web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mak Wan Dedah Bekas Pembantu Ambil Duit, Mahu Kahwinkan Dengan ‘Abang’

Mak Wan mendakwa bekas pembantu peribadinya ingin mengahwinkannya dengan 'abang' pembantu itu sebelum mendapat tahu lelaki tersebut rupa-rupanya adalah bekas suami wanita itu.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2022 2:30PM

Mak Wan Latah ketika ditemui di majlis sidang media teater 'Dara dan Makcik Bawang' - Gambar oleh Wafa Aula

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Mak Wan Latah mendakwa bekas pembantu peribadinya tidak sekadar mengambil wang miliknya, malah pernah bercadang untuk menikahkan Mak Wan dengan ‘abangnya.’

Menurut Mak Wan lagi, wanita bernama Amell yang berkhidmat sebagai pembantu peribadinya selama empat bulan itu telah mengambil sejumlah wang dan memindahkannya ke dalam sebuah akaun lain dengan alasan untuk tujuan perkahwinan.

“Kali terakhir dia ambil duit saya pada Jun berjumlah RM1,500 dan RM500. Bila bayaran dah masuk ke akaun saya, dia akan pindahkan jumlah wang tersebut ke akaun bank berbeza yang katanya akaun bersama. Jadi itu menjadi tanda tanya,” katanya ketika ditemui Getaran di majlis sidang media teater Dara dan Makcik Bawang.

Pelakon, Mak Wan Latah - Gambar Instagram @makwanlatah
Pelakon, Mak Wan Latah - Gambar Instagram @makwanlatah

Bukan itu sahaja, pemilik nama sebenar Halimaton Saadiah Mohd Daud itu turut mendakwa Amell bercadang untuk mengahwinkan Mak Wan dengan ‘abangnya’ yang juga seorang inspektor polis di Langkap, Perak.

Namun menurut Mak Wan, lelaki tersebut bukanlah abangnya, tetapi bekas suami pembantu peribadinya.

“Kononnya dia nak kahwinkan saya dengan abang dia yang sebenarnya adalah bekas suami dia. Jadi saya ini terlalu percaya, segala bayaran yang masuk ke dalam akaun saya, dia akan ambil sedikit dan pindahkan untuk tujuan kahwin. 

“Namun, rakan sekampung bahkan ibu kepada pembantu peribadi saya sendiri yang mendedahkan bahawa lelaki itu adalah bekas suaminya bernama Asri Mikahil. Tapi di pejabat polis namanya jadi Asri Tahir,” tambahnya.

Pelakon '7 Hari Mencintaiku' ini turut mengakui pernah berjumpa dengan lelaki berkenaan sekali untuk sekadar berbual.

“Dia (bekas pembantu peribadi) pernah kata, kalau mahu jodohkan saya, calonnya mestilah seseorang yang dia suka. Awalnya dia memang baik. Tapi rupanya niat dia tak betul. Sebab dia tengok saya ini baik, senang dipijak-pijak.

“Dua nombor yang hubungi saya katanya milik Asri rupanya sekadar lakonan. Jadi saya terdetik ‘oh begini rupanya dia buat dekat aku’. Namun semua ini sudah saya laporkan pada polis dan sedang dalam siasatan,” jelas Mak Wan.

"Semua ini sudah saya laporkan pada polis dan sedang dalam siasatan,” jelas Mak Wan - Gambar oleh Wafa Aula
"Semua ini sudah saya laporkan pada polis dan sedang dalam siasatan,” jelas Mak Wan - Gambar oleh Wafa Aula

Pelakon itu kini menyerahkan segala-galanya kepada Allah di samping meminta agar bekas pembantu peribadinya berhenti memfitnah dirinya.

“Cukup-cukuplah memfitnah saya. Saya bukan yang terbaik tapi saya bukan jahat. Saya hanya berlindung kepada Allah dengan istighfar dan zikir yang ada. Itulah rutin saya. Saya tak nak menangis lagi.

“Hanya Allah yang tahu keadaan saya dan saya pasrah sahaja apa yang berlaku,” katanya. 

Terdahulu, nama Mak Wan Latah menjadi sebutan apabila bekas pembantu peribadinya mendedahkan pelakon itu mengamalkan ilmu hitam dalam satu video yang tular di TikTok. 

Turut tular ialah video seorang wanita mirip Mak Wan sedang bertengkar dengan seorang lelaki yang dikatakan bekas suaminya.

Perkara itu telah disangkal Mak Wan yang mengatakan ia adalah latihan babak watak bomoh yang dilakonkannya. Manakala perkahwinannya bersama bekas suaminya Husain Dollah telah berakhir pada 21 April 2022 selepas tiga bulan pelakon itu mendirikan rumah tangga. - Getaran, 15 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 5 bulan yang lalu

Majlis Resepsi Erra Fazira, Ezwan Berlangsung Meriah, Erra Buat Sendiri Cenderahati Untuk Tetamu

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Komen Jelik Di TikTok, Penjawat Awam Disiasat Pihak Berkuasa

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Tahan Lelaki Palsukan Surat Tukar Hak Milik Kereta Guna Jata Tubuh Sultan Kelantan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 21 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN