web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Rasa Nak Tercekik’: Shila Amzah Demam, Tak Sengaja Buang Gula-Gula

Shila tercalon dalam tiga kategori di AIM23 iaitu Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu, Runut Bunyi (OST) Terbaik Di Dalam Filem/Drama.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2022 9:00PM

Shila terpaksa membuang gula-gula yang sedang dikunyahnya ketika membuat persembahan di Konsert Merdeka 65 pada Selasa lalu. - Gambar dari Instagram Shila Amzah

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi Shila Amzah mengakui tidak sengaja membuang gula-gula ketika membuat persembahan di Konsert Merdeka 65 pada Selasa lalu.

Menurut Shila, dia mempunyai tabiat mengunyah gula-gula berangin sebelum membuat persembahan.

Namun pada malam berkenaan, pelantun Patah Seribu itu demam dan terlupa membuang gula-gula itu sebelum persembahan.

“Semasa acara itu berlangsung, saya sebenarnya sedang demam. Saya memang ada satu tabiat sebelum membuat persembahan, iaitu saya suka mengunyah gula-gula berangin untuk menyejukkan tekak.

“Selalunya, saya ingat untuk membuat terlebih dahulu gula-gula itu. Tapi, pada hari itu, saya mengambil beberapa ubatan seperti ubat batuk dan selesema, sekali gus mengganggu pemikiran saya juga sampaikan saya terlupa.

“Ditambah pula dengan busana yang saya pakai, agak berat, jadi memang saya terlupa semua benda. Nak telan, takut tersekat pula.

“Bila tengah tak sihat, ruang udara macam terbatas, jadi saya kena buang gula-gula itu,” katanya ketika ditemui di majlis sidang media pengumuman senarai calon akhir Anugerah Industri Muzik 23 (AIM23).

Ini bukan kali pertama Shila menghadapi isu seperti ini. Sebelum ini pun dia pernah ditangkap oleh kamera semasa Anugerah Juara Lagu.

“Sebelum ini, saya dah pernah ‘buat hal’ di acara akhir Anugerah Juara Lagu yang mana, turut ‘tertangkap’ oleh kamera.

“Selalunya, saya memang ingat dan tak pernah buat dah. Bila dah berlaku sekali lagi dan tular, saya tak boleh nak buat apa sebab benda dah nak jadi. Bagi saya, ini adalah hiburan. Orang nak cakap apa pun, cakaplah,” katanya.

Terkini, Shila tercalon dalam tiga kategori pencalonan di AIM23 iaitu Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu menerusi lagu Bahagiakan Dia bersama Liza Hanim, Runut Bunyi (OST) Terbaik Di Dalam Filem/Drama menerusi lagu Khilaf Asmara dan Bahagiakan Dia. - Getaran, 1 September 2022.

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Shila Amzah Selamat Bersalin, Ubai Sebak Lihat Isteri Bertarung Nyawa

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Shila Amzah, Ubai Kongsi Berita Kehamilan

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Mahu Menjaga Hati, Shila Amzah Tunggu Ibu Ubai Selesai Rawatan Kanser Untuk Umum Tarikh Kahwin

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Shila Amzah Dan Ubai Bertunang, Buat Majlis Secara Intim

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 21 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...