Berita Terkini

7 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Afdlin Buat Pusingan U: ‘Saya Jijik, Tak Boleh Lagi Sokong Crackhouse!’

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2022 5:47PM

Afdlin Shauki - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas dikecam gara-gara cuba membela golongan mempersendakan Islam, pelawak terkenal Datuk Afdlin Shauki membuat ‘pusingan U’ apabila menarik balik sokongannya terhadap kelab Crackhouse Comedy, hari ini.

Afdlin menerusi hantaran di Facebook berkata, pendapat peribadinya sebelum ini hanya bertujuan untuk meneruskan kesinambungan rezeki pelawak yang kebanyakannya mempunyai jenaka berkualiti dan tidak menghina sesiapa.

 

Berdasarkan info-info yang terkini yang telah di beri kepada saya oleh rakan-rakan dan seperti mana yang saya terangkan...

Posted by Afdlin Shauki on Wednesday, July 13, 2022

“Berdasarkan info terkini diberikan kepada saya oleh rakan-rakan dan seperti mana diterangkan semalam dalam sesi live bersama Amin Idris, saya sekeras-kerasnya mengecam apa sahaja perbuatan menghina agama di pentas lawak.

“Walaupun hanya segelintir, jika ianya berterusan akan menjadi barah. Perbuatan dibanggakan itu membuat saya rasa jijik dan saya tidak boleh lagi memberi sokongan kepada kelab Crackhouse Comedy,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Dalam satu pertemuan bersama seorang aktivis masyarakat, Aemierulrizaki Rambli, pengarah terkemuka itu akhirnya menyedari banyak lawak komedi menghina agama Islam berlaku di premis tersebut.

 

BERTEMU AFDLIN SHAUKI Beberapa posting saya mengkritik Afdlin Shauki telah membawa kepada pertemuan ini. Saya hadir...

Posted by Aemierulrizaki Rambli on Wednesday, July 13, 2022

“Namun semua itu adalah sebelum Afdlin tahu bukan hanya ada satu video menghina agama berlaku dalam kelab tersebut.

“Setelah mengetahui ada banyak persembahan sebegitu, dia tidak setuju dan minta pihak berkuasa ambil tindakan terhadap pelawak yang menjadikan agama, bangsa dan perkara sensitif sebagai bahan lawak,” katanya.

Sementara itu, Afdlin menasihatkan pelawak komedi berdiri supaya mendapatkan lokasi alternatif untuk mencari rezeki memandangkan isu tersebut tidak akan selesai dalam masa terdekat.

Malah beliau turut menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat kes tersebut dan jika individu terlibat didapati bersalah, mereka pasti dikenakan tindakan sewajarnya.

“Saya mendoakan agar adik-adik pelawak yang terkesan sentiasa dilindungi sepanjang tempoh dugaan ini dan semoga anda semua dimurahkan rezeki.

“Kita hanya boleh berjuang berdasarkan informasi diterima dan pada ketika ini, informasi terbabit membuat saya tidak boleh lagi menyokong kelab Crackhouse Comedy terus dibuka,” katanya.

Terdahulu, Getaran melaporkan, Afdlin menafikan tuduhan segelintir pihak yang mengaitkan dirinya dengan cubaan menghina Islam hanya kerana selebriti itu mengeluarkan pendapat peribadi mengenai isu persembahan di sebuah kelab komedi baru-baru ini.

Afdlin berpandangan kesalahan yang wajar dikecam bukanlah kewujudan kelab Crackhouse Comedy tersebut, sebaliknya kesalahan pengunjung menyalahgunakan pentas itu untuk tujuan menghina agama. 

“Sesiapa yang menghina agama atas tiket mempersembahkan komediri, mereka bukanlah pelawak. Tindakan itu wajar dikecam dan didakwa. Kalau perlu dipenjarakan, maka dia harus dipenjarakan.

“Saya kecam mana-mana pelawak yang membuat kandungan melampaui batas tak kiralah di mana-mana termasuklah di media sosial.

“Namun, ada banyak kandungan jenaka yang baik dan bersih serta diangkat di pelbagai platform seperti Netflix. Banyak cuba menghasilkan jenaka yang baik tak kiralah bangsa apa sekalipun,” katanya.

Namun pendapatnya itu mengundang pelbagai respons negatif daripada pengguna laman sosial yang menuduh pelakon itu cuba membela golongan mempersendakan agama.

“Bahagian mana di dalam kenyataan itu yang menunjukkan saya menghina Islam. Adakah saya buat jenaka tentang Islam? Aneh kerana tiba-tiba fokusnya menjadi tentang saya.

“Namun saya percaya bahawa ini mungkin sebuah serangan politik. Ada cybertrooper yang cuba menjatuhkan saya. Saya beranggapan mereka ini memang menabur fitnah. Golongan ini banyaklah kerja di padang mahsyar nanti mohon maaf.

“Apapun, saya berharap agar salah faham ini diperbetulkan. Ini tidak, baca sikit terus hentam,” tambahnya. - Getaran, 14 Julai 2022

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

Semasa 1 hari yang lalu

Program Buka Puasa Penjara Sandakan Berimpak Tinggi Libat Komuniti, Banduan

Semasa 5 jam yang lalu

NADMA Laksana Pembenihan Awan Di Papar, Lahad Datu Dan Tawau

Semasa 1 jam yang lalu

Jenazah Tokoh Wartawan Ahmad Rejal Arbee Selamat Dikebumikan