web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Saya Takkan Padam Atau Turunkan Muzik Video Baby Sayang”, Aliff Syukri Tak Tunduk Dengan Desakan Netizen 

Aliff Syukri juga akui bahawa pada awalnya muzik video itu mengandungi aksi-aksi panas, namun demi menjaga sensitiviti ia telah ditapis sebanyak 30 peratus. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2022 9:48PM

Aliff Syukri - Gambar Instagram Aliff Syukri

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui bahawa sebetulnya video muzik lagu terbaharunya, Baby Sayang yang dinyanyikan secara duet dengan Baby Shima sebenarnya mengandungi aksi-aksi panas. 

Selepas dinasihati orang sekeliling termasuk isteri tapisan dibuat sebanyak 30 peratus. - Gambar fail
Selepas dinasihati orang sekeliling termasuk isteri tapisan dibuat sebanyak 30 peratus. - Gambar fail

“Tapi, atas nasihat-nasihat orang di keliling saya termasuk isteri, ia telah pun ditapis beberapa kali dan tapisan itu dibuat sebanyak 30 peratus.

“Saya pun faham tengan hal-hal yang melibatkan sensitiviti dan amat menghormati isteri, bonda, saudara mara dan ipar duai saya.  

“Jadi saya cuba elakkan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kontroversi. Disebabkan itu, muzik video ini, ia tidak punya langsung aksi yang bersentuhan dan berpelukan. 

“Memang kalau tengok muzik video itu, memang saya tak bersentuhan pun dengan Baby Shima dan itu juga adalah permintaan daripada isteri saya. 

“Dia cakap saya boleh nyanyi dengan pasangan penyanyi lain tapi dia minta jangan ada aksi-aksi sebegitu dan, saya pastikan tiada unsur-unsur porno, LGBT mahu pun memiliki unsur provokasi yang menghina sesiapa. 

“Tapi, sebaik sahaja lagu dan muzik video itu keluar saya dihina dengan begitu banyak. Saya juga didesak untuk memadamkan muzik video tersebut,” katanya. 

Aliff Syukri - Gambar fail
Aliff Syukri - Gambar fail

Menurut Aliff lagi, isteri dan bondanya juga meminta dia memadamkan atau membuang muzik video tersebut, namun dia punya alasan untuk membiarkan ia terus berada di saluran YouTube miliknya.

“Sebabnya, saya fikir saya tidak ada buat salah apapun dan macam yang saya katakan awal tadi, muzik video itu tidak ada unsur LGBT, porno mahupun provokasi. 

“Lagipun, saya hanya menayangkan ia di platform media sosial saya kerana saya sedar tiada siapa yang menyokong saya. TV dan radio tidak sokong. 

“Saya naik seorang diri. Saya tidak mintak duit sesiapa. Saya tidak merompak. Keluarga saya juga tidak menyokong. Yang menyokong saya hanyalah peminat saya sahaja,” katanya 

Tentang Baby Shima, kata Aliff Syukri, dia memang ada menasihati penyanyi tersebut. 

“Tapi dah memang begitu karakter Baby Shima. Dia pun ada pengurus. Takkan saya nak cakap lebih-lebih pula,” katanya. 

Aliff turut berazam dapat melangkah masuk Anugerah Juara Lagu (AJL) suatu hari nanti. - Gambar fail 
Aliff turut berazam dapat melangkah masuk Anugerah Juara Lagu (AJL) suatu hari nanti. - Gambar fail 

Tidak mahu tunduk dengan tekanan netizen yang mahukan muzik videonya itu dipadam, Aliff berkata, dia tetap akan membuat lagu dan muzik video selagi peminat-peminatnya mahu dia berbuat demikian. 

“Artis lain buat produk saya tak bising pun. Jadi, kenapa mereka mahu bising saya buat lagu. Saya tak kacau sesiapa pun. 

“Kalau saya nak bising tentang mereka buat produk, boleh saja. Tapi, saya takde niat pun buat macam tuh sebab saya percaya dengan rezeki masing-masing. 

“Mungkin lepas nih, bila saya dah tua saya akan jadi penyanyi nasyid nombor satu pula. Tengok macam Iwan Dangdut. 

“Siapa sangka sekarang ini dia jadi pendakwah. Sebagai manusia, kita tidak boleh jatuh hukum dan menganggap dia jahat kerana pengakhiran seseorang itu yang penting,” katanya. 

Jelasnya lagi, dia sentiasa tanamkan azam selagi hidup untuk membuat benda baik pada semua orang dan berharap akan dapat melangkah masuk Anugerah Juara Lagu (AJL) suatu hari nanti. 

“Salahkah saya mengharap dan meletakkan harapan yang setinggi ini? Adakah orang bercita-cita nak pakai kereta buruk? Mesti diaorang bercita-cita nak pakai kereta Porsche kan? 

“Dan, saya juga punya cita-cita untuk diangkat sebagai pemenang anugerah penyanyi trending nombor satu di Malaysia. Siapa tahu kan? 

“Saya juga berdoa kepada Tuhan supaya bukalah mata orang di Malaysia dan terima saya sebagai penyanyi. Yang tidak dapat terima selama ini, saya anggap mereka ini ‘jeles’ atau cemburu dengan saya,” katanya. – Getaran, 19 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 8 bulan yang lalu

Aliff Syukri, Isteri Raikan Pekerja Sebagai Tanda Penghargaan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Buat Kenyataan Berunsur Fitnah, Aliff Syukri Disaman RM70 Juta

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Klip Video Raya: MCMC Rakam Percakapan Aliff Syukri

4

Politik 2 tahun yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 8 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN