web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ahmad Idham Diselar Kerana Tegur Persembahan Kumpulan Ubi Tentang Anak Istimewa, Yoe Parey

Dalam kenyataannya, Ahmad Idham memberitahu bahawa budaya menjadikan watak anak istimewa sebagai bahan lawak sudah dinormalisasi dalam kalangan masyarakat kita.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2022 12:00PM

Komen Ahmad Idham terhadap Kumpulan Ubi menerima reaksi pelbagai netizen. - Gambar Instagram Ahmad Idham

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelbagai maklum balas yang diberikan terhadap kenyataan yang dimuatnaik penerbit dan pelakon Dr Ahmad Idham terhadap persembahan kumpulan Ubi dalam program Muzikal Lawak Superstar musim ketiga,  baru-baru ini. 

Dalam kenyataan yang dimuatnaik Idham dalam akaun Instagram miliknya, Idham menyatakan kekesalannya apabila golongan anak istimewa sering dijadikan bahan lawak untuk mentertawakan orang. 

Bahkan, ia juga menganggap bahawa cara itu telah pun menjadi satu budaya yang normal di kalangan masyarakat kita dan jika kita tidak melakukan apa-apa, ia akan menjadi ikutan golongan generasi baharu. 

Ahmad Idham menulis: “ Baru-baru ini tular di media sosial sebuah rancangan komedi menampilkan satu kumpulan melakonkan watak seorang anak istimewa, Yoe Parey yang telah didiagnos masalah pembelajaran.

“Saya melihat budaya menjadikan watak anak istimewa sebagai bahan lawak sudah dinormalisasi dalam kalangan masyarakat kita. Saya mengambil kesempatan ini untuk menegur sebagai tanda kasih dan sayang saya kepada adik-adik di dalam industri hiburan.

“Jauh disudut hati ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa terbuku sedikit rasa kecewa apabila kekurangan anak-anak istimewa dijadikan bahan lawak untuk mentertawakan orang. Saya mendapat keluhan ini secara terus daripada ibu bapa ketika mengadakan program dan jelajah di bawah Hab Pendidikan Khas saya.

“Harapan saya agar kita tidak terus membudayakan perkara-perkara sebegini kerana ianya akan mempengaruhi anak-anak muda untuk turut sama melakukan perkara yang sama.

“Semoga kita semua dapat terus memainkan peranan di posisi kita masing-masing untuk membentuk satu komuniti positif yang saling menyokong antara satu sama lain tanpa mendiskriminasi mana-mana pihak secara langsung atau pun tidak langsung,” katanya. 

Walaupun ramai yang menyokong kenyataan Ahmad Idham itu, namun ada  juga segelintir yang tidak bersetuju serta mempertikaikan apa yang diluahkannya itu. 

Mereka juga  berpendapat, Ahmad Idham dia tidak menyaksikan persembahan kumpulan Ubi itu sehingga tamat. Bagi mereka, walaupun Ubi melakonkan watak anak istimewa, Yoe Parey, namun persembahan kumpulan itu penuh dengan pengajaran. 

Ada juga yang mempersoalkan mengapa baharu sekarang Ahmad Idham mengangkat isu ini dan kenapa tidak dari dulu lagi? – Getaran, 30 September 2022

 

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Tewas 0 - 4, Malaysia Jadi 'Mangsa' Netizen India

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Rupa Paras Dikutuk, Liza Hanim Tampil Pertahankan Diri

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bil Elektrik Tak Masuk Akal, TNB, Apa Sudah Jadi? — Netizen

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 18 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN