web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Haliza Misbun Selamat Berkahwin Ikut SOP Ketat

Mengikut SOP ketat, Haliza Misbun selamat nikahi lelaki Inggeris pada usia 48 tahun.

Selebriti Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2021 1:02PM

Gambar: Instagram jurusolek acara, @firz_razali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Masjid Ar-Rahah, Kerinchi menjadi saksi pernikahan pelakon, Haliza Misbun (48) bersama suaminya, seorang warga Britain, Matthew John Rodgers (48) pada 10 April 2021.

Menariknya, majlis pernikahan mereka dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang hanya dihadiri 50 tetamu sahaja.

Pelakon yang terkenal dengan drama 'Cinderella' (1998) itu menerima mas kahwin RM80 dan hantaran berupa sebuah rumah sebagai simbolik membina masijd baharu mempelai itu.

Dia turut memberi lima dulang hantaran, berbalas tiga dulang hantaran daripada pihak pengantin lelaki.

Haliza berkata, dia bersyukur majlis perkahwinan yang dirancangnya berjalan lancar walaupun mengikut SOP yang ketat.

“Ini perkahwinan pertama saya. Alhamdullilah, selama ini saya tahu ada yang sangsi dan berteka-teki dengan status saya. Ada juga yang menyangka saya sudah berkahwin.

“Hari ini saya bersyukur segala yang dinantikan saya sudah hampir sempurna. Kehadirannya melengkapi kehidupan ini. Insya-Allah,” ucapnya.

Haliza menyarung busana rekaan Mansor Harun, sementara adik perempuannya Rozana Misbun menjadi pengapit dan adik lelakinya, Othman Misbun sebagai wali.

Dalam masa sama, suaminya turut membuat penstriman langsung di Facebook bagi berkongsi saat bahagia mereka diijabkabulkan untuk tontonan keluarga Matthew di England. – Getaran, 11 April 2021

Bersama Datin Seri Norazlina Awang Had. Gambar: Tangkapan layar Instagram Haliza Misbun
Bersama Datin Seri Norazlina Awang Had. Gambar: Tangkapan layar Instagram Haliza Misbun

Berita Berkaitan

1

Selebriti 5 bulan yang lalu

Majlis Resepsi Erra Fazira, Ezwan Berlangsung Meriah, Erra Buat Sendiri Cenderahati Untuk Tetamu

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Busana Majlis Nikah, Resepsi Afifah Nasir Dikritik

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 jam yang lalu

3 Dekad Bertapak, Dewa 19 Bukti Karya Rock Legenda Kekal Diminati

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...