan, pemilihan Haziq dibuat berdasarkan kredibilitinya sebagai seorang pengacara.

Mohd Jamil Hassan - Gambar ihsan TV3
Mohd Jamil Hassan - Gambar ihsan TV3

“Untuk mengendalikan program sebesar Melodi ini kini tidak boleh suka-suka letak sesiapa sahaja sebagai pengacara. Kami mengambil kira faktor pengalaman dan juga pengetahuan am untuk melontarkan cerita-cerita yang sentiasa panas dan terkini. 

“Kalau dilihat situasi industri hiburan sekarang agak panas dengan pelbagai kontroversi. Jadi pentingnya ada pengacara yang mampu mengimbangi suasana macam mana nak sampaikan berita yang berat, macam mana nak beratkan cerita yang ringan dan macam mana nak santaikan berita yang berat. Itu semua bergantung kepada kebijaksanaan dan pengalaman yang ada pada pengacara.

“Dengan adanya Ain dan Haziq sebagai pengacara, mereka boleh kawal program ini nampak lebih ‘hidup’ dan relevan,” katanya pada sidang media tersebut. 

Gandingan Ain dan Haziq dalam episod Melodi semalam adalah gandingan kali pertama mereka sebagai pengacara bersama. 

Ditanya kenapa Haziq tidak diundang terlebih dahulu sebagai pengacara undangan sebelum ini, Jamil berkata, mereka mempercayai kredibiliti Haziq berdasarkan pengalamannya mengacarakan beberapa program sebelum ini. 

“Kami menaruh sepenuh kepercayaan kepada Haziq. Apa yang kami pilih, kami sudah kaji terlebih dahulu. Jadi saya rasa elok ditempatkan terus sebagai hos Melodi yang baru,” ujarnya. 

Michelle Wee - Gambar ihsan TV3
Michelle Wee - Gambar ihsan TV3

Sementara itu, seorang  lagi penerbit Melodi iaitu Michelle Wee pula berkata, pentingnya untuk Melodi memiliki pengacara yang boleh mengawal situasi yang tidak dijangka. 

“Bukan mudah untuk mencari pengacara yang boleh menggalas tanggung jawab yang berat sebenarnya. 

“Kalau kita lihat pengacara yang terdahulu, semuanya terdiri dari mereka yang berpengalaman. 

“Jika ada apa-apa terjadi sewaktu bersiaran, kita boleh nampak orang yang mempunyai pengalaman itulah yang boleh kawal situasi sampai habis rancangan. 

“Sebab kita tak boleh potong di pertengahan jalan. Hos kita yang akan mententeramkan keadaan,” jelasnya. 

Tambah Michelle lagi, bukan niatnya untuk mempertikaikan kredibiliti pelakon, penyanyi dan pelawak yang cuba menjadi pengacara Melodi. Tetapi, Melodi perlu dikendalikan oleh pengacara yang mempunyai asas dalam bidang pengacaraan.

Kita tidak pernah menidakkan kredibiliti mereka. Tetapi kita perlu akur yang sebenarnya program hiburan nombor satu Malaysia ini bukan calang-calang orang yang boleh melakukannya. 

“Jadi kami sangat berpuas hati dengan pakej yang kami ada sekarang. Bukan saya mempertikaikan yang terdahulu, mereka juga bagus, cuma kami mahu menjadi lebih baik dari masa ke semasa,” kongsinya. 

Ain Edruce dan Haziq Hussni - Gambar ihsan TV3
Ain Edruce dan Haziq Hussni - Gambar ihsan TV3

Sementara itu bagi Haziq, tawaran untuk mengacarakan program besar seperti Melodi ibarat bulan jatuh ke riba.

“Siapa yang akan tolak jika diberikan peluang untuk mengendalikan program Melodi? Bila saya dapat peluang untuk bersama Melodi, ini adalah sesuatu yang saya tak boleh nak tolak. 

“Saya rasa setiap pengacara mengidamkan untuk bersama Melodi. Kalau dalam portfolio saya sudah tersenarai saya pernah kendalikan Anugerah Juara Lagu, Muzik-Muzik, dan apa yang  saya belum buat lagi adalah Melodi,” katanya. 

Perkara yang sama turut dirasakan oleh Ain Edruce apabila dia mengibaratkan peluang yang hadir ini ibarat mimpi menjadi nyata.

“Memang impian saya daripada dulu lagi ingin mengacarakan program Melodi. Sejak saya masuk dalam industri lagi. 

“Saya pernah berangan, kan best kalau satu hari nanti saya dapat buat Melodi. Sewaktu diundang untuk jadi pengacara undangan bersama Nabila Huda dulu pun saya sangat gembira. 

“Sebab saya rasa program Melodi sangat dekat dengan saya kerana saya memang suka mengacarakan rancangan hiburan seperti ini. 

“Walaupun lama saya tunggu untuk peluang ini hadir, tetapi Alhamdulillah mungkin Allah beri rezeki ini pada waktu yang tepat,” katanya. – Getaran, 8 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 6 bulan yang lalu

Selamat Jalan Raymond Goh

2

Selebriti 11 bulan yang lalu

Suami Merajuk Sebab Terlalu Sibuk? - Elly Mazlein Jawab Spekulasi Ramai Tentang Isu Rumah Tangganya

3

TARA 1 tahun yang lalu

Tema 'Seindah Kasih' Semarakkan Kempen Ramadan Raya 2023 Media Prima Dengan Drama-Drama Menarik

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Isu Ketiadaan Gambar Naim Daniel & Sissy Iman Di Poster Family Duo, Media Prima Tak Sedia Beri Kenyataan 

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Lagu Raya Bukan Sekadar Sedap Didengar, Tapi Perlu Ada 'Jiwa'

Selebriti 5 jam yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

Neelofa dikatakan tidak sensitif dan tidak layak memberikan nasihat kepada salah seorang pemanggil radio Era

oleh Helmi Anuar