Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Moon Nila Mahu Ubah Peranan Stereotaip Wanita Dalam Filem

Pelakon wanita tempatan, Moon Nila telah diiktiraf dalam Malaysia Book of Records kerana melakonkan 'paling banyak watak dalam satu siri drama.'

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2022 10:06AM

Gambar Instagram Moon Nila

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon wanita tempatan, Moon Nila yang diiktiraf dalam Malaysia Book of Records kerana melakonkan “paling banyak watak dalam satu siri drama", bertekad untuk memberi inspirasi kepada bakat muda terutama wanita bahawa mereka tidak perlu memainkan peranan yang panas atau berahi untuk berjaya dalam industri perfileman.

Bekas jururawat kelahiran Melaka yang menggunakan nama sebenarnya itu percaya walaupun godaan wanita masih wujud dalam industri, wanita yang berpegang teguh kepada nilai dan kesopanan masih boleh pergi jauh menerusi dedikasi, kerja keras dan maruah.

“Sepanjang kerjaya, saya tidak pernah berlakon dengan memakai pakaian mencolok mata atau terlibat dalam mana-mana adegan intim, saya berpegang pada nilai konservatif yang diterapkan oleh ibu saya.

“Jadi, saya amat percaya bahawa wanita yang bermaruah juga boleh cemerlang dalam industri perfileman jika mereka mempunyai dedikasi dan bekerja keras dalam kehidupan," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Moon Nila, 33, telah mendapat pengiktirafan menerusi siri seram tempatan bertajuk 'Iraivi Thirumagal Kaadu' dengan beliau memainkan watak sebagai wanita tua, tukang tilik, wanita kaya, pakar herba, gadis gila, doktor, penjual buku, gadis dan dewi.

Menerusi pengiktirafan berkenaan, beliau berharap mampu mengubah tanggapan salah mengenai wanita dalam industri perfileman bahawa mereka hanya boleh cemerlang dalam industri dengan memakai pakaian mencolok mata atau berlakon dalam adegan intim.

Moon Nila mendedikasikan pengiktirafan berkenaan kepada mendiang ibunya yang membimbingnya sejak kecil serta wanita yang bersama-sama mencapai kejayaan dalam industri perfileman secara bermaruah.

“Saya harap anugerah ini mampu menjadi pemangkin untuk membantu industri hiburan tempatan mencapai standard dunia dan membantu wanita keluar daripada peranan stereotaip," katanya sambil menambah bahawa negara seperti India telah menerbitkan artikel mengenai pengiktirafannya.

'Iraivi Thirumagal Kaadu' yang merupakan drama fiksyen suspen 22 episod arahan SD Puvendran telah disiarkan di saluran Astro Vinmeen HD pada 3 Mac lepas.

Moon Nila menerima pengiktirafan berkenaan pada satu majlis yang diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) di Hulu Klang, Selangor, 20 Julai lepas.

Mengenai projek terbaharunya, Moon Nila berkata beliau akan berlakon dalam siri tempatan 44 episod selain dipelawa oleh penerbit Singapura untuk berlakon dalam satu siri.

Beliau juga mahu mencuba pelbagai peranan dalam industri perfileman dengan berlakon watak 'Dasi' suatu hari nanti.

Dalam pada itu, beliau turut menyifatkan filem baharu yang dibintanginya Senthozhan Sengkathirvaanan yang ditayangkan pada 28 Julai di 65 pawagam di seluruh negara sebagai satu pencapaian besar dalam kerjaya lakonannya.

Diterajui oleh Govind Singh, filem seram psikologi itu turut menampilkan pelakon Kash Villanz, Shamini, Cellina Jay dan Chandinie Kaur. - Bernama

Isu Pada

'Time Bomb' Isaac Voo

30 Jul 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 10 bulan yang lalu

Mengapa Pengumuman Barisan Pelakon Musim Kedua 'Squid Game' Mendapat Kecaman Netizen?

2

Filem & TV 11 bulan yang lalu

Raih Kutipan Pecah Panggung Sebanyak RM9 Juta, Ponniyin Selvan 2 Turut Terima Pengiktirafan Malaysia Book Of Records

3

Muzik 1 tahun yang lalu

Suria FM Cipta Rekod Bersiaran Dari Atas Kapal Persiaran Mewah Genting Dream 

4

Gaya 1 tahun yang lalu

Mrs Malaysia World 2022 Lakar Nama Dalam Malaysia Book of Records

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Muzik 16 jam yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Budaya 1 hari yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

Pesta yang berlangsung mulai esok hingga 28 April ini di Pusat Konvensyen Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya adalah hasil kerjasama Tonton dan Animax + GEM

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 21 jam yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

Selepas agak lama berdiam diri, akhirnya pelakon sensasi, Ruhainies tampil bersuara tentang isu hangat yang sedang melanda dirinya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

oleh Rahayu MN