web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Komitmen Terhadap Lakonan, Memaksa Riena Diana Tinggalkan Hot FM

Riena juga memberitahu bahawa pengalaman di radio banyak mengajarnya meningkatkan skill interaksi serta mempraktikkan watak dalam lakonan.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2022 9:59AM

Penyampai radio, Riena Diana mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari Hot FM - Gambar Instagram Riena Diana

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Demi memberi fokus dan tumpuan terhadap bidang lakonan serta dua drama yang dibintanginya, pelakon cantik yang petah berbicara iaitu Riena Diana terpaksa mengambil keputusan untuk mengundurkan diri sebagai penyampai radio Hot FM selepas memulakan kerjaya tersebut pada Februari 2021. 

Walaupun berat hati untuk membuat keputusan tersebut, namun bekas finalis Drama Festival Kuala Lumpur 2017 yang cukup dikenali dengan watak Laila dalam drama bersiri 'Kampung People' ini terpaksa berbuat demikian, demi masa depan kerjaya lakonannya dan ia juga telah dipersetujui pihak pengurusan Hot FM. 

“Ini adalah satu keputusan yang sukar buat saya kerana bidang lakonan dan radio adalah dua bidang yang sangat saya cintai. 

“Pengalaman di radio banyak mengajar saya meningkatkan skil interaksi dengan pendengar, juga tetamu jemputan. 

Menurut Riena, walaupun berat hati meninggalkan Hot FM, namun keputusan ini terpaksa dibuat demi masa depan kerjaya lakonannya
Menurut Riena, walaupun berat hati meninggalkan Hot FM, namun keputusan ini terpaksa dibuat demi masa depan kerjaya lakonannya

“Selain itu, ia juga memudahkan saya untuk mempraktikkan sesuatu watak dalam lakonan. Kemahiran komunikasi saya juga bertambah baik sejak mula ke udara di Hot FM. 

“Setelah beberapa kali perbincangan dilakukan antara pihak Hot FM juga pihak produksi, kata sepakat telah dicapai, yang mana saya perlu memberikan sepenuh tumpuan kepada komitmen lakonan dan penggambaran drama di TV3,” katanya. 

Kerjaya Riena Diana atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal sebagai penyampai radio bermula menerusi menerusi gandingan bersama Fizie dan Mark Adam (Geng Pagi Hot). 

Dan selepas berlaku rombakan, Riena Diana digandingkan bersama Haziq menerusi segmen Sembang Squad sehinggalah Haziq mengumumkan tidak lagi ke udara di Hot FM sejak bulan lepas. 

“Komitmen saya bersama pihak produksi drama mengambil masa sekurang-kurangnya tiga  bulan dan saya mempunyai beberapa drama lain yang akan bermula tidak lama lagi. 

“Jadi, sukar buat saya untuk memberikan sepenuh komitmen kepada Hot FM berikutan kekangan masa dan tuntutan penggambaran, tambahan pula Hot FM juga mempunyai strategi dan perancangan bagi suku ketiga dan keempat tahun ini. 

“Ini bukanlah keputusan mudah buat saya, namun ini adalah jalan terbaik yang perlu saya ambil buat masa ini.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pendengar yang sentiasa menyokong saya dan pastinya saya akan merindui ruang udara Hot FM,” katanya lagi. -  Getaran, 19 Julai 2022


 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Imran Aqil, Dahlia Rizal Sah Bergelar Suami Isteri

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Masih Sedih Dengan Pemergian Ibu Bapanya Akibat Kanser - Liyana Jasmay Akui Mula Ambil Berat Tentang Status Kesihatan 

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Kembali Berpengaruh, Hot FM Raih Semula Kedudukan 3 Stesen Radio Melayu Teratas Negara

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Kerana Khairy Jamaluddin, Yang Tak Pernah Dengar Radio Pun Tiba-Tiba Layan Hot FM 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 9 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN