web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mahu Buka Buku Baru, Ali Puteh Kini Jual Ayam

Menjawab komen warganet yang menganggap Ali bertukar bidang demi mendapatkan wang untuk dibayar kepada bekas balu abangnya, dia tersenyum.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2022 2:30PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menoktahkan kontroversi yang pernah melanda, pelawak Ali Puteh membuka lembaran baharu hidup dengan bergelar usahawan pembekalan ayam mentah patuh syariah bersama jenama Red Grocer.

Mengakui berpengalaman dalam bidang penternakan secara kecil-kecilan sebelum ini, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan mengakui teruja dilamar menjadi duta dan rakan kongsi Red Grocer apalagi dia memang bercita-cita menjadi seorang usahawan sebelum ini.

“Saya memang minat dan mempunyai pengalaman berkaitan bidang penternakan. Saya pernah berniaga daging dan menjual udang dalam skala yang kecil. Maklumlah, memang mustahil untuk saya jalankan perniagaan yang besar seorang diri.

“Saya juga bukanlah tinggal di bandar, jadi saya pernah menternak ayam sebelum ini. Tiada masalah bagi saya untuk pegang ayam bahkan tahi ayam sekalipun. Jadi bila peluang ini sampai, sudah masanya untuk saya fokus menjadi usahawan untuk jangka masa panjang,” katanya ketika ditemui Getaran baru-baru ini.

Menjawab  komen warganet yang menganggap Ali bertukar bidang demi mendapatkan wang untuk dibayar kepada bekas balu abangnya seperti yang diperintahkan mahkamah, Ali hanya tersenyum.

“Terima kasih, tapi saya perlu jalan ke hadapan. Jika saya fikirkan apa yang warganet akan cakap, segala kerja saya akan terganggu. Jadi saya perlu fokus. Dah alang-alang saya dayung sampan, takkan saya nak berhenti melihat anak ikan yang kecil di tepi. Saya kena mendayung ke depan dan patah balik untuk bawa sebuah kapal yang besar,” jawabnya.

Melihat kepada isu ayam tidak bersih yang pernah melanda negara sebelum ini, Ali melalui Red Grocer berasa terpanggil untuk membekalkan ayam yang disembelih mengikut tuntutan syariah di pasaran.

“Ayam sudah menjadi makanan ruji masyarakat kita. Kedai mamak tandoori di Johor sahaja akan ambil 30 ekor ayam sehari untuk berniaga. Bayangkan kalau lebih 100 kedai menggunakan ayam halal dan patuh syariah. Maka lebih banyak pelanggan akan menikmati ayam yang selamat. Inilah fardu kifayah yang saya fikirkan bersama Red Grocer,” katanya lagi.

Namun begitu, dalam kesibukan menjadi seorang usahawan. Pelawak itu masih akan bergiat dalam bidang seni bersama rakan seperjuangannya, Mamak sekiranya menerima sebarang tawaran.

“Kumpulan Puteh masih ada dan tidak dibubarkan. Kami menghormati kerjaya solo masing-masing. Cuma jika ada kerja membabitkan Kumpulan Puteh, kami akan bergerak bersama,” jelasnya.

Sehingga kini, Red Grocer mempunyai tiga kilang utama di Kelantan, Kajang dan Johor Bahru dengan kapasiti pengeluaran 250,000 ekor ayam sehari. 

Syarikat milik penuh bumiputera ini turut menawarkan bekalan ayam seekor, isi dada, chicken chop, anggota ayam dan juga ayam cincang. - Getaran, 5 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Laju Sangat...Kan Dah Kena Saman

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Saman Bapa Budak Lelaki 11 Tahun Pandu Kereta

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Barangan Mewah Lebih AS$346 Juta: 1MDB, 10 Syarikat Saman Rosmah

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN