web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bengang Dikecam Netizen, Kelly Kata - Orang Bayar Nak Tengok Saya dan Bakat-Bakat Baharu, Kenapa Nak Pertikaikan? 

Kemunculan Kelly Azman sebagai hos dan penyanyi pembuka tirai di Mimpi Showcase baru-baru ini telah dikecam dan dipersoalkan netizen. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2022 5:00PM

Pelbagai kutukan dan kecaman dilemparkan terhadap Kelly terutama dari sudut suara, persembahan dan penampilannya pada malam itu. - Gambar dari Media Sosial

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Apa sahaja yang dilakukan penyanyi, wartawan dan influencer media sosial, Kelly Azman, nampaknya pasti akan menjadi kecaman netizen. 

Hal yang sama turut berlaku pada acara konsert mini, Mimpi Showcase anjuran Rocketfuel Entertainment dan Werkit Records yang telah diadakan di Nero Event Space, PJ Performing Arts Centre (PJPAC) pada 30 Ogos lalu. 

Acara konsert tersebut sebetulnya diadakan untuk memperkenalkan barisan artis baharu atau BBNU di bawah naungan Werkit Records iaitu Afiq Adnan, Nidza Afham dan juga Razmansyah iaitu trio yang sedang popular dengan lagu single OY,  Fariha Razak ( bakat baharu yang juga atlet bola jaring negara yang baharu muncul dengan single Hapus) serta penyanyi-penggubah lagu muda, Aliya Syadah. 

Gambar ihsan Kelly Azman
Gambar ihsan Kelly Azman

Bahkan, ia turut mengetengahkan penampilan khas artis Rocketfuel seperti Irfan Haris, juara All Together Now musim pertama, Idris Brown, dan juara Kucate 2022, Syazwan Syahmi.

Kehadiran Kelly pada acara itu hanyalah sebagai hos serta sebagai artis pembuka tirai apabila menyampaikan tiga lagu termasuk Sampai Bila yang dipopularkan, Misha Omar. 

Malangnya, kemunculannya itu benar-benar tidak disenangi netizen. Pelbagai kutukan dan kecaman dilemparkan terhadap Kelly terutama dari sudut suara, persembahan dan penampilannya pada malam itu. 

Bahkan, ada juga yang turut mempertikaikan kehadiran Kelly pada acara tersebut dan melabelkalnya sebagai perosak industri seperti mana Datuk Seri Aliff Syukri. 

Bengang dengan kutukan netizen tersebut, Kelly mempersoalkan tindakan netizen yang telah mencetuskan pertikaikan tersebut. 

Gambar ihsan Kelly Azman
Gambar ihsan Kelly Azman

“Kenapa mesti nak pertikaikan saya ini siapa dan relevan atau tidak. Saya adalah penyanyi dan sudah pun menghasilkan single. 

“Saya juga diundang sebagai hos dalam acara konsert mini dan juga menjadi penyanyi pembuka tirai. 

“Ia juga adalah konsert yang berbayar dan bukan konsert yang diadakan secara percuma. Orang bayar untuk tengok saya dan bakat-bakat baharu ni. Apa masalah netizen ni,” katanya. 

Sewaktu membawakan lagu Misha Omar itu, kata Kelly, dia turut mengajak barisan bakat BBNU daripada  Werkit Records untuk menyanyi bersama-samanya. 

“Tapi, tak perlukan nak kecam mereka. Kasihan mereka. Netizen tak patut kecam dan highlight saya sampai overshadow kehadiran dan penampilam mereka di dalam konsert mini tersebut,” katanya.  – Getaran, 2 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Komen Jelik Di TikTok, Penjawat Awam Disiasat Pihak Berkuasa

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Kecam Serangan Berterusan Israel Ke Atas Gaza

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Merokok Di Stesen Minyak Tak Boleh, Tapi Masak Boleh Ek?

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 7 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN