web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Jadi ‘Cikgu’ Di TikTok, Riezman Khuzaimi Dedah Pengalaman Tak Disangka-Sangka 

TikTok menjadi platform untuk Riezman memberi tunjuk ajar ilmu lakonan kepada golongan artis muda yang baru ‘nak-up’ serta kepada yang minat berlakon.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2022 6:00PM

Gambar ihsan TikTok Riezman Khuzaimi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Apabila disebut sahaja tentang TikTok, pastinya ia bukan satu aplikasi asing khususnya bagi golongan muda yang lazim menjadikan medium ini untuk menunjukkan bakat seperti tarian dan aksi lucu berlatar belakangkan pelbagai genre muzik.

Namun kini, aplikasi itu dilihat bukan untuk hiburan semata-mata apabila ramai dalam kalangan peniaga turut mempunyai akaun TikTok dan menghasilkan video pendek serta siaran langsung untuk berniaga dan menyampaikan ilmu dalam bentuk yang lebih menarik sehingga mendapat tontonan yang tinggi serta memasuki For Your Page (FYP).

Mengakui perkara tersebut, pelakon Riezman Khuzaimi yang mempunyai lebih 417,000 pengikut menerusi aplikasi media sosial tersebut berkata, platform berkenaan mampu merapatkan jurang masyarakat dengan pelbagai golongan.

“Pada awalnya, saya berpendapat bahawa aplikasi TikTok ini hanya untuk  golongan muda sahaja. Lebih-lebih lagi, mereka banyak terdedah dengan kandungan berbentuk hiburan yang dikaitkan dengan budaya hedonisme.

“Malah saya dapati ramai terutamanya remaja menggunakan aplikasi TikTok, termasuk anak-anak saya, jadi saya lebih cenderung berfikir, aplikasi tersebut lebih bersesuaian untuk golongan tersebut,” katanya.

Gambar ihsan TikTok Riezman Khuzaimi
Gambar ihsan TikTok Riezman Khuzaimi

Namun, pandangannya mula berubah apabila dia mula menggunakan TikTok.

“Ia menjadi satu ruang perkongsian pelbagai ilmu untuk dimanfaatkan kepada masyarakat umum yang berbilang kaum tanpa mengira usia dan latar belakang,” katanya. 

Katanya, kini beliau meraih populariti dengan berkongsi video masakan dan kehidupan hariannya dengan penceritaan bersahaja dan kelakar. 

Dengan penampilannya yang bersahaja sewaktu membuat video siaran langsung di TikTok, Riezman mampu meraih sumber pendapatan.

“Selain kongsi resepi makanan, saya turut berkongsi pengalaman dalam bidang lakonan yang mampu menjadi teladan kepada artis-artis muda di luar sana.

“Saya juga memberi tunjuk ajar ilmu lakonan kepada artis-artis muda yang baru ‘nak-up’ serta mereka yang minat berlakon.

“Pendek kata, selain jadi cikgu masak, saya jadi juga cikgu lakonan di TikTok ini,” jelas Riezman yang kini menjadi hos rasmi Agensi Antarabangsa KamiSempoi,” ujarnya. 

Menurut Riezman lagi, selari dengan perubahan semasa, sosial media menjadi medium mutakhir yang digunakan antara peminat dan artis untuk berinteraksi dengan lebih santai. – Getaran, 28 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Komen Jelik Di TikTok, Penjawat Awam Disiasat Pihak Berkuasa

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN

Filem & TV 11 jam yang lalu

Adrian Teh Kembali Ke Genre Aksi, “Chelot’ Tampil Babak Pecah Rekod

Filem berkenaan menerima pengiktirafan bagi kategori Babak Aksi “Single Take” Terpanjang Dalam Filem menerusi adegan tanpa suntingan yang dirakam menggunakan sa...

oleh Sophia Ahmad