web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Babak Cium Itu Adalah 'Real' – Elizabeth Tan

Terdapat salah satu babak dalam filem Abang Long Fadil 3 yang memerlukan Elizabeth Tan mencium pipi aktor, Jay Iswazir. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2022 2:07PM

Elizabeth Tan - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi dan pelakon popular, Elizabeth Tan mengakui adegan cium yang dilakukannya dalam filem terbaru Abang Long Fadil 3 adalah benar dan tidak menggunakan teknik kamera.

Dalam salah satu babak filem yang diarahkan Syafiq Yusof itu, Elizabeth atau lebih mesra disapa sebagai Lizzy telah mencium pipi seorang lagi pelakon iaitu Jay Iswazir.

''Babak itu adalah ‘real’. Sepatutnya saya nak tarik kepala atau leher dia (Jay) dan lakukan aksi itu supaya nampak lebih ‘real’. Kerana kesannya macam tak cukup.

''Kalau saya dapat buat balik sekarang, mungkin saya dapat buat lagi bagus,'' katanya sambil ketawa ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Abang Long Fadil 3.  

Tambahnya lagi, sewaktu penggambaran filem itu dilakukan iaitu pada tahun 2019, dia masih belum berkahwin. Jadi tidak timbul soal jika ada yang beranggapan bahawa dia tidak mempedulikan perasaan suaminya untuk melakukan babak seperti itu. 

Dalam filem Abang Long Fadil 3, Lizzy membawakan watak sebagai seorang ejen perisik yang lincah bernama Alice.

Lizzy bergandingan bersama Zizan Razak yang membawakan watak Fadil dalam memusnahkan misi jahat yang telah dirancang pihak tidak bertanggungjawab untuk memanipulasi pemimpin negara.

“Saya memang sukakan filem aksi. Jadi bila dapat peluang untuk melakonkan watak Alice ini saya sangat teruja dan bersyukur. 

“Tetapi saya rasa saya boleh buat dengan lebih baik lagi terutamanya dalam berdialog. Kerana penggambaran filem ini pun dilakukan pada tahun 2019, ketika itu pun  saya masih baru menjadi pelakon. 

“Kalau diberi peluang untuk melakonkan ia semula sekarang, mungkin saya boleh buat dengan lebih baik,” katanya. 

Filem Abang Long Fadil 3 bakal ditayangkan 8 September 2022. - Gambar ihsan Astro Shaw
Filem Abang Long Fadil 3 bakal ditayangkan 8 September 2022. - Gambar ihsan Astro Shaw

Filem Abang Long Fadil 3 akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 8 September 2022. – Getaran, 1 September 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Selepas Papar Sisi Gelap PDRM, Netizen Mahu Syafiq Buat Filem SPRM, JPJ 

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 19 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN