web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kenali Issam Alnajjar, Sensasi Terbaharu Dunia Hip Hop

Namanya mungkin masih agak baharu, namun karyanya meninggalkan kesan. Kenali seniman muda kelahiran Jordan Issam Alnajjar.

Selebriti Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2021 8:40AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hanya kerana sepotong lirik ‘Raparaparapa’, remaja kelahiran Jordan, Issam Alnajjar berjaya mencipta sensasi muziknya di seluruh dunia, sehingga muncul lagu berbahasa Arab pertama mencatat populariti di peringkat global.

Lagu ciptaan sepenuhnya penyanyi berusia 17 tahun itu, berjudul ‘Hadal Ahbek’ yang membawa maksud ‘Aku Akan Terus Mencintaimu’ menjadi tular selepas dia memuat naik sepotong video ‘teaser’ lagu berkenaan di akaun instagram miliknya pada September lalu.

Sejak itu, 'Hadal Ahbek' mula menambat hati peminat seluruh dunia dan seakan melekat di kepala mereka yang mendengarnya. 

Biarpun didendangkan sepenuhnya dalam bahasa Arab, namun ia bukan masalah besar untuk lagu itu diterima. Bahkan Issam berjaya membuktikan muzik boleh dinikmati tanpa sempadan.

Ia turut dibuktikan menerusi kejayaan lagu itu mendaki carta teratas lagu-lagu di luar negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Malaysia dan India.

Malah lagu itu juga berjaya mengatasi penyanyi popular antarabangsa, apabila 'Hadal Ahbek' mendapat perkongsian lebih tinggi berbanding lagu nyanyian Justin Bieber mahupun The Weeknd.

Walaupun hanya mempunyai 122k pengikut di instagram tetapi Issam mempunyai jumlah pengikut yang ramai di akaun Tik Tok dengan 813K pengikut dan mendapat lebih 8 juta tanda suka. 

Disebabkan sensasi lagu 'Hadal Ahbek', lebih daripada 91,000 video dijadikan lagu latar pengguna Tik Tok dan ditonton lebih 45 juta pengguna.

Di Malaysia sendiri, lagu Issam juga tidak kurang sensasinya. Populariti lagu 'Hadal Ahbek' di sini bermula daripada aplikasi Tik Tok. Malah negara kita adalah negara ketiga mencatat penstriman terbanyak selepas Indonesia. 

Selain itu, Malaysia turut muncul sebagai negara keenam terbanyak menonton video nyanyian remaja itu di YouTube sehingga muncul ‘trending’. Video muzik persembahannya secara live yang dimuat naik sendiri penyanyi itu di saluran YouTube sudah mencecah 52 juta tontonan dalam tempoh lima bulan.

“Saya masih lagi sedang  cuba menghadam semua ini, otak saya masih lagi memproses ‘kegilaan’ ini,” kata Issam mengenai populariti 'Hadal Ahbek.'

Menurut penyanyi yang menjadikan artis pop seperti Shawn Mendes dan Ed Sheeran sebagai inspirasi di dalam penulisan lagu serta mengagumi kreativiti artis ikonik seperti Queen dan The Weeknd, dia sejujurnya menjangkakan lagunya hanya mendapat 10,000 tontonan saja.

Namun siapa sangka dalam seminggu, lagu itu berjaya mencatat lebih 100 ribu tontonan. Sementara di aplikasi muzik Spotify, Apple Music dan Deezer, lagu 'Hadal Ahbek' turut distrim paling banyak.

“Saya sedang menggunakan aplikasi FaceTime bersama seorang wanita, benda pertama yang muncul dalam fikiran saya pada ketika itu ‘hateh rassik aal mkhadeh’ (letakkan kepalamu di bantalku),” kongsi Issam bagaimana tercetusnya idea lagu sensasi itu.

Bagi remaja ini, muzik bukanlah sekadar kerjaya tetapi lebih kepada  cara hidup. Katanya, muzik bagaikan sebuah ‘escapism’ yang dapat membantunya memproses dalam berhadapan tekanan serta cabaran hidup sehari-hari, lebih-lebih apabila terpaksa tinggal bersendirian sejak empat tahun lalu setelah kedua ibu bapanya mengambil keputusan berhijrah ke Amerika Syarikat.

Issam juga sentiasa berasakan dirinya dilahirkan untuk menghasilkan muzik, malah dia mempunyai keyakinan diri amat tinggi dapat menghasilkan sesuatu yang dapat meninggalkan memori bukan saja buat dirinya tetapi juga kepada semua orang.

“Saya remaja berusia 17 tahun yang berasal dari Jordan, saya berjaya menghasilkan lagu yang menjadi trending di seluruh dunia. Dari itu, saya yakin apa saja tidak mustahil dapat dicapai jika kita memiliki cita-cita,” katanya yang mempunyai lebih dari 600,000 subscriber di saluran YouTube.

Bagaimanapun remaja itu hanya memuat naik empat buah lagu di saluran YouTube miliknya, dua daripadanya adalah lagu original. Selain 'Hadal Ahbek', dia juga mempunyai sebuah lagi lagu berjudul 'One of A Kind' yang dimuat naik pada Jun 2020.

'Hadal Ahbek' sudah pun tersedia di semua pelantar penstriman digital seperti Spotify, Apple Music, JOOX, Deezer, KKBOX dan YouTube Music manakala video muziknya sudah boleh ditonton di saluran YouTube Issam Alnajjar. – Getaran 12 April 2021

Semua gambar: Universal Music Malaysia

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 jam yang lalu

3 Dekad Bertapak, Dewa 19 Bukti Karya Rock Legenda Kekal Diminati

2

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 2 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN

Muzik 1 jam yang lalu

3 Dekad Bertapak, Dewa 19 Bukti Karya Rock Legenda Kekal Diminati

Konsert anjuran Icon Entertainment yang berlangsung lebih tiga jam itu bukan sekadar persembahan muzik, malah menjadi medan mengimbau kenangan dan nostalgia bua...