web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Enggan Reka Pakaian Seksi Lagi, Rico Rinaldi Reda Hilang Pelanggan, Mahu Rezeki Berkat

Penjelasan Ustazah Asma Harun tentang keberkatan rezeki telah merubah persepsi pereka fesyen terkenal ini sehingga beliau mengambil keputusan enggan mereka pakaian yang mendedahkan aurat. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2022 12:04PM

Rico Rinaldi dan Ustazah Asma Harun. - Gambar dari Instagram Rico Rinaldi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru-baru ini, pereka fesyen terkenal Rico Rinaldi telah berkongsi kisahnya yang pernah kehilangan pelanggan kerana dia enggan mereka pakaian yang mendedahkan aurat lagi. 

Menurut Rico, dia membuat keputusan sedemikian selepas mendengar penjelasan daripada Ustazah Asma Harun mengenai keberkatan rezeki.

“Kalau korang nak tahu, bila aku buat keputusan ini sebaik sahaja aku dapat penjelasan dari Ustazah Asma Harun, hampir 10 orang pelanggan minta pulangkan wang deposit. Memang satu tamparan hebat pernah aku alami. 

''Bayangkan satu pelanggan boleh dapat paling kurang RM3,500 hingga RM5,000 untuk baju nikah asas. Tetapi semua batalkan tempahan ketika itu,” tulisnya dalam hantaran yang dikongsikan di Facebook. 

Kongsinya lagi, dia sangat yakin dan hatinya sangat kuat sewaktu memberitahu pengurusnya tentang penghijrahan kecilnya itu, tetapi tidak menyangka rezeki itu terus hilang sekelip mata.

“Tapi aku percaya seperti mana yang ustazah cakap, rezeki yang berkat itu bukan manusia yang bagi, tetapi Allah. Rezeki berkat itu luas, dia bukan banyak tapi boleh bawa ke syurga.

“Kau bayangkan rezeki tak berkat itu macam mana? Kau ada banyak duit, beli rumah, kereta, bagi asnaf dan sedekah kepada orang tetapi semua itu tidak berkat. Benda yang patut jadi pahala ke alam barzakh mungkin boleh jadi sebaliknya,” tulisnya.

Tulisnya lagi, dia cuba untuk istiqomah dan mengharapkan doa serta sokongan dari orang ramai.

“Benda ni kita tak tahukan. Bahkan kalau aku dah ‘akad’ dengan pelanggan itu pun contohnya (saya buat baju seksi awak, tapi saya tak nak tanggung dosa ya) tapi sebenarnya aku juga yang buat baju tu. Tak apa, perlahan-perlahan aku belajar dan perlahan-perlahan juga pelanggan akan faham,” kongsinya. 

Sementara itu, di bahagian komen hantaran berkenaan, kelihatan Ustazah Asma ada meninggalkan komen tentang Rico.

Kongsi Ustazah Asma, dia dan Rico ditakdirkan Allah sebagai satu jemaah dalam menunaikan ibadah haji baru-baru ini dan tidak menyangka sebenarnya Rico adalah seorang pereka fesyen yang dikenali ramai.

“Allahu Akbar, bukan mudah keputusan dan tindakan yang dilakukan, begitu juga dengan ramai lagi sahabat kita yang sedang menempuh jalan hijrah yang payah. 

“Mari sama-sama kita menyokong beliau dan sesiapa sahaja dengan apa cara yang ada. InsyaAllah kita akan turut mendapat bahagian pahala dalam perjuangan mereka ini. 

“Banyak persoalan tuan Rico bertanya kepada kami suami isteri. Saya cuba menjawab dengan berhati-hati berdasarkan syariat Ilahi. Bukan ada kepentingan sendiri untuk dijaga, melainkan amanah diri yang akan ditanya nanti,” tulis Ustazah Asma lagi. 

Rekaan Rico Rinaldi sebelum ini pernah digayakan barisan selebriti popular tanah air seperti Datuk Sri Siti Nurhaliza, Datin Alyah, Noor Neelofa, Erra Fazira, Ziana Zain, Daiyan Trisha, Mira Filzah dan ramai lagi. 

Semoga Rico terus istiqomah dan penghijrahan ini  dan dilimpahkan rezeki yang meluas oleh Allah SWT. – Getaran, 5 Ogos 2022.

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 8 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN