web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Baru Kenal Dia 9 Bulan, Nasha Aziz Jawab Gerangan Individu Hantar Bunga Tiap Hari

Nasha yang bakal muncul dengan filem Talbis Iblis juga memberitahu bahawa jejaka itu menepati ciri lelaki idamannya. Baca lebih lanjut! 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2022 9:00PM

Nasha tidak berselindung bahawa dia sedang membuka hati kepada seorang individu istimewa. - Gambar Wafa Aula

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Nasha Aziz tersipu-sipu malu ketika diminta mengulas mengenai video tular mengenai dirinya dan sejambak bunga baru-baru ini. 

Dalam video yang tular di TikTok itu, Nasha menerima sejambak bunga mawar merah beserta mahkota daripada seorang jejaka di set penggambaran. 

Masih merahsiakan siapa jejaka itu, Nasha bagaimanapun tidak berselindung bahawa dia sedang membuka hati kepada seorang individu istimewa yang dikenalinya sejak sembilan bulan yang lalu. 

“Insya Allah dia mungkin menepati ciri lelaki idaman saya, tapi kita kena kenal lebih lagi kerana kami rapat pun baru sembilan bulan. 

“Apapun, dia bukan orang daripada industri tapi dia Islam. Jadi mudahlah untuk saya,” kata Nasha ketika ditemui di majlis sidang media filem Talbis Iblis sebentar tadi. 

Ditanya adakah ini permulaan untuk pelakon berusia 51 tahun melangkah ke alam perkahwinan, dia tersenyum.

“Itu kewajipan kan untuk kenal dahulu (bakal pasangan). Kita juga nak tahu rezeki yang Allah berikan ini akan melorongkan kita ke arah mana. Insya Allah semestinya yang baik-baik,” tambahnya. 

Memegang watak sebagai mak bidan bernama Junaidah, Nasha Aziz mengubati rindu peminat apabila bakal tampil dengan filem genre seram bertajuk Talbis Iblis arahan Kabir Bhatia. 

Filem yang pernah ditayangkan di Far East Film Festival ke-24 di Udine itu mengisahkan seorang gadis bernama Hajar yang melahirkan anak di suatu tempat secara rahsia. Namun Mak Ju yang menjaga Hajar mempunyai agenda tersendiri. Filem ini bakal menemui penonton di pawagam bermula 20 Oktober ini. – Getaran, 22 September 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN