web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


“Kalau Layan Orang Otak Mereng, Kita Pun Jadi Tak Betul” – Mak Wan Latah

Pelakon veteran, Mak Wan Latah enggan memberikan komen lebih lanjut mengenai video yang tular di TikTok yang dikongsikan oleh bekas pembantu peribadinya. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2022 1:45PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tular di akaun media sosial Tik Tok, apabila bekas pembantu peribadi kepada pelakon veteran, Mak Wan Latah atau nama sebenarnya Halimatussa’diah Moh Daud, 61, mendedahkan perangai sebenar aktres itu yang dikatakan mengamalkan perbuatan berunsur syirik. 

@official_amell77

Balas kepada @acik.moy ni ayat dlm al-quran la ? Oh muka surat berapa ? Explain mai kt aku sat blh ?

♬ bunyi asal - ᴬᴹᴱᴸᴸ - ᴬᴹᴱᴸᴸ
@official_amell77

Balas kepada @miszoktober xduduk tempat aku then xkene ape aku dh terkena , better tutup mulut tu ☺️ #pelakonveteranmelayu #makwanlatah #playvictim?

♬ bunyi asal - ᴬᴹᴱᴸᴸ - ᴬᴹᴱᴸᴸ

Susulan pendedahan berani mati itu, Mak Wan yang dihubungi pihak media enggan mengulas dengan lebih lanjut mengenai perkara itu. 

“Kalau kita layan orang yang otak mereng, kita pun jadi tak betul. Jadi Mak Wan tak nak komen apa-apa. Minta maaf ya,” katanya menerusi pesanan suara Whatsapp. 

Sebelum ini Mak Wan pernah beberapa kali terpalit dengan kontroversi panas apabila bercerai selepas tiga bulan mendirikan rumah tangga. Bekas suami Mak Wan mendedahkan bahawa mereka bercerai kerana dia sudah tidak tahan dengan perangai Mak Wan yang disifatkannya sebagai tidak mempunyai akhlak yang baik. 

Selepas itu timbul pula isu Mak Wan berbohong memberikan alasan tidak sihat kerana enggan datang ke set penggambaran drama. 

Beberapa minggu lalu pula tular video Mak Wan sedang berkaraoke. Namun kata Mak Wan dia Cuma sekadar mahu melepaskan tekanan. 

Semoga Mak Wan tabah mengharungi setiap ujian yang hadir dalam hidupnya. - Getaran, 27 Jun 2022

Gambar: Helmi Anuar Menggunakan Iphone 13 Pro 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Komen Jelik Di TikTok, Penjawat Awam Disiasat Pihak Berkuasa

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Merokok Di Stesen Minyak Tak Boleh, Tapi Masak Boleh Ek?

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Insiden Selisih Faham Di Taiping, Polis Minta Saksi Tampil Bantu Siasatan

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN