web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tak Dibayar, Ali Puteh Ditipu Syarikat Ayam Pula!

Tidak mahu terpalit sama dengan isu berkenaan, Ali menegaskan bahawa dia kini tidak mempunyai apa-apa urusan dengan syarikat berkenaan.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2022 2:07PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Itulah yang boleh menggambarkan nasib malang yang menimpa pelawak Ali Puteh apabila tidak menerima bayaran selepas dilantik menjadi duta sebuah syarikat pembekal ayam.

Bukan itu sahaja, syarikat berkenaan juga berdepan dengan beberapa aduan membabitkan hal bekalan ayam.

Tidak mahu terpalit sama dengan isu berkenaan, Ali menegaskan bahawa dia kini tidak mempunyai apa-apa urusan dengan syarikat berkenaan.

"Saya tidak mahu ada pihak yang berdepan dengan masalah apabila berurusan dengan syarikat pembekal itu selepas beberapa isu timbul.

"Jujurnya, saya juga kecewa dengan apa yang terjadi apabila perjanjian antara saya dengan syarikat itu tidak berjalan seperti yang sepatutnya," katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Tidak mahu terpalit sama dengan isu berkenaan, Ali menegaskan bahawa dia kini tidak mempunyai apa-apa urusan dengan syarikat pembekal ayam berkenaan - Gambar Fail
Tidak mahu terpalit sama dengan isu berkenaan, Ali menegaskan bahawa dia kini tidak mempunyai apa-apa urusan dengan syarikat pembekal ayam berkenaan - Gambar Fail

Ali yang juga juri lokasi untuk siri jelajah Awesome Raja Lawak itu kesal kerana tidak mendapat apa-apa bayaran seperti yang dijanjikan walaupun sudah memberi sepenuh komitmen sebagai duta.

Bukan itu sahaja, Ali turut terkilan kerana pernah menolak  tawaran bernilai puluhan ribu semata-mata mahu menumpukan tugas dan komitmen  sebagai duta seperti yang diminta syarikat berkenaan.

"Saya terima tawaran kerana diperkenalkan seorang kawan yang memang saya kenal. Dia kebetulan menawarkan peluang perniagaan kepada saya.

"Saya melihat ia sebagai satu peluang terbaik untuk menjana pendapatan lebih stabil tapi perkara lain pula yang timbul," katanya.

Ali berkata dia juga mempunyai kontrak sah dengan syarikat berkenaan dan sudah beberapa kali cuba mendapatkan penjelasan namun tiada jalan penyelesaian.

"Saya terima dan saya percaya ada hikmah cuma saya perlu tampil untuk membuat penjelasan berhubung hal ini. 

"Saya enggan masalah lain timbul dan nama saya terkait apabila syarikat ini membuat urus niaga. Saya tidak mahu ada pihak lain jadi mangsa," katanya.

Terdahulu, pada April, Ali dilantik sebagai duta serta usahawan pembekalan ayam mentah patuh syariah bersama sebuah syarikat.

Syarikat berkenaan dikatakan menawarkan bekalan mempunyai tiga kilang utama di Kelantan, Kajang dan Johor Bahru dengan kapasiti pengeluaran 250,000 ekor ayam sehari. - Getaran, 20 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Ziana Zain Dilantik Sebagai Duta Akademi Perunding Kewangan

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Alyah Duta Jenama Kosmetik Terbaharu TWOMEE 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekalan, Harga Ayam Terkawal - MyCC

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Subsidi Ayam Tamat Rabu, Subsidi Telur Diteruskan - Menteri

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 5 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN