web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kenali Sophia Zuhri – Bintang Baru Yang Bakal Menyinar

Mari kenali Sophia Zuhri dan 'single' pertamanya, 'Game of Charades' yang diterbitkan bersama Ajai.

Selebriti Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2021 8:45AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Orangnya mungkin masih muda namun dirinya berkeyakinan dan berbakat! Penyanyi dan penulis lirik yang dikenali sebagai Sophia Zuhri memberikan sedikit kelainan daripada genre kebiasaan kepada gaya muzik lakuran atau fusion Britpop yang pastinya dapat memikat hati peminat pemuzik tanah air serta antarabangsa.

Pada usia 17 tahun, Sophia telah menerbitkan single perdananya. 

Memulakan karier nyanyian dan penulisan lagu seawal usia 14 tahun, muzik sentiasa menjadi keutamaan bagi Sophia. Dengan kemahirannya bermain ukulele, Sophia menterjemahkan kehidupan sebenar melalui muzik.

Biarpun mempunyai karakter pemalu dan bersederhana, Sophia lebih selesa untuk bercakap mengenai kerjaya berbanding dirinya.

“Selalunya saya akan menulis mengenai sesuatu situasi atau keadaan yang menyentuh perasaan saya, sama ada apa yang saya alami sendiri ataupun melalui pemerhatian di sekeliling. Secara tidak langsung saya akan memetik ukulele dan mula menulis melodi atau menyanyikan lagu menerusi telefon bimbit,” kongsi gadis itu.

Minatnya dalam bidang muzik mempertemukan dia dengan komposer, penulis lirik dan penyanyi tersohor negara, Ajai. Ia nyata tidak mengambil masa lama untuk Ajai menerokai bakat besar gadis itu. 

Di bawah kepakaran muzik yang dimiliki Ajai, mereka berdua berkongsi minat yang sama iaitu mengagumi pemuzik serta karya muzik yang hebat.

“Saya mahu dia memiliki vokal yang lebih baik berbanding dengan apa yang dimilikinya sekarang,” tambah Ajai.

Sebagai produser, Ajai mengatakan bakat Sophia mengingatkannya pada zaman ketika beliau mula-mula menceburi industri muzik pada era 90-an.

“Saya dapat melihat diri saya dalam bakat Sophia. Sejujurnya, saya tidak menerbitkan lagu untuk semua orang, tetapi Sophia berbeza. Dia memiliki kelasnya yang tersendiri dan membuatkan saya bersetuju untuk berkolaborasi,” kata Ajai atau nama penuhnya, Faizal Maas.

Kolaborasi hebat Sophia dan Ajai telah melahirkan karya yang membanggakan berjudul ‘Game of Charades’, yang sarat dengan sentuhan edgy Britpop.

Lagu ini mempunyai harapan besar menjadi lagu pilihan di aplikasi penstriman muzik! Ia bercerita tentang ketidaksempurnaan manusia dan bagaimana kita juga tidak boleh menilai orang lain hanya dengan penampilan mereka.

Menerusi lagu ‘Game Of Charades,’ Sophia berharap dapat berkongsi rasa dan pengalaman muziknya kepada para peminat di Malaysia. Dia juga menaruh harapan tinggi agar single tersebut menjadi batu loncatan buatnya mengembangkan kerjaya dalam bidang penulisan lagu, sekali gus menjadi individu yang disegani dalam industri.

Lagu ini turut dihasilkan bersama sebuah video muzik arahan Amani Azlin dan boleh ditonton di saluran YouTube Universal Music Malaysia sejak 30 Mac 2021.

Semasa pelancaran klip videonya minggu lalu, secara rasminya Sophia juga telah diumumkan sebagai komposer dan penulis lirik di bawah Universal Music Publishing Sdn Bhd selepas menandatangani perjanjian bersama syarikat rakaman tersohor itu.

Game of Charades’ diedarkan oleh Universal Music, merupakan single pertama dari album dengan lima lagu yang akan dilancarkan pada suku ketiga 2021. – Getaran, 5 April 2021

Semua gambar: Ihsan Universal Music

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 jam yang lalu

3 Dekad Bertapak, Dewa 19 Bukti Karya Rock Legenda Kekal Diminati

2

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 2 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...

Muzik 1 jam yang lalu

3 Dekad Bertapak, Dewa 19 Bukti Karya Rock Legenda Kekal Diminati

Konsert anjuran Icon Entertainment yang berlangsung lebih tiga jam itu bukan sekadar persembahan muzik, malah menjadi medan mengimbau kenangan dan nostalgia bua...