web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isu Crackhouse, Ellie Suriaty Sokong Tindakan 'Pusingan U' Afdlin Shauki

Ellie juga berharap perkara ini akan dapat dijadikan iktibar oleh penggiat seni lain di negara ini supaya tidak mempersendakan agama.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 22 Jul 2022 8:11PM

Ellie Suriaty menyokong tindakan Afdlin Shauki membuat 'pusingan U' untuk tidak memberikan sokongan kepada Kelab Komedi Crackhouse - Gambar Fail

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengarah, pelakon dan jurulatih lakon, Ellie Suriaty menyokong tindakan Datuk Afdlin Shauki membuat 'pusingan U' untuk tidak memberikan sokongan kepada Kelab Komedi Crackhouse yang berpusat di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. 

“Saya amat menghormati pendirian beliau berkenaan perkara tersebut di mana isu agama tidak sepatutnya menjadi bahan sendaan.

“Amat mendukacitakan apabila ia berlaku di mana seorang wanita yang mengenakan baju kurung dan bertudung telah naik ke pentas menanggalkan pakaian, namun mengakui dia memiliki latar belakang Islamik yang kuat.

“Ini adalah provokasi-provokasi terhadap agama Islam dengan niat-niat yang tidak baik. Begitu juga dengan tindakan pemilik kelab komedi tersebut iaitu Rizal Van Geyzel meminta seorang wanita Muslim untuk membukakan tin bir untuknya. 

“Apa motifnya dan apakah naratifnya di situ? Jadi saya amat menyokong tindakan Afdlin Shauki di atas ketetapan keputusan beliau tentang menarik balik sokongan terhadap kelab komedi Crackhouse.

“Lebih-lebih lagi bila Crackhouse tidak punya lesen hiburan dan telah beroperasi dengan melakukan aktiviti atau program stand up comedy.  Operasinya harus ditutup,” katanya. 

Dia berkata demikian sebagai mengulas tindakan Afdlin Shauki membuat pusingan U tersebut. Sebelum ini, Afdlin tidak menyokong penutupan kelab komedi berkenaan, namun produser, pelakon, pelawak dan penyanyi itu kemudian mengubah fikiran kerana tidak bersetuju dengan perbuatan menghina agama di pentas lawak. 

Ellie berkata lagi, perkara ini, seharusnya dijadikan pengajaran kepada semua penggiat seni teater, komediri, drama, perfileman mahu pun apa jenis seni visual sekali pun supaya tidak mempermainkan isu agama.

“Dalam negara yang berbilang bangsa kita harus harus sangat peka dan sensitif terhadap perbezaan agama. 

“Ia sering kali berlaku apabila agama Islam dipersendakan pihak lain mahu pun yang beragama Islam itu sendiri.

“Jadi saya sangat berharap agar satu tindakan tegas dapat diambil terhadap wanita yang membuka pakaian dan tudungnya di hadapan khalayak ramai walhal dia mengakui dia dilahirkan dalam sebuah keluarga yang mengamalkan ajaran Islam yang kuat.

“Jika perempuan ini terlepas begitu sahaja ia satu perkara yang amat mendukacitakan,” katanya. - Getaran, 22 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Saman, Jalan di LTU Raub Akan Ditutup - KPN

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Macam Mana Ni, Bas Polis Pun Langgar Peraturan

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Macam Mana Anak Boleh Tercampak

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

'Ya, Saya Sudah Berkahwin Semula' - Afdlin Shauki

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 23 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN