web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mengapa Pengumuman Barisan Pelakon Musim Kedua 'Squid Game' Mendapat Kecaman Netizen?

Ramai peminat 'Squid Game' yang tidak dapat menyembunyikan keterujaan mereka, apabila Netflix menyiarkan teaser siri musim kedua Squid Game pada 17 Jun lalu, namun ia juga turut mendapat reaksi yang berbeza.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2023 2:03PM

Barisan pelakon 'Squid Game' musim kedua - Gambar Netflix

oleh

Zara Sofea

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siri 'Squid Game' telah mencetuskan fenomena yang cukup luar biasa sehingga berjaya mengumpul peminat dari seluruh pelusuk dunia. 

Bahkan, disebabkan siri tersebut, barisan pelakonnya sama ada yang senior mahupun junior turut menjadi superstar antarabangsa dalam sekelip mata. 

Maka, apabila Netflix menyiarkan teaser siri musim kedua Squid Game pada 17 Jun lalu, ramai peminat 'Squid Game' yang tidak dapat menyembunyikan keterujaan mereka. Apatah lagi, bila teaser itu turut diselitkan dengan beberapa adegan klasik dari siri pertama. 

Keterujaan peminat semakin bertambah apabila Netflix turut mendedahkan barisan pelakon siri kedua 'Squid Game' di dalam teaser tersebut.  Antaranya, Lee Jung Jae, Lee Byung Hun, Wi Ha Joon, dan sudah tentu, Gong Yoo.

Bersama barisan pelakon asal, terdapat juga penambahan barisan pelakon yang diperkenalkan di dalam siri musim kedua ini termasuk Yim Siwan (juga dikenali sebagai Im Siwan), Kang Na Haeul, Yang Dong Geun dan bintang 'The Glory', Park Sung Hoon.  

Malangnya, apabila teaser ini dimuatnaik di beberapa platform yang berbeza, ia telah mengundang reaksi yang bercampur-baur serta kecaman daripada segelintir peminat. 

Mengapa pula ya? 

Antara komen netizen tentang musim baharu 'Squid Game' - Tangkapan layar Twitter
Antara komen netizen tentang musim baharu 'Squid Game' - Tangkapan layar Twitter

Rupa-rupanya, ramai yang terkejut apabila tiada bintang wanita diumumkan di dalam siri musim kedua ini. Sedangkan, ada ramai pelakon wanita berjaya seperti Jung Ho Yeon dan Lee Yoo Mi. 

Walaupun mungkin siri kedua ini bakal mengumumkan beberapa penambahan pelakon lain, namun peminat berpendapat adalah wajar sekali jika pengumuman pertama siri musim kedua ini disertakan dengan bintang wanita. 

Antara komen netizen tentang musim baharu 'Squid Game' - Tangkapan layar Twitter
Antara komen netizen tentang musim baharu 'Squid Game' - Tangkapan layar Twitter

Ketiadaan pelakon wanita ini telah menjadi perbualan hangat di media sosial. Ada yang berpendapat bahawa 'Squid Game' tidak menyukai wanita. Bagaimana pendapat anda semua tentang hal ini? – Getaran, 20 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Dikaitkan Isu Gangguan Seksual, Kerajaan Korea Padam Iklan Papar Wajah Pelakon 'Squid Game'

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

'Squid Game' Menang Pengarah, Pelakon Drama Bersiri Terbaik Di Emmys

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Moon Nila Mahu Ubah Peranan Stereotaip Wanita Dalam Filem

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

'Squid Game' Musim 2 Bakal Menjengah Netflix

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 1 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN